Saturday, May 16, 2009

CERAMAH: PENULISAN SURAT RASMI (ZON PERMAS JAYA)

Pada hari ini (16 Mei 2009), saya telah diundang oleh SK Permas Jaya 1 untuk menyampaikan ceramah kepada guru-guru di Zon Permas Jaya seramai lebih kurang 130 orang.

Ceramah berkaitan dengan penulisan surat rasmi.
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru besar sekolah yang terlibat, iaitu SKPJ 1, SKPJ 2, SKPJ 3, SKPJ 4, SKPJ 5, dan SK Senibong.
Tidak lupa kepada Puan Rohani, Encik Asri, dan jawatankuasa urus setia yang bertindak cemerlang dalam pengelolaan kursus.

Diharapkan kursus ini akan mendatangkan manfaat kepada semua guru. Terima kasih atas kerjasama dan layanan yang diberikan.

1 comment:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda yg dihormati. dinda telah emel kertas kerja di UTM tempohari. semoga dalam penerimaan kanda jua. sampai bersua.