Monday, September 28, 2009

UMNO TIDAK BELAJAR DARI PENGALAMAN - DR M

(Sumber: Petikan daripada Malaysiakini)

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

1. Memang benar UMNO tidak pernah dan tidak mahu untuk belajar daripada sejarah.
2. UMNO sentiasa percaya dan mengamalkan sistem yang sudah lapuk, sedangkan rakyat bukan lagi seperti zaman 70-an atau 80-an, yang boleh ditakut-takutkan dengan klausa “hanya BN@UMNO yang mampu membawa pembangunan”. Memang pembangunan itu penting, namun UMNO terlupa bahawa orang Melayu yang dipimpinnya masih gagal. Lihat sahaja di bandar besar, siapa pemilik tanah dan bangunan?
3. Tanpa menidakkan sumbangan BN@UMNO selama ini, tetapi rakyat sudak muak dan jelak dengan kebanyakan pemimpinnya yang rasuah, dan Isa Samad sudah terbukti salah seorang daripadanya.
4. Isa Samad pasti menjadi liabliti kepada BN@UMNO jika dicalonkan, sama hal dan tarafnya dengan Akta ISA yang sudah lama menjadi liabiliti kepada BN@UMNO. Isa dan ISA hanya berbeza sebab satu ejaan huruf kecil, manakala satu ejaan lagi huruf besar.
5. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan Dr. M. (jangan lupa, beliau juga pencetus PPSMI!)

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini. "Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya. "Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

1. Siapa PM sekarang? Pekan atau bekas peniaga di Pekan Rabu? Pekan juga…
2. Kritikan Dr. M yang semakin lantang hanya memperlihatkan kelemahan 1 Malaysia. Nasib baiklah Hadhari tidak bersuara lagi. Kalau tidak, Tingkat 4 akan membuat pilihan calon pilihan raya.
3. Kalau dilihat kata-kata Dr. M di atas, betullah pilihan pengundi di Permatang Pasir. Bukan calonnya sahaja pembohong, bagaimana pula dengan partinya? Calon dahulu lesapkan duit pelanggan, Isa gunakan duit nak menang jawatan, sekarang pula bagaimana? Adakah duit rakyat masih selamat? Sebab itulah Ops Sikap 20 gagal lagi. Eh, ke situ pulak!
4. Jika Isa diletakkan sebagai calon, saya bersetuju dengan Dr. M, BN@UMNO akan kalah. Kalau menang juga, UMNO tidak belajar daripada sejarah. Maka, pemimpin yang dipilih rakyat di situ menerima budaya rasuah. Di mana-mana ada rasuah. Rasuah kecil, rasuah besar. Dosanya tetap sama, tak ada kecil besar. Kalau kalah, bertambahlah satu lagi jaringan gol dalam pilihan raya kecil, dah nak dekat sedozen! Tapi, kalau Sungai Siput diadakan pilihan raya kecil pula, manalah tahu, silap-silap hari bulan, Dr. M jadi calon PR pulak!
5. Apa-apapun, tengoklah nanti.

9 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Menarik entri kali ini, sudah lama tidak ada bicara sedikit-sedikit analisis tentang politik dalam blog popular cikgu ini, tahniah.
2. UBN akan menang rasanya kali ini walaupun Isa sebagai calonnya kerana ini kawasan kukuh UBN sejak dahulu (walaupun Parlimennya diduduki oleh PR), Mahathir ada kata juga bahawa UBN akan menang dalam satu kenyataannya sebelum ini.
3. Pengundi pos di Bagan Pinang seramai 4,000 orang! 98% orang askar, askar siapa yang jaga kini sama ada orang Pekan atau bekas peniaga Pekan Rabu?
4. Apa-apapun saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mahathir bahawa UBN akan kalah... (apatah lagi kenyataannya tentang PPSMI), UBN kali ini kena menang dalam pelbagai cara, jika tidak maruah orang Pekan akan terus tercalar 1 Malaysia dan 1 Dunia.
5. Saya amat setuju dengan kenyataan cikgu bahawa "1. Memang benar UMNO tidak pernah dan tidak mahu untuk belajar daripada sejarah." Lihat sahajalah apakah perubahan besar yang boleh memikat orang Melayu selepas tragedi Mac 2008; rasa-rasanya yang dilihat makin ramai orang Melayu menjauhkan diri daripada UBN? (mungkin ada benar dan ada yang tidak benar)

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Menarik entri kali ini, sudah lama tidak ada bicara sedikit-sedikit analisis tentang politik dalam blog popular cikgu ini, tahniah.
2. UBN akan menang rasanya kali ini walaupun Isa sebagai calonnya kerana ini kawasan kukuh UBN sejak dahulu (walaupun Parlimennya diduduki oleh PR), Mahathir ada kata juga bahawa UBN akan menang dalam satu kenyataannya sebelum ini.
3. Pengundi pos di Bagan Pinang seramai 4,000 orang! 98% orang askar, askar siapa yang jaga kini sama ada orang Pekan atau bekas peniaga Pekan Rabu?
4. Apa-apapun saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mahathir bahawa UBN akan kalah... (apatah lagi kenyataannya tentang PPSMI), UBN kali ini kena menang dalam pelbagai cara, jika tidak maruah orang Pekan akan terus tercalar 1 Malaysia dan 1 Dunia.
5. Saya amat setuju dengan kenyataan cikgu bahawa "1. Memang benar UMNO tidak pernah dan tidak mahu untuk belajar daripada sejarah." Lihat sahajalah apakah perubahan besar yang boleh memikat orang Melayu selepas tragedi Mac 2008; rasa-rasanya yang dilihat makin ramai orang Melayu menjauhkan diri daripada UBN? (mungkin ada benar dan ada yang tidak benar)

fasa1-pemikir agung said...

