Friday, March 06, 2009

PPSMI: 7 MAC, INIKAH KLIMAKSNYA?

1) Setelah bertahun-tahun berjuang, inikah klimaksnya?
2) Adakah pihak kerajaan@Kementerian Pelajaran akan mendengar dan melihat perhimpunan dan perarakan ini dengan fikiran yang terbuka.

3) "Kita telah sesat di hujung jalan, marilah kita pulang ke pangkal jalan," kata Sang Penolong Penguasa.

4) "Ya, kita kembalikan semula mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," kata Sang Mamanda.

5) "Baiklah, kalau begitu, marilah kita memohon maaf kepada seluruh bangsa Melayu. Kita beritahu mereka bahawa kita telah tersilap selama ini. Kita akan mengembalikan kedaulatan bahasa Melayu selepas ini," Sang Penolong Penguasa berkata sambil melihat Sang Mamanda.

6) ...dan saya pun terjatuh dari katil!

7) oh...rupa-rupanya saya bermimpi!

8) Murid-murid, tulis sebuah karangan yang bertajuk "Mimpi yang Pernah Aku Alami". Jikalau murid-murid hendak melihat contoh karangan ini, bacalah petikan dialog di atas! Inilah contoh karangan yang terbaik!

9) Ya, tuan-tuan, saya sangat percaya bahawa perhimpunan ini tidak akan membawa perubahan tentang dasar PPSMI selepas ini. Saya berdoa semoga para pejuang di perhimpunan itu nanti akan diberi rahmat dan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini. Mudah-mudahan mereka akan dirahmati Allah dan diberi semangat yang teguh dan kemudahan untuk memperjuangkan bahasa Melayu. Dan semoga para penggubal dan penentu dasar akan dibukakan pintu hati mereka untuk menerima kenyataan bahawa dasar PPSMI merugikan bangsa Melayu dan bahasa Melayu. Namun begitu, saya tetap percaya bahawa dasar ini terlalu sukar untuk diubah. Jalan ke arahnya bagai tertutup sama sekali. Ini pandangan saya.

10) Bagaimana pandangan saudara?

1 comment:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Mimpi...!, namun boleh menjadi realiti jika Sang Penguasa sedar akan kepentingan bangsa dan bahasa.

2. Walau jatuh dari katil namun 'katil dan lantai' itu simbol perjuangan dalaman yang rusuh minda dan fizikal terhadap Sang CXXXKX yang angkuh, ego dan perkecil terhadap upaya bahasa bangsa sendiri itu.

Sekian.

rar/