Sunday, May 17, 2009

BICARA: UJIAN KELAYAKAN PSV AKAN DIKAJI SEMULA KERANA GUNA BAHASA MELAYU

1. Buletin Utama (TV3) malam ini (17 Mei 2009) melaporkan bahawa Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan akan mengkaji semula penggunaan bahasa Melayu dalam ujian PSV untuk pemandu teksi yang berbangsa Cina.
2. Alasannya, pemandu teksi tersebut tidak tahu menjawab soalan dalam bahasa Melayu. Mereka tidak tahu menggunakan bahasa Melayu. Alasan lain ialah mudah berinteraksi dengan pelancong asing.
3. Jadi, penggunaan bahasa Melayu akan digantikan dengan bahasa Inggeris. Dan semua pemandu teksi akan mengikuti kelas bahasa Inggeris selama tiga jam seminggu. Mengada-ngada betul! Kalau dah duduk kat Malaysia berpuluh tahun pun tak reti nak guna bahasa Melayu, ini nak tunjuk lagak belajar bahasa Inggeris seminggu tiga jam! Tetapi, adakah ini rasionalnya. Saya percaya tidak. Adakah ini salah satu cara lagi untuk menghakis penggunaan dan daulat bahasa Melayu? Entahlah, tetapi saya rasa, ya.
4. Nampaknya, “belang” mereka semakin menjadi-jadi. Dan “belang” pemimpin Melayu makin luntur.
5. Sepatutnya, pemandu-pemadu teksi itu belajar bahasa Melayu. Tetapi, patutkah mereka belajar bahasa Melayu kalau sudah besar gajah dan dah beruban atas bawah, duduk kat Malaysia (Tanah Melayu) bukan sehari dua tetapi masih beri alasan tidak tahu berbahasa Melayu?
6. Kalau tak tahu guna bahasa Melayu, wajarkah diterima sebagai rakyat Malaysia?
7. Patutkah diterima sebagai warganegara Malaysia? Adakah lebih baik kerakyatan dan kewarganegaraan itu diberikan kepada Mat Bangla kerana mereka lebih tahu guna bahasa Melayu?
8. Dan nasib mereka dibela pula oleh pemimpin mereka. Dengan angkuh sekali, menafikan hak bahasa Melayu. Nampaknya, satu demi satu hak milik “Hang Tuah” dicabul di tanah sendiri. Kalaulah “Jebat” masih hidup… Ada lagikah “Jebat” dalam kalangan pemimpin Melayu?
9. Inilah akibatnya jikalau tidak pandai berpolitik. Tanah tergadai, bahasa tergadai, dan akhirnya, anak-anak kita tersadai! Kiri kanan kena tibai, terbang melayang kopiah dan lebai, last-last sekali semua kena sidai…
10. Mungkin ada sesiapa yang telah memesan kain kapan dan kapur barus? Jenazah Bahasa bin Melayu akan dikebumikan, bila-bila masa. Tanah telah digali. Ketawa besar pemegang sepanduk PPSMI!
11. Tunggu komen Dr. Rais Yatim pula.

7 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Pelik tapi tidak mengejutkan...! Rakyat Malaysia (jika dilihat dan diperkatakan dalam kontek 1 Malaysia kononnya...) harus tahu berbahasa Melayu.
2. Namun tidak menghairankan orang Melayu (kerana mengikut contoh beberapa pemimpin parti besar Melayu) sendiri sudah segan dan malu berbahasa Melayu dalam konteks rasmi.
3. Mungkin konteks 1 Malaysia dalam hal bahasa, penggunaan bahasa mengutamakan bahasa Inggeris...?

zura halid said...

Nak cakap terus terang kat cikgu...Selain YAHUDI, SAYA PALING BENCI BANGSA CA! CA yang di Malaysia, bukan CA di Beijing. Kalau saya ada kuasa, dah lama saya hantaq depa semua balik Tanah Besaq CA. Biaq depa dok celah bukit dan tembok sana! Kat sana lebih seeesuuwaaaiii!!!!

Dan, TAK ADA MAKNANYA 1 MALAYSIA (Malaysia memang 1 pun...).

minsen.chai said...

orang macam zura perlu mengetahui maksud satu malaysia yang disebut oleh PM. balik ke kindergarten belajar lagi. adakah kamu silat belajar masa di kindergarten

ideamenulis said...

Kalau begitu peperiksaan awam buat dalam tiga atau empat bahasa, biar tebal sikit kertas soalan, lagi untung si penjual kertas.

zura halid said...

minsen.chai, kalau rasa pandai sangat, huraikanlah apa yg PM maksudkan? Malaysia bukan Indonesia, bukan Thailand, bukan Singapura! (ada reti)? Nak lahirkan 1 Malaysia pada thn 2009...sedangkan prinsip jus soli dan agihan kaum telah berpuluh tahun dilaksanakan sejak zaman British! (Lu fikirlahhhh sendiri!).

minsen.chai said...

malu anda bekerja di DBP tetapi menggunakan bahasa rojak. Gua pun boleh !

x-crusader said...

we all malaysia.. kna sepakat.. ingat jata negara "bersekutu bertambah mutu"