Thursday, October 29, 2009

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN DI MERSING

Pada 23 Oktober 2009 yang lalu, saya telah diundang oleh pihak DBP Wilayah Selatan untuk menyampaikan ceramah tentang dasar dan isu semasa yang berkaitan dengan bahasa. Ceramah ini diadakan untuk mengisi slot pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat daerah Mersing.

Antara tetamu kehormat ialah Exco Agama Negeri Johor, YB Datuk Zainal (ADUN Endau), Pegawai Daerah Mersing, Pengarah DBP Wilayah Selatan, dan ketua-ketua jabatan serta masyarakat setempat.

Ucapan terima kasih atas pelantikan dan kepercayaan, khususnya kepada Pengarah DBP Wilayah Selatan, Puan Hajah Nor Hashimah Ali, pegawai pengelola, Cik Syuhada DBPWS, Encik RAR (sekarang coach RAR!) dan staf-staf DBP Wilayah Selatan.

Tahniah kepada pihak DBP Wilayah Selatan atas penganjuran majlis ini. Hidup Bahasa Melayu, Hidup Bangsa Melayu!

5 comments:

ajahare said...

bahasa jiwa bangsa..tidk boleh dipertikaikan..
jawapan saudara berhubung pertanyaan saya telah saya jadikan entri muktahir di blog saya..

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Foto cikgu @ ahli politik berceramah terakam dalam 2-3 aksi dalam kamera rasmi DBPWS. Apa-apapun foto itu akan dikirim melalui e-mel nanti.
2. Walaupun diri ini sibuk untuk hal-hal terakhir pementasan teater hari itu, namun demi cikgu diri ini gagahkan membawa kereta dari Johor Bahru ke Mersing.
3. Menarik dan berkesan (walaupun beberapa orang dewasa sudah pulang awal selepas majlis perasmian) ceramah hari itu... unsur 'spektakular' yang terkesan hingga kini - RAKAN COP, SISIPAN AYAT AL-QURAN, TIDAK MAHU @ TIDAK HENDAK, CENDERAMATA @ CENDERADURJA, dan satu dua hal lagi. Namun ceramah hari itu ada kelainan... paling terkesan juga gaya cikgu umpama penceramah politik!
Tahniah besar cikgu.

Melihat Kesunyataan said...

Cikgu,
Tak ada ke gambar-gambar sekitar Pelancaran Bulan Bahasa di Mersing tu?

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Teruskan usaha murni saudara untuk meletakkan bahasa Melayu di tempat yang selayaknya. Saya sangat yakin dan percaya, saudara dan DBPWS merupakan gandingan yang sangat mantap dalam usaha yang sangat murni ini. Siapa sangka, sebutir mutiara dari paksina menyinarnya di tanah daksina!

Azhar Salleh said...

Salam AJAHARE,
Bahasa Jiwa Bangsa, hanya menjadi retorik selagi pemerintah tidak memguatkuasakan Fasal 152 dengan betul dan ikhlas.

Salam RAR,
Yang amat mengharukan saya, bukan kerana ceramah tersebut, tetapi kesudian tuan RAR datang ke Mersing memberikan suntikan besar kepada saya. Harap-harap apa-apa yang telah saya sampaikan dapat meresap ke jiwa pendengar. Saya akan terus bersuara selagi diberi ruang dan kesempatan oleh Allah SWT.

Salam TUAN HAJI,
Foto-foto telah dimuatkan dalam blog. Terima kasih atas keprihatinan tuan haji.

Salam SAHABAT MD. NIZAR,
Saya juga berharap demikian, akan terus memperjuangkan bahasa Melayu. Biarpun dalam kad pengenalan saya mempunyai nombor kod di tengahnya sebagai -07-, tetapi saya akan terus bersuara di bumi yang berkod -01- ini. Ya, suara paksina di daksina!