JIKALAU ADA MANFAAT UNTUK TUAN, RENUNGKANLAH BICARA INI.
Kebanyakan jutawan melakukan sesuatu tugas atau bekerja bukan kerana wang ringgit, tetapi kerana minat mereka yang mendalam dalam bidang yang diceburi oleh mereka. Jikalau mereka tidak dibayar pun atas pekerjaan yang dilakukan, mereka tetap akan melakukannya. Kadang-kadang, terfikir juga tentang kehidupan golongan ini. Mereka boleh berehat dan bersantai 24 jam kerana mereka memiliki wang yang banyak, namun lazimnya, merekalah yang paling kuat bekerja, berbanding dengan orang yang tidak memiliki wang yang banyak.
Oleh itu, wajarlah kita melakukan sesuatu dengan penuh minat, penuh komitmen, dan menumpukan fokus 100% pada pekerjaan yang dilakukan kerana demikianlah sifat yang ada pada seseorang yang memiliki wang yang banyak.
Tanpa minat, kita kehilangan suatu nikmat...
Saturday, March 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Hormat Cikgu Azhar,
Terima kasih atas penjelasan yang diberikan.
Ya, apa-apa bidang pun yang kita ceburi, hormatilah kerjaya kita dan uruskan dengan perasaan yang gembira dan penuh dengan rasa kesyukuran. Dengan itu, barulah kita dapat mengecapi nikmat dan kepuasannya.
Cikgu Azhar,
Ya... benar tanpa minat, kita kehilangan suatu nikmat;
cuma ingin menambah dalam konteks kerja hakiki iaitu tanpa sayang dan kasih mendalam maka sesebuah program tidak mungkin terlaksana penuh jaya atau hanya sekadar ingin buat program lalu tiada kreativiti untuk meningkatkan lagi mutu program itu...
Laksanakan sesuatu sedaya mampu dan sedaya usaha yang maksimum; jangan hanya menunggu program permintaan semata-mata... Hehehe...
betul tu bro..
Salam Cikgu,
kata-kata ini penuh hikmah. Sdr RAR tu, cakap pasal siapa yeee??? pukul anak sindir menantu kerrr???hehehe!!!
Salam KEKWA66,
Terima kasih kembali.
Ya, kita tidak pernah bekerja sekiranya kita melakukannya dengan penuh minat.
Salam RAR,
Satu perkara yang penting untuk difahami ialah jutawan memiliki kreativiti yang amat tinggi ketika bekerja. Tentang program permintaan, rasa-rasanya perlu juga dalam konteks tertentu, tetapi jika disulamkan dengan program tambah nilai, akan lebih terasa manisnya bekerja.
Salam AJAHARE,
Ya, memang betul, bro! Ehh...tuan!
Salam MARIA,
Kata-kata akan menjadi berhikmah jika dilaksanakan. RAR bukan pukul anak lagi, malah disebatnya dengan batang penyapu! Menantu tak kena sindir lagi, tapi dah macam nak kena halau dah!
Post a Comment