Sunday, March 22, 2009

CERAMAH: PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA

Terima kasih kepada DBPSW (khasnya kepada Encik Rusdi) kerana terus memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan bengkel dan ceramah penulisan kreatif untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Melaka pada 10 hingga 12 Mac yang lalu, bertempat di D'Village Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Semoga pengalaman yang kita peroleh akan mendewasakan kita...

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,

1. Menanti seterusnya Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor 2009 di Pasir Gudang pada 14 - 16 April 2009 nanti.

2. Ya... pada tahun ini masuk tahun ke-8 program perkampungan ini, sepanjang lapan tahun ini telah diterbitkan sebanyak 5 buah antologi. Untuk antologi karya pelajar yang terpilih tahun 2008 - 2009 ini akan diusahakan setelah selesai perkampungan negeri Johor ini.

3. Hakikatnya, buah tangan dan idea unggul cikgu yang amat penting dalam kejayaan (besar dan kecil) perkampungan ini sejak 4-5 tahun belakangan ini.

Sekian.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Apa khabar?
Saya Aini Hafizah Salleh, SMKA Sharifah Rodziah, peserta Perkampungan Penulis Muda Negeri Melaka 2009.
Mohon cikgu komen karya yang telah saya hantar sewaktu perkampungan ya. Tajuk karya saya 'Musnah dalam Cinta'-cerpen dan bagi sajak "Sakral Ikatan", "Relung Cinta' dan satu lagi karya saya sudah lupa tajuknya.
Jasa baik cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih.