Tuesday, November 17, 2009

SESI PENILAIAN KARYA PELAJAR - PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA NEGERI JOHOR DAN MELAKA 2008 DAN 2009

Pada 13 November 2009, bertempat di DBP Wilayah Selatan, saya, Cikgu Amirudin Ali (Ketua Satu PPJ), dan Cikgu Rani Embi (Penulis prolifik Melaka) telah diundang oleh Encik Rusdi (RAR) untuk memilih dan menilai karya pelajar Perkampungan Penulis Muda Johor dan Melaka. Mudah-mudahan akan terbitlah antologi pelajar pada akhir Disember 2009 ini, dengan izin dan inayat Allah SWT. Terima kasih RAR atas kepercayaan ini. Panel penilai memulakan tugas.
Berdiskusi, berhujah, dan bertukar-tukar pandangan.
Sifu Amir tekun menyiapkan ulasan. Wajar atau tidak wajar? He..he..he..(Tuan RAR jangan gelak pulak!)
Mungkin sedang mendengar taklimat RAR, Pengurus Projek.
Add Video

5 comments:

Unknown said...

Doa saya agar ada pewaris yang mengikut jejak anda yang terus cintakan bahasa dan sasteranya.

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Satu hal yang tidak boleh dilupakan tentang WAJAR dan TIDAK WAJAR ini, setelah lebih 8 tahun kenali cikgu... itulah antara sebahagian besar detik kenangan indah dan manis (juga termasuk unsur 'spektakular' yang membekas dalam hati) yang diingati sepanjang hayat diri ini... percayalah Sifuku!

ajahare said...

Salam ta'zim untuk cikgu Amir tu..ingatan dpd.geng dia kat Brickfield KL ( 91-93 )

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Tahniah atas penglibatan secara langung dalam program ini. Saya sentiasa mendoakan agar program sastera seperti ini akan berterusan untuk memberi peluang kepada tunas-tunas baharu terus menghijau. (Bilakah agaknya karya guru wilayah selatan akan diantologikan?)

Md Nizar Parman said...
This comment has been removed by the author.