Wednesday, September 02, 2009

"ULTRAMAN" KESAYANGAN HAMBA











NAMPAKNYA SETIAP HARI SAYA TERPAKSA MENGHADAP DVD DAN YOUTUBE RANCANGAN ULTRAMAN. BALIK SAHAJA KE RUMAH, INILAH "ULTRAMAN" YANG SETIA MENANTI... MORALNYA: Kita memerlukan kuasa luar biasa untuk menumpaskan musuh kerana kuasa biasa yang dimiliki tidak mampu untuk menumbangkan musuh atau menghadapi rintangan!

6 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Kenapa foto tanpa baju itu, apakah sudah tidak mampu 'menumpaskan musuh' melalui kuasa biasa? Hehehe...
2. 'Ultraman Yang Setia Menanti' itulah hero dan kuasa luar biasa buat cikgu hingga cikgu cukup berjaya dalam bidang pendidikan dan kewangan, bukankah begitu?

azura said...

Dalam gambar ni, ultraman tidak nampak dominan krn di belakangnya berdiri raksasa yg disayanginya...

*Yang ni ke si Witra?

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar. tersenyum tengok entri kali ni.
gambar ni 'luar biasa' eksklusifnya. pertama kali dalam sejarah ultraman - ultraman junior dan raksasa seksi berkompromi. he.he.

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Wah, entri kali ini nampak luar biasa! Apakah ini Ultraman Taro versi Melayu? Jikaa aku mempunyai kuasa sakti (kuasa "memfire") seperti Ultraman Taro, pasti akan kuleburkan kedunguan yang membelenggu pemikiran orang-orang Melayu hari ini.

ILUSTRASI MEGABUANA said...

seksi nya Tuan Munsyi gara-gara penangan Ultraman..

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Tidak berbaju kerana percaya bahawa menampilkan kelainan akan mewujudkan perbezaan. Ya, saudara RAR, "Ultraman" ini bagaikan nyawa saya, pencetus segala intuisi dan mengujakan segala semangat.

Salam AZURA,
Raksasa ini mendapat kuasa yang sangat dominan daripada "Ultraman" di hadapannya.
Ya, Azura, inilah anakandaku yang ketiga; Harith Zarwitra, adik kepada Nurwahyu Witra dan Layla Witra.

Salam DINDA WAHYU,
Saya pun baru terperasan bahawa inilah foto paling "eksklusif" dalam WITRA. Kami berkompromi kerana dalam tubuh Ultraman dan Raksasa ini mengalir darah yang sama...

Salam SAHABATKU MD. NIZAR,
Entahlah, mungkinkah ini Ultraman Taro! Atau Ultraman Tiga, Gaia, Moebius, Leo, Dyna, dll...(wah, dah hafal nama Ultraman!) Harap-harap kuasa untuk "memfire" itu akan saudara peroleh dengan bertapa di puncak Gunung Lambak selama dua purnama!

Salam ILUSTRASI MEGABUANA,
Gara-gara Ultraman, saya kelihatan seksi! Walaupun begitu, saya masih menutup aurat! Nampak seksi sebab dalam gambar, kalau kat luar, dah boroi, bro!