Sunday, March 22, 2009

CERAMAH: BENGKEL TATABAHASA SMK PERMAS JAYA 3

Saya telah diundang oleh Panitia Bahasa Melayu, SMK Permas Jaya 3 untuk mengendalikan bengkel tatabahasa kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah itu pada 7 Mac 2009 yang lalu.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah, khasnya guru-guru Bahasa Melayu yang begitu komited untuk meningkatkan ilmu tentang tatabahasa.
Saya berharap agar guru-guru SMKPJ 3 akan terus menimba ilmu agar pelajar-pelajar akan mendapat pengetahuan yang terbaik tentang Bahasa Melayu.
Jika ada kesempatan, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.

4 comments:

Arkib PPSMI said...

Salam.

Nampaknya cikgu masih sibuk. Sibuk itu menguntungkan kerana banyak pengalaman diperoleh.

Cikgu,
Ada murid menulis ayat “Kumenanti-nanti kehadiran kawanku”. Adakah ayat ini gramatis?

Azhar Salleh said...

Salam ARKIB PPSMI,
Ayat itu tidak gramatis. Kata ganti nama singkat tidak boleh diletakkan pada awal ayat.
Sepatutnya,
Aku menanti-nanti kehadiran kawanku.
Contoh lain yang salah:
Mumencari penawar sakti untukku.
Sepatutnya:
Kamu mencari penawar sakti untukku.

Mohd Isa Abd Razak said...

Salam kembali cikgu. Nampaknya penyajak kena lebih berhati-hati menggunakan perkataan. Murid akan ikut kesilapan mereka. Terima kasih.

Azhar Salleh said...

Salam Cikgu Mohd Isa,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Terima kasih atas pandangan itu.