Tahniah kerana berani meluahkan apa yang terpendam..

Anonymous said...

Bro,
Tan Sri Isa kata...'apa salah dia bertanding walaupun disabitkan isu politik wang. Sedangkan ada penjenayah @ bekas banduan kes liwat pun boleh bertanding dan jadi wakil rakyat..rakyat tak bisingpun .yg masih dalah tahanan ISA sebab menghura harakan keselamatan negara pun boleh jadi calon..so..apa salahnya Tan Sri isa bertanding?? menang atau kalah soal nombor dua.

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
1. Terima kasih kerana terus tegar dengan WITRA. Bukan tidak mahu berbicara tentang politik, tetapi agak meluat dengan senario semasa; bahawa orang Melayu sudah tidak pandai berpolitik.
2. Saya rasa Isa akan menang jugak, dengan hujah RAR ttg undi pos dan kawasan tentera, kemungkinan besar UMNO akan menang, cuma saya rasa majoritinya akan berkurang dengan jumlah yang besar juga.
3. Undi pos patut dihapuskan?
4. Pandangan Dr M, ada ketikanya benar, dan lazim juga yang terpesong.
5. Siapa berani mengatakan bahawa UMNO telah belajar daripada sejarah? Selagi pemikiran UMNO didalangi oleh golongan politik yang mabuk, tidak akan berlakulah perubahan positif, seperti yg diharap-harapkan oleh bangsa Melayu.

Salam PEMIKIR AGUNG,
Rasa-rasanya entri ini tidaklah 'seberani' mana pun. Yg berlegar dalam fikiran mungkin lebih ekstrem. Apa-apapun, terima kasih atas titipan saudara.

Salam ANONYMOUS,
BRO,
Memang tidak salah Isa bertanding kerana Anwar yang dituduh liwat dan pemimpin Hindraf yg kena penjara pun bertanding dan menang pula. Saya hairan mengapakah orang Melayu memenangkan mereka? Sekali lagi pendapat DR M diutarakan, iaitu mereka menang bukan kerana mereka kuat atau mendapat sokongan rakyat (saya memang tidak menyokong langsung PKR!) tetapi mereka menang sebab BN@UMNO lemah. Kalau dlm bola sepak, jikalau Laos pernah mengalahkan Malaysia, bukan kerana Laos terlalu handal, tetapi kerana Malaysia terlalu lemah. Yang ingin ditegaskan ialah seharusnya yg lemah atau semakin lemah itu usah dilemahkan lagi. Isa memang boleh menang, tetapi adakah atas kemenangan mutlak? Mungkin jikalau tiada undi pos atau bukan kawasan tentera, ada kemungkinan besar UMNO akan tewas. Sekarang 8-1. Penolakan rakyat terhadap UMNO tentulah bersebab, dan sebabnya ialah UMNO tidak mahu melakukan perubahan. Dr M bukan orang baru dlm UMNO, pandangannya kini makin bernas selepas bersara. Jikalau UMNO berubah, tidak mustahil sokongan orang Melayu akan kembali kepadanya. Secara peribadi, jikalau orang Melayu tidak menyukai UMNO, lebih baik pangkah PAS, daripada PKR atau DAP. Sekurang-kurangnya PAS terus memperjuangkan Melayu dan Islam. Tetapi, saya percaya UMNO masih relevan sekiranya semangat 46 dibina semula. Persoalannya, mampukah dibina semula semangat tersebut? Saya percaya sukar sekali kerana makin hari makin tercalar perasaan Melayu angkara UMNO. Lihat sahajalah, siapa yang menyokong PPSMI? Jangan terpengaruh bulat-bulat dengan 2012, terselindung banyak agenda. Kalau hal sebegini penting pun tidak dapat dipertahankan, bagaimana hendak meraih sokongan? Apa-apapun, terima kasih atas kunjungan dan titipan, mudah-mudahan Allah swt melestarikan persahabatan ini.

Melihat Kesunyataan said...

Dunia politik ni macam dunia kapak. Pekik kapak begitu lantang menumbangkan segala kemungkinan demi kekuasaan, demi kehormatan.
Suara politik kapak ini begitu lantang menebang. Siapakah yang berani menantang?

Melihat Kesunyataan said...

Azhar,
Dalam persidangan antarabangsa, Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang baru lepas, ada sebuah kertas kerja yang membincangkan karya Azhar yang menjurus kepada sajak yang baik tidak semestinya melanggar tatabahasa Melayu.
Tahniah.

Azhar Salleh said...

Salam TUAN HAJI,
Ya, memang saya sangat bersetuju dgn pandangan tuan. Tetapi politik bukan seperti kapak lagi, tetapi dah jadi seperti gergaji karan! Tarik starter terus cantas!
Terima kasih tuan haji atas ucapan tahniah tersebut. Mudah-mudahan, saya dan pembentang (Hasrina UPSI) telah berjaya membuktikan bahawa dalam karya kreatif, tidak semestinya pelanggaran tatabahasa perlu berlaku. Penulis sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam penggunaan bahasa dan tidak menggunakan alasan poetic licence utk melakukan penyimpangan tatabahasa dalam karya kreatif.

Anonymous said...

Salam Bro,
Apa yang boleh bro katakan apabila Tan Sri Isa Samad menang dengan majoriti 5435 undi?? lebih banyak berbanding PR lalu iaitu 2333 undi. UMNO perlukan orang macan Tan Sri Isa untuk berdepan dengan musuh di gelanggang politik. Orang yang banyak bekerja daripada bercakap. Apapun bro...ini bukan polemik politik yang akan mencetuskan pergaduhan. Yang penting Orang Melayu terus selamat..dan dibela orang yang sepatutnya membela mereka..membela dengan kata-kata dan penterjemahan.