Monday, March 23, 2009

TATABAHASA: KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM

BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas saling
a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9 Penggunaan –kan menggantikan akan
a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

5 comments:

Arkib PPSMI said...

Salam.

Bermanfaat. Teruskan.

zura halid said...

Cikgu, saya ambil entri ini sbg nota BM utk anak saya (darjah 2). TQ.

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,

(Kutipan asal)
3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

Rumus yang dikemukakan di atas berkesan - ATM (teringat mesin wang)..., pasti banyak lagi rumus yang cikgu ada dan cipta untuk rujukan semua pembaca dan peminat utama blog Witra ini.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda yang dihormati,
terima kasih selalu mengunjungi blog dinda dan menitip pesan. dinda selalu juga ke witra, membaca entri kanda; cuma dinda jarang meninggal jejak. untuk meletakkan muzik/video kita perlu dapatkan kod html, selalunya kalau diberi percuma ada di laman tertentu. kemudian ada arahan yang mudah seterusnya di sana.

Azhar Salleh said...

Salam ARKIB PPSMI,
Terima kasih kerana terus mengunjungi WITRA! Terus layan!

Salam AZURA,
Ambillah nota ini dan nota apa-apa sahaja yang ada, kerana itulah amal yang dapat saya hulurkan. Terus layan!

Salam RAR,
Terima kasih atas sokongan. Tentang rumus-rumus yang lain, insya-Allah akan dimasukkan dari masa ke masa.Terus layan!

Salam DINDA WAHYU,
Terima kasih atas kunjungan. Tentang panduan yang diberikan, terima kasih banyak-banyak. Nampaknya saya kena banyak belajar lagi tentang hal teknologi. Terus layan!