Wednesday, November 11, 2009

ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU - BAHAGIAN 1

PREPAID ATAU PRABAYAR?


Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, kita haruslah sedar bahawa bukan semua golongan yang mengetahui terjemahan atau padanan yang betul dalam bahasa Melayu bagi istilah/perkataan yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris. Selepas golongan ini menggunakan bahasa Inggeris, mereka dikecam dan dianggap tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Saya percaya bahawa ini bukanlah suatu tindakan bijaksana untuk menyedarkan mereka. Pihak yang wewenang ataupun pihak yang mengetahuinya perlulah menyebarluaskan istilah yang telah digubal dalam bahasa Melayu ini untuk memudahkan pengguna bahasa. Haruslah kita bersikap lebih adil dan berhemah dalam hal ini.





Sebagai permulaan, saya perturunkan beberapa istilah yang telah digubal oleh DBP bagi bidang atau ranah tertentu, sebagai suatu inisiatif, mengikut swadaya yang ada dan dikurniakan Allah SWT. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh pengunjung WITRA. Insya-Allah.


1 apartment - PANGSAPURI
2 back-drop - LATAR PENTAS

3 bungee jumping - TERJUN LELABAH

4 cash and carry - BAYAR DAN BAWA

5 check-in - DAFTAR MASUK

6 check-out - DAFTAR KELUAR

7 clearance sale - JUALAN PERABIS

8 coffee garden - UJANA KOPI

9 coffee house - LAMIN KOPI

10 coffee shop - KEDAI KOPI

11 coffee terrace - ANJUNG KOPI

12 countdown - KIRA DETIK

13 cybercafe - KAFE SIBER

14 fitting room - BILIK ACU

15 homepage - LAMAN

16 homestay - PELANCONGAN DESA

17 homestead - TERATAK DESA

18 hypermarket - PASAR RAYA BESAR

19 jumbo sale - JUALAN RAKSASA

20 kiosk - KIOS/PONDOK

21 lakeside - PINGGIR TASIK

22 lounge - PERISTIRAHATAN

23 megamall - MEGAPURA

9 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Terus paparkan entri sebegini, baik untuk rujukan ramai. Seperti biasa foto-foto yang berkaitan boleh hamba berikan @ salurkan jika ada dalam simpanan hamba.
Teringat bengkel dengan pelajar Singapura yang terpapar dalam akhbar Singapura tentang terjemahan bagi PISANG SEJOLI...

ajahare said...

Relakan saya memaparkan entri tuan ini dalam blog saya pula.

Md Nizar Parman said...

Salam Tuan Munsyi,
Tahniah! Teruskan usaha memaparkan kesalahan-kesalahan yang "SENGAJA" dilakukan oleh kebanyakan peniaga atau pengusaha di negara kita. Bagi para peniaga pula, pelanggan tetap bukan "orang putih" sahaja. Sedar-sedarlah diri;cermin-cerminlah muka. Saya terpandang satu papan tanda, "Taman Perindustrian .........", bukankah "Kawasan Perindutrian ......." lebih tepat? Betul Munsyi?

Melihat Kesunyataan said...

Azhar,
Daripada paparan ini jelas bahasa Melayu tidak kekurangan istilah. Sedap pula kedengarannya. Cuma kita sahaja yang merasakan tidak sedap untuk menggunakannya. Fikiran penjajah masih kuat lagi dalam diri kita.

Unknown said...

Salam Cikgu. Saya telah memautkan blog saudara di blog saya sebagai sahabat arif bahasa. Melainkan anda tidak bersetuju, pautan itu akan terus di situ.

Azura said...

Cikgu Azhar,
coffee house - LAMIN KOPI (?) bukan LAMAN KOPI?... JUMBO SALE kenapa jadi JUALAN RAKSASA? Jumbo tu kan 'anak gajah'? (cikgu teringat kat ultraman kot???)heheheheee....

Citra Delima said...

Salam Cikgu Azhar,
Tahniah! teruskan usaha murni ini, mudah-mudahan mendapat kesedaran pada pihak yang berkuasa. Orang melayu juga. " Pusat Pengantin" apa erti yang sebenarnya, adakah menggunakan bahasa Melayu yang betul? Takut-takut orang mengendap pulak he..he..

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Insya-Allah, hamba akan terus memaparkan entri sebegini untuk rujukan pengguna bahasa kerana menjadi tanggungjawab hamba untuk menyebarluaskan penggunaan BM yang betul. Apatah lagi, hamba mendapat sokongan dan bantuan padu daripada tuan hamba.

Salam SAUDARA AJAHARE,
Hamba relakan, malah alu-alukan. Usaha tuan hamba, hamba hargai.

Salam SAHABAT MD. NIZAR,
Mereka sebenarnya bukan "sengaja" tetapi ramai yang berlagak sombong dan berlagak. Ramai rakan saya yang mahir dalam BI tetapi tidak mencapai kejayaan dalam kerjaya. Taman Perindustrian boleh digunakan sebagai alternatif kepada Kawasan Perindustrian.

Salam TUAN HAJI yang amat saya hormati,
BM ada lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang dan disiplin. Dengan pelaksanaan PPSMI, istilah itu semakin berkubur. Memang sedap, menarik, dan mengujakan istilah dalam BM, jika kita halusi.

Salam SAUDARA SAMSUDIN,
Terima kasih atas kunjungan tuan hamba ke blog hamba. Hamba telah melawati blog tuan hamba, cuma belum menitipkan pesan. Hamba begitu berbangga kerana tuan hamba pencinta BM yang ada wibawa dan upaya. Teruskan perjuangan tuan hamba. Hamba ucapkan terima kasih atas pautan itu. Semoga silaturahim antara kita akan terus terjalin di landasan bahasa.

Salam AZURA,
Ya, yang digunakan oleh DBP ialah Lamin Kopi. Lamin, dalam Bahasa Minang, bermaksud bilik pengantin (tambah imbuhan pe-, jadilah pelamin). Memang Jumbo itu anak gajah, tetapi yang selalu pergi ke Jumbo Sale, bukan anak gajah, tetapi anak rimau, main terkam je, last-last, hamba jugak yang kopak! Ultraman harus kuat untuk menghadapi anak rimau nih dan raksasa nih, dan kalau dah tak boleh control, firekan saja! Kalau lampu kat dada dah tit tot, hamba akan guna kekuatan fire itu!

Salam TUAN CITRA,
Pusat Pengantin betul tu. Bukan orang mengendap, tetapi laki dia yang mengendap! Jadi, untuk mengelakkan orang mengendap (laki dia mengendap, tak apa) tunjukkan saja "pusat" tu! Baru tak payah mengendap! Betul tak haji?

kekwa66 said...

Cikgu Azhar,

Salam Hormat,
Terima kasih atas ceramah yang diberikan di DBP, JB pada 17 November yang lalu. Memang banyak manfaat dan informasi terkini tentang Bahasa Malaysia yang saya peroleh sepanjang kursus tersebut. Saya akan terus mengikuti informasi yang cikgu paparkan di sini. Syabas, teruskan usaha cikgu ini!