1. Pada hari Sabtu, 28 Februari yang lalu, saya telah diundang ke SK Taman Cendana, Pasir Gudang untuk berceramah dan mengendalikan bengkel tatabahasa kepada guru-guru BM di sekolah itu.
2. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Tuan Haji Musa bin Mastor (mantan Guru Besar saya semasa di SKTJJ2 dahulu) kerana sudi mengundang saya pada hari itu.
3. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Yusri (PK 1) dan Ketua Panitia serta AJK Panitia BM yang menguruskan program tersebut hingga dapat dilaksanakan dengan lancar sekali. Tidak lupa juga kepada Puan Raziah yang menguruskan program.
4. Kepada guru-guru BM di SKTC, saya doakan kalian akan terus memantapkan ilmu untuk memastikan anak murid kita mendapat guru yang benar-benar menguasai bidangnya.
5. Jangan lupa, kepada guru-guru yang belum memiliki Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat, sila dapatkannya kerana itu merupakan sumber rujukan terpenting kepada kita.
6. Saya memohon maaf jika sepanjang kursus, saya agak keras dalam berbicara, khususnya yang berkaitan dengan PPSMI. Saya perlu bersuara kerana saya berbangsa Melayu.
7. Saya mendapati bahawa guru-guru BM di SKTC begitu positif dan bersemangat tinggi. Saya percaya tidak mustahil suatu masa nanti, SKTC akan menjadi antara sekolah terbaik di daerah Pasir Gudang.
8. Jika guru-guru ada masalah tentang BM, hubungilah saya. Saya sedia membantu setakat yang terdaya.
9. Sampai bertemu lagi. Salam silaturahim. Berjihad demi bahasa dan bangsa!
3 comments:
Cikgu,
1. Tunggu..., kita gempakkan Melaka 10 - 12 Mac nanti dengan PPMPSMNM (bunyinya macam PPSMI aja..., tapi bukan... hehehe...).
2. Bagus..., terus aktif dalam memberikan ilmu atas kepakaran unggul yang cikgu miliki.
Sekian.
rar/
Sdr., Azhar,
Saya harap saudara dapat gunakan peluang berceramah ini untuk sama-sama menyedarkan guru-guru dan pihak bertanggungjawab untuk memperjuangkan bahasa Melayu kita. Saya berpendapat ramai guru-guru pun tidak faham mengapa kita menentang PPSMI.
Salam RAR,
Terima kasih atas sokongan anda! Saya akan terus berbakti dan berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Salam TUAN HAJI,
Terima kasih atas sokongan moral ini. Saya akan terus bersuara di pentas ceramah tanpa gentar! Insya-Allah, saya akan berusaha untuk menyedarkan mereka betapa kita begitu serius untuk mempertahankan maruah bangsa dan bahasa. Saya akan terus bersuara. Terima kasih, khususnya kepada DBPWS yang sentiasa memberikan kesempatan dan pentas kepada saya untuk bersuara dan melontarkan pandangan.
Post a Comment