Friday, May 08, 2009

PERISTIWA: TAHNIAH KEPADA RAR

Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah kerana saudara Rusdi Abdul Rahman (RAR) telah dikurniai seorang lagi cahaya mata lelaki (nampaknya gen RAR sungguh padu!) pada 6 Mei 2009 yang lalu.
Saya doakan agar isteri RAR dan anak ketiganya itu dalam lindungan Allah dan sihat, tanpa ada apa-apa kerumitan.
Kepada RAR, selamat berpuasa (oppsss...!), selamat menimang cahaya mata dan ucapan tahniah daripada saya dan isteri. Isteri saya berkirim salam kepada orang rumah RAR.
Insya-Allah, anak itu akan membesar dengan "wajah dan suara" bapanya yang kental...

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Dah 'berpuasa' sejak 2 bulan lalu ketika isteri ditahan di hospital, dan kini meneruskan 'puasa'.

2. Seorang lagi rakyat kelahiran negeri Johor bernama RAIF.

3. Banyak-banyak terima kasih buat cikgu serta isteri cikgu atas keprihatinan bertanya khabar sejak isteri ditahan di hospital yang lalu sehingga selamat melahirkan bayi lelaki.

zura halid said...

Tahniah kepada En. Rusdi atas kelahiran warga Johor ini. Sedapnya nama...RAIF.