Monday, April 05, 2010

SEMBILAN TABIAT JUTAWAN

Sekarang, saya sedang menelaah pemikiran dan menggali pengetahuan daripada sebuah buku yang bertajuk "Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan", tulisan seorang jutawan muda dari Singapura, Adam Khoo.

Pada Bab 3, penulis menghuraikan sembilan tabiat jutawan. Tabiat yang menyebabkan golongan ini menjadi kaya-raya dan sangat berjaya. Saya perturunkan sembilan tabiat tersebut di bawah.
1) Sentiasa lakukan yang lebih baik daripada apa yang diharapkan
2) Bersikap proaktif
3) Bertanggungjawab 100%
4) Memperlambat kepuasan
5) Lakukan apa yang kita minati
6) Memiliki integriti
7) Memberi 100% kesungguhan
8) Keupayaan mengubah kegagalan menjadi kejayaan
9) Hormati dan sayangi wang

Mudah-mudahan, sembilan langkah dan tabiat ini dapat kita jadikan panduan ke arah mencapai kejayaan dan menikmati kekayaan. Insya-Allah, saya akan menghuraikan sembilan tabiat ini mengikut perspektif dan pandangan saya nanti.

5 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Azhar Sifu,
Yang nombor sembilan tu saya agak kurang setuju. Boleh huraikan dulu.

kekwa66 said...

Hmmmm...nampaknya, cikgu pun berangan-angan nak jadi jutawan macam saya ya? Ha...Ha...ha....Semoga Tuhan makbulkan hajat cikgu tu.

p/s: Terima kasih atas penjelasan yang diberikan tentang kata banyak makna.

Maria Sharapova said...

Cikgu,
1.Bagaimana kakitangan kerajaan boleh menjadi jutawan?
2.Siapakah kakitangan kerajaan yang telah berjaya menjadi jutawan di Malaysia?
3.Apakah spesifikasi seseorg jutawan?

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar. buku ni memang seronok dibaca. rasa nak cepat habiskan, dan ulang semula baca.

Azhar Salleh said...

Salam AYAHANDA SHAPIAI,
Saya telah huraikan. Bacalah entri terkini.

Salam KEKWA6,
Nampaknya kita sealiran. Mungkin Cikgu Kekwa juga ada idea ttg cara-cara untuk menjadi jutawan. Bolehlah kita kongsi.

Salam MARIA SHARAPOVA,
1. Banyak caranya. Cuba baca entri saya yang terdahulu. Saya cadangkan saudara baca buku Azizi Ali yang bertajuk "Lahirnya Seorang Jutawan".
2. Banyak. Kebanyakannya jutawan senyap. Salah seorang yang paling terkenal ialah Azizi Ali. Mudah-mudahan, selepas ini (tak tahulah bila) Azhar Salleh dan Maria Sharapova pula. He..he..he...
3. Jutawan ada harta bersih bernilai RM1 juta.

Salam DINDA WAHYU,
Ya, buku ini mengujakan. Selepas Azizi Ali, saya rasa Adam Khoo ialah penulis buku kewangan yang hebat. Jikalau ada idea dan tambahan poin, bolehlah kongsi.