BERSAMA-SAMA PENGERUSI MAJLIS, ENCIK SUFFIAN
PESERTA KURSUS YANG TENANG
PESERTA KURSUS YANG BERDISIPLIN
PESERTA KURSUS YANG AKTIF
TARIKH: 14 OKT - 16 OKT 2009
TEMPAT : HOTEL SELESA, PASIR GUDANG
Pada tarikh ini, saya berada di Hotel Selesa, Pasir Gudang untuk memenuhi undangan ceramah daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada urus setia program, khususnya Puan Zuraina yang memberikan kepercayaan ini kepada saya, buat kali kedua dalam tahun ini.
Kepada semua peserta, saya berharap agar ilmu yang diterima diaplikasikan dengan sebaik-baiknya. Walaupun kursus ini dipenuhi dengan gelak ketawa, bergurau senda, dan yang seumpamanya, namun yang lebih penting, pengisian dan ilmu diharapkan dapat membantu para peserta. Terus terang saya nyatakan bahawa, saya amat gembira sekali bertemu, berceramah, dan berbengkel dengan semua peserta. Tuan-tuan telah menunjukkan komitmen yang padu dan benar-benar memperlihatkan kesungguhan yang jitu. Sampai jumpa lagi, dan saya mohon maaf jika sepanjang kursus, ada kekurangan dan kesilapan yang saya lakukan. Terima kasih juga kepada pihak DBP Wilayah Selatan (Puan Siti Hajar) atas pelantikan ini.
2 comments:
Salam Munsyi,
Wah, semakin sibuknya nampaknya! Saya mendoakan semoga Allah akan terus memberikan kekuatan dan kesihatan untuk menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Salam SAHABAT,
Insya-Allah, mudah-mudahan bicara tuan menjadi doa untuk hamba dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, termasuk tuan hamba. Selagi BM tidak didaulatkan, selagi itulah suara kerdil ini akan terus bergema, biarpun terpaksa menongkah arus... Terima kasih tuan hamba atas doa itu.
Post a Comment