Atas permintaan rakan-rakan seperjuangan, hamba teruskan siri ke-2, Istilah dalam Bahasa Melayu. Diharapkan dengan adanya panduan ini, kita akan beroleh manfaat. Memang benar, istilah dalam bahasa Melayu tidak digunakan secara meluas lagi memandangkan sikap sebahagian besar daripada orang kita sendiri yang sentiasa memandang rendah akan upaya bahasa Melayu. Persoalannya, sampai bila? BANANA SPLIT @ PISANG SEJOLI
24 parkview - HADAP TAMAN
25 penthouse - MEGAPURI
26 resort - PERSANTAIAN
27 roadshow - JERAYAWARA
28 shop and pay - BELI DAN BAYAR
29 shuttle bus - BAS ULANG-ALIK
30 steamboat - STIMBOT
31 summer camp - KEM BINA DIRI
32 talkshow - BICARAWARA
33 tea garden - UJANA TEH
34 teleconference - TELESIDANG
35 theatrette - TEATER MINI
36 unplugged - NIRPLAG
37 user-friendly - MESRA PENGGUNA
38 virtual chat - BUAL MAYA
39 waiter - PRAMUSAJI
40 waitress - PRAMUSAJI
41 waterfront - PINGGIR AIR
42 webaholic - GILA WEB
43 wet kitchen - DAPUR BASAH
44 software - PERISIAN
45 hardware - PERKAKASAN
46 pause - JEDA
47 ballroom - DEWAN BESAR
48 banquet - BANKUET
49 buffet - BUFET
50 cocktail - KOKTEL
51 deluxe room - BILIK MEWAH
52 double room - BILIK KELAMIN
53 function room - BILIK MAJLIS
54 download - MUAT TURUN
55 access - CAPAIAN
56 budget hotel - HOTEL JIMAT
57 banana split - PISANG SEJOLI
58 float - MINUMAN APUNG
10 comments:
Cikgu Azhar,
Salam Hormat,
Terima kasih atas ceramah yang diberikan di DBP Wilayah Selatan pada 17 November yang lalu. Memang banyak manfaat dan informasi terkini tentang Bahasa Malaysia yang saya peroleh sepanjang kursus tersebut. Saya akan terus mengikuti informasi yang cikgu paparkan di sini. Syabas, teruskan usaha cikgu ini!
Cikgu,
Kenapa pilih foto pramusaji yang itu... lain macam sahaja pramusaji itu bergaya...! hehehe...
Pilihlah foto pramusaji orang Malaysia yang bersesuaian...
pramugari - pramugara
pramusaji - PRAMUSAJA?
:-)
Salam KEKWA66,
Terima kasih atas kunjungan saudara ke blog hamba. Dan terima kasih juga kerana menjadi salah seorang peserta hamba dalam kursus tersebut. Hamba pun seperti saudara juga, berharap agar kursus yang hamba sampaikan akan dapat dimanfaatkan sebaik-baik mungkin demi anak didik kita. Teruskan melayari blog hamba dan menitipkan pesan.
Salam RAR,
Foto pramusaji itu sengaja dipilih begitu untuk menunjukkan bahawa biarlah hanya orang putih yang guna waitress sebab itu bahasa dia, orang Melayu gunalah pramusaji. Tetapi, siapa orang Melayu/Malaysia yang guna pramusaji? Betul?
Salam TUAN ZAID,
Boleh pramusaja, kalau duduk makan tak bayaq! Sebab makan saja. Kalau tak makan, tengok saja. Kalau tak tengok, berdiri saja. Kalau tak berdiri, saja-saja jalan pun boleh. He..he..he.. Istilah pramusaja tidak wujud kerana di Indonesia, istilah yang merujuk kpd lelaki dan perempuan hanyalah pramusaji. Tetapi, persoalan tuan amat baik untuk hamba fikirkan...
-Wahai Pramusaji, hantarkan pisang sejoli ni ke bilik kelamin!
-Bagaimana dengan minuman apung ni?
-Bawa sekali
Sedap juga kedengarannya perbualan di atas jika benar-benar berlaku.
Salam Munsyi,
Apabila ditanya mengapakah menggunakan bahasa Inggeris bagi istilah-istilah di atas, alasan yang sering dikemukakan, "Tak berapa sedaplah guna bahasa Melayu... tak berapa nak kena." Apa cerita dengan penggunaan perkataan "bajet"?
salam kanda azhar. menarik dialog yang ditulis tn.hj. & menyelerakan gambar pisang dua sejoli tu.he.he.
Salam TUAN HAJI,
Ya, bawakan saya minuman apung dan pisang sejoli ke bilik kelamin saya selepas saya menikmati koktel di bankuet selepas program bicarawara yang diadakan sejurus telesidang bersebelahan dewan besar yang mengadakan konsert nirplag.
Fuhhh....kalau beginilah bahasa pertuturan yang berlaku...?
Salam SAHABAT MD. NIZAR,
Bajet, dalam Kamus Dewan, masih dilabelkan sebagai bp, yang bermaksud bahasa percakapan yang membawa maksud "tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi". Tetapi, pemakaian perkataan bajet masih diteruskan oleh kerajaan. Jadi, kakitangan awam mungkin boleh guna ayat sebegini dalam surat rasmi:
Jom pergi ke hotel itu dengan member sejawatan anda untuk mendengar taklimat.
Atau;
Buangkan sahaja perkataan belanjawan dalam Kamus Dewan!
Salam DINDA WAHYU,
Dialog orang berpengalaman tidak sama dengan kita yang masih mentah. Memang "menikam" dialog tuan haji sejak dulu. Pisang sejoli, bukan dua sejoli. he..he..he..Foto itu hamba ambil kat Google je...nampak memang menyelerakan!
Salam Sdr Azhar,
Sungguh bersemangat sdr mengendalikan blog yang penuh maklumat itu. Saya kagum akan usaha yang dilakukan itu. Syabas.
Dapat ilmu baru hari ni. Terima kasih, admin.
Post a Comment