Saturday, October 17, 2009

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Bersama-sama Nazim Subari, Sahrunizam (Penyair Bahasa Senjata), dan Tuan Haji Dzulkarnain Ithnain (Novelis Tragedi Empat Disember)

Zaid Akhtar sedang menyampaikan ceramahnya...


Mungkin agak terlewat entri ini ke alam maya. Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kukup Golf Resort, Pontian dari 4 Okt - 8 Okt 2009 yang lalu. Program anjuran Kementerian Pelajaran di bawah seliaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan ini diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Program ini menghimpunkan pelajar dari seluruh negara untuk diberi input dan pengisian dalam soal kesusasteraan dan penulisan.

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator yang mempamerkan kesungguhan untuk membantu program ini. Atas kepercayaan dan sokongan Encik Razak (JPNJ) dan pastinya, Encik Rusdi Abd. Rahman (DBPWS), yang telah mengamanahkan suatu tugas besar kepada saya selaku Pengerusi Teknikal dan Penceramah, saya ucapkan ribuan terima kasih. Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa program pada kali ini tidaklah mengecewakan walaupun dibuat pada saat-saat akhir. Pengisian ilmu yang disampaikan oleh penceramah yang dilantik mendapat kredit yang baik daripada kalangan peserta dan guru pembimbing.
Penceramah utama:
1) Azhar Salleh - Puisi
2) Nazim Subari - Puisi
3) Zaid Akhtar - Cerpen
4) Mohd Kassim Mahmud - Cerpen
5) Tuan Haji Dzulkarnain Ithnain - Motivasi Penulisan
6) Tuan Haji Rosli Bakir - Puisi Tradisional
7) Amiruddin Ali - Deklamasi Puisi
...dan dibantu oleh rakan-rakan guru penulis yang hebat, seperti Rohaidah Yon, Md. Nizar Parman, Ruzaini Yahya, Hamzah Rahman Sooriyat, Hamzah Hamdan, Zulaiha Paikon, Pn. Khuzaimah, dll...

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu Azhar,
Seadanya mampu membantu dan memberikan tenaga minda dan fizikal yang semaksimum mungkin. apatah lagi jika melibatkan sifuku yang seorang ini. Dalam kepayahan dan liku yang dihadapi pasti ada rahmat dan nikmat yang diperoleh bersama-sama.

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Terima kasih kerana melibatkan saya dalam program kali ini. Walaupun sentiasa dihimpit kekangan tugas yang agak mendesak belakangan, saya mendapat pengalaman yang cukup berharga.

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Sebenarnya tuan hambalah teraju utama dalam perkampungan, biarpun jasad tuan hamba di situ tidak sepenuhnya lantaran komitmen lain. Tanpa tuan hamba, hamba akan hilang tuju dan kemudinya akan patah di tengah gelora samudera seorang bentara di JPNJ!

Salam SAHABAT,
Hamba yang patut berterima kasih. Kehadiran, komitmen dan kesungguhan tuan hamba, tidak mampu hamba balas melainkan doa hamba, tuan hamba akan terus menulis dan menulis...