Sunday, October 18, 2009

INSPIRASI TAMING SARI

lagu "Inspirasi Taming Sari" ini termuat dalam album pertama kumpulan rock otai Wings, Belenggu Irama. Lagu ini telah dirakamkan semula oleh kumpulan Amuk dalam album Intepretasi dalam nafas yang lebih segar dan lebih metal. Bukan iramanya, bukan pelantunnya yang ingin dikongsi, namun cuba kita hayati sama-sama liriknya. Sarat dengan falsafah. Ya, falsafah perjuangan bangsa!

Ini kisah
keris Taming Sari
lambang setia
seorang laksamana Melaka

Seandainya
Taming Sari tiada
lemah ia
menentang musuhnya
yang derhaka

Tapi kini tiada lagi
Taming Sari sudah hilang dari mata
namun jangan dilupa

Taming Sari tetap di hati
untuk semua yang terus berjuang
Melayu takkan hilang

Hidupkanlah bangsa kita
kekalkan kata-kata laksamana
meskipun tanpa jasadnya
namun Taming Sari masih ada
pada orang kita
bersama Tuhan yang satu
kita tak akan mati
semasa hidup

Bangun semua
tajamkan kerismu
dalam hati
jadikan Hang Tuah
inspirasi

Di manakah tercacaknya Taming Sari sekarang? Di dasar Sungai Melaka? Benarkah Hang Tuah tidak membunuh Hang Jebat/Hang Kasturi dengan Taming Sari? Adakah keris Taming Sari masih wujud? Atau adakah Taming Sari hanyalah suatu cerita mitos?

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Hang Tuah dan Taming Sari masih ada di Melaka... ya ada Menara Taming Sari dan Jalan Hang Tuah di Bandar Melaka... Hehehe...
2. Saya punyai kedua-duanya versi CD Wings dan Amuk untuk lagu ini. Lagu asal Wings ini teringat ketika tingkatan 4...

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Jika kita membaca Sulalatus Salatin, kita akan diberikan gambaran tentang kejatuhan Melaka ke tangan Portugis yang dikaitkan dengan peristiwa Taming Sari terjatuh di muara Sungai Melaka dan munculnya buaya putih di sebelah perahu yang dinaiki Hang Tuah dan Sultan Melaka.