Wednesday, May 27, 2009

CERAMAH: BENGKEL PENULISAN KREATIF GURU-GURU DAERAH KLUANG

Pada 20 Mei 2009 yang lalu, saya telah diundang oleh pihak DBP Wilayah Selatan dan PPD Kluang untuk menyampaikan ceramah dan mengendalikan Bengkel Penulisan Kreatif untuk Guru-guru Daerah Kluang di SK Kluang Barat.

Saya ingin merakamkan ribuan ucapan penghargaan, khasnya kepada Encik Rusdi Abdul Rahman (RAR), Pegawai Perancang Bahasa DBPWS kerana sentiasa memberikan kepercayaan kepada saya.


Tidak lupa kepada Cikgu Hamzah Hamdan, Pegawai Pendidikan Khas, PPD Kluang yg merealisasikan program ini dengan jayanya. Kepada barisan urus setia dan peserta-peserta, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas segala komitmen, kesungguhan, dan gelak ketawa kalian! Terima kasih Cikgu Hamzah kerana menghadiahi saya sehelai baju yang tersulam nama saya.


Daripada kursus ini, saya melihat banyak warga pendidik yang berpotensi besar untuk menjadi penulis hebat dan mapan, jika dibimbing dan diasuh secara berterusan. Malahan, yg amat mengujakan saya ialah daripada kalangan peserta, sudah ada yang memiliki novel sendiri (misalnya Cikgu Amin) dan ada yang pernah memenangi anugerah penulisan (misalnya Cikgu Padilah). Rakan saya, Cikgu Nizar Paiman, juga seorang penulis yang mantap kerana puisi dan cerpennya pernah tersiar dalam Berita Minggu. Peserta kali ini benar-benar mantap dan saya ucapkan tahniah kpd Cikgu Hamzah atas kesungguhannya memilih peserta yang hebat-hebat!


Demikianlah sifat ilmu dan sifat orang yang ingin mencari ilmu. Walaupun mereka sedar bahawa mereka telah memiliki asas yang kukuh untuk menulis karya kreatif, namun mereka menyedari bahawa ilmu Allah ini sangat luas. Mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Mereka sentiasa ingin dan dahagakan ilmu, tanpa mengira ilmu itu daripada siapa. Saya memang kagum dengan peserta kali ini. Memang kagum dan amat menghormati mereka.


Saya doakan peserta-peserta sekalian akan terus berkarya. Saya menanti karya saudara...

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Nama yang indah TERSULAM itu luar pengetahuan saya, namun nama indah AZHAR itu merupakan sesuatu yang BUKAN EKSTREM (maksud saya nama itu sebagai susunan huruf semata-mata yang membentuk A+Z+H+A+R) tetapi jiwa dan minda penama itu yang perlu EKSTREM! Ya... sebagai contoh nama Kak Min... Hehehe...

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Gua dgn Kak Min tak sama, bro! Kak Min dah kalah sebab dia tak tahu strategi utk menang dlm pertandingan. Tapi, gua rasa gua banyak strategi nak menang dalam apa-apa pertandingan. Kalau lu nak try, jom kita lawan Sahibba!