Tuesday, March 10, 2009

TATABAHASA: MENGIKUT ATAU MENGIKUTI

AYAT YANG SALAH
* Ibu mengikut abang keluar secara senyap-senyap untuk mengetahui tempat dia pergi.
* Adik mengikuti ayah ke majlis makan malam tahunan syarikat di sebuah hotel.

Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah kerana mengikut bermaksud pergi bersama-sama sementara mengikuti bermaksud mengekori.


AYAT YANG BETUL
1) Ibu mengikuti abang keluar secara senyap-senyap untuk mengetahui tempat dia pergi.
2) Adik mengikut ayah ke majlis makan malam tahunan syarikat di sebuah hotel.

5 comments:

Arkib PPSMI said...

Salam.

Bermanfaat. Kesilapan yang lalu, insya-Allah, tidak diulangi.

Mohon pandangan cikgu: jawaban atau jawapan?

Wassalam.

Arkib PPSMI said...

Salam.

Cikgu,
“Hadirin sekalian, dengarkan lagu ini.” Dengarkan atau dengarlah?

Azhar Salleh said...

Salam ARKIB PPSMI,
Pertama sekali saya memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan saudara. Belakangan ini saya sangat sibuk hingga tak sempat nak buka dan pantau blog. Harap saudara memahami situasi ini. Namun, percayalah, saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan sedaya upaya kerana hal ini menjadi tanggungjawab saya (dan kita semua)untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Soalan 1
Jawapan atau jawaban?
Memang telah menjadi suatu kelaziman bagi masyarakat kita, apabila berlaku sesuatu perubahan, kita akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya. Untuk pengetahuan saudara, Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm.615) telah mencatatkan seperti hal yang demikian:
jawaban, jawapan 1. jawab, balas (an)2. sesuatu yang dituliskan sebagai penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dalam ujian bertulis).
Oleh itu, kedua-dua patah perkataan itu betul dan diterima pakai. Namun begitu, dari segi morfologinya, yang lebih tepat ialah jawaban. Perkataan ini berasal daripada perkataan jawab. "Jawab", apabila dibubuh imbuhan -an, maka yang terhasil tentulah "jawaban". Bentuk "jawapan" telah lama digunakan dalam masyarakat, dan oleh sebab itulah, untuk tidak mahu menimbulkan kesulitan kepada pengguna bahasa, kedua-dua bentuk diterima, walaupun bentuk "jawaban" yang seharusnya digunakan.

Soalan 2
Dengarkan lagu ini atau dengarlah lagu ini?
Berkaitan dengan kemusykilan tersebut, untuk makluman saudara, "dengarkan" terhasil daripada bentuk "mendengarkan" yang bermaksud "mendengar akan sesuatu". Oleh itu, dengarkan lagu ini, betul kerana bermaksud mendengar lagu (dalam konteks ini, sesuatu itu lagu). Begitu juga halnya dengan "dengarlah", yang terhasil daripada bentuk "mendengar" yang bermaksud menangkap bunyi, suara dengan telinga. Partikel -lah digunakan untuk melembutkan atau menegaskan kata kerja "dengar" itu.
Jadi, kedua-dua bentuk tersebut betul dan tidak mengandungi apa-apa kesalahan.
Terima kasih. Berjihad untuk bahasa demi agama!

Saifol77 said...

Keluaga saya hancur disebabkan sikap anda anda pikirkan Kalau Keluaga anda apa yang harus anda buat? Hanya tengok dan gelak Dan berkata bodoh betul Keluaga oku Dan lagi berkata tengok macam aku mana yang negara aku tak pernah pergi bila aku sampai negara yang aku pergi orang sambut aku dengan bermacam macam Anika persembahan bukan

Saifol77 said...

Disebabkan anda libatkan Keluaga aku dengan blogger aku sekali yang saya
sendiri tak dapat gunakan anda fitnahkan sampai hari ini bulan Ramadan Yang penuh berkat ini, Allah sudah berkali kali menyampaikan kepada umatnya yang beragama Islam berbuat baik berpesan pesan kebaikan apa sepatut yang sebagai ketua atau sebagai orang orang yang sebelum aku Allah turun ALQURAN untuk kamu berpandukan untuk orang orang yang beriman Ya itu Islam semua ada pertunjuk di dalam Alquran mengapa kamu tidak mahu mengikutinya kalau kamu tidak mahu mengikutinya Aku akan berperang orang orang yang mendustakan Alquran percayalah Allah sudah lama mengingatkan umatnya hanya menunggu perintah Dari Allah subahanallah. Lekas lah Allah tidak suka kepada Hamba hamba membuat kerosakan atau pertumpahan darah jika kamu berpaling tunggu azab Dari Allah. Sekarang aku sudah sampaikan berkali Kali tapi Kali ini tanggung jawap aku sudah sampai kepada kamu. ALLAHUAKBAR 3 KALI. salam terima Kasih.