Monday, January 25, 2010

KEHEBATAN LAUNGAN AZAN

Saya telah menerima e-mel daripada seorang rakan, Cikgu Hamzah Hamdan (PPD Kulaijaya) dan bicara e-mel yang dihantarnya menyentuh jiwa saya. Terima kasih Cikgu Hamzah! Dengan izin daripada Allah SWT dan mudah-mudahan beliau memberikan keizinan, saya muatkan bicara tersebut di bawah untuk renungan dan penghayatan kita bersama-sama. Saya tidak menyunting tulisan ini untuk mengekalkan bentuk tulisannya yang asal. Yang paling penting, mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan apabila membaca tulisan ini, yang berbicara tentang azan. Allah Maha Besar!

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita mati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka Kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiranku ini. Subhanallah. .. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan keagungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belum pun azan subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

6 comments:

Unknown said...

Salam Cikgu Azhar. Satu perspektif yang berbeza dan menarik daripada cikgu. Namun, selain daripada mendengar, cara menghormati azan ialah menyahut seruan itu dengan pergi ke tempat azan tersebut dilaungkan (surau atau masjid). Wallahualam.

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Entri yang mengesankan dan maklumatnya baik untuk dikongsi bersama demi kebaikan semua pembaca blog ini.
(Catatan kecil: Cikgu Hamzah Hamdan - PPD Kluang)

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Entri yang sangat baik dan memberikan manfaat kepada pengunjung blog penuh inspirasi ini. Alhamdulillah, SAHABAT telah memanjangkan amanat ini dan mudah-mudahan orang yang singgah di blog ini akan sama-sama mendapat keberkatannya. Amin. Setujukah jika saya katakan, orang Islam yang tidak menghormati laungan azan merupakan orang yang tidak menghormati agamanya?

Citra Delima said...

Salam Cikgu Azhar,
Satu entri yang baik disebarkan sebagai dakwah. Umumnya semuanya tahu tentang bersolatlah dimana azan dilaungkan.Ini yang belum ramai melakukannya. Insya-Allah, berdoakan agar kita sendiri memulakanya. Amin..

Sham al-Johori said...

Tuan,
Azan bukan hanya suara atau getar desir angin tetapi azan adalah suara batin yang penuh menusuk.
Takbir!

Azhar Salleh said...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Memang benar pandangan tuan. Saya menasihati Azhar Salleh dan pembaca komen ini agar sama-sama mengimarahkan rumah Allah. Terima kasih, tuan.

Salam RAR,
Terima kasih atas pembetulan. Mudah-mudahan, kita akan memperoleh manfaat.

Salam SAHABAT MD. NIZAR,
Insya-Allah. Setuju! Mereka yang tidak menghormati azan perlu didoakan agar menghormati agamanya.

Salam TUAN HAJI CITRA,
Insya-Allah, suatu pandangan yang amat bernas!

Salam TUAN HAJI SAMSUDIN,
Bicara tuan menusuk kalbu saya. Mudah-mudahan, kita tidak terlalai dan tersimpang daripada rahmat Allah SWT.