Wednesday, January 06, 2010

SUFFERCATION: SUATU PENYEKSAAN II

Selamat Tahun Baharu 2010!
Pertama sekali, saya mohon maaf kerana sudah seminggu tidak memuatkan sebarang entri lantaran masalah modem jalur lebar yang dikebas orang (RAR ada memuatkan hal ini dalam blognya). Insya-Allah, saya reda dan percaya, itulah salah satu dugaan Allah kepada hamba-Nya. Dengan kembalinya entri ini, bermakna modem baru telah dimiliki dan blog WITRA akan kembali mencatatkan 'sesuatu' untuk pengunjung yang budiman.
Malam ini, tidak ada bahan yang ilmiah untuk dikongsi. Hanya ada beberapa keping foto yang berkaitan dengan band Suffercation, band death metal yang mantap. Sengaja dimuatkan untuk 'try' keupayaan modem baru ni. Santai aje...bro! Antara keratan akhbar yang berkaitan dengan Suffercation.
Keratan akhbar lagi!

Konsert Suffercation ketika acara pembukaan pelancaran album Cromok.
Keratan akhbar yang 'otai'...
Salah seorang peminat tersendiri Suffercation ialah Azhar Salleh. Mohon maaf jikalau ada yang tidak gemar akan entri sebegini. Hanya untuk santai...itu sahaja. Jikalau diperhatikan lirik lagu Suffercation, banyak yang berkisar tentang kehidupan selepas kematian dan yang agak ketara, tentang 'kepincangan dan kejahatan manusia di muka bumi'. Semoga 2010 menjanjikan kebahagian dan ketenangan kepada kita semua.

7 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Selamat kembali dengan jalur lebar yang baharu.
2. Usah dibimbang ramai yang gemar entri sebegini... apatah lagi RAR; paparan sebegini membuatkan orang yang tidak mengenali kumpulan metal sebegini pasti ada sifat ingin tahu selepas ini, teruskan sahaja JANGAN DIPOTONG ATAU DIHENTIKAN entri sebegini... ya untuk dikongsi bersama maklumat sebegini.

Mybabah said...

Salam Munsyi Azhar. Selamat berblog kembali. Apa-apapun yang tuan tulis, insya-Allah saya baca. Tumpuan saya yang pertama bahasa, kemudian baru kandungan. Sebelum ini,hati saya renyah juga apabila tuan mengguna bahasa "gua", tetapi kita yang bernaung di bawah negara demokrasi perlu menghormati hak asasi manusia, hak asasi Cikgu Azhar. Wallahualam.

Md Nizar Parman said...

Salam SAHABATku Munsyi,
Jika orang lain tidak suka, tidak mengapalah. Saya SUKA! Ulang tulis, saya SUKA! Kita memilih kumpulan (muzik death metal) bukan main buran sahaja. Yang penting, kita menggunakan akal dan sedikit ilmu yang dimiliki untuk memilih kumpulan-kumpulan ini. Tidak dinafikan ada segelintir peminat fanatik dan band itu sendiri yang melakukan perkara mungkar seperti "ritual". Tetapi kita tidaklah sampai ke tahap itu. (Gua cakap betul dengan lu, bro. Ini kisah benar. Gua tak tipu. Kena gua bertaubat... Nanti gua cerita kat lu kalau jumpa).

Md Nizar Parman said...

Ralat,
(Kenapa gua bertaubat...)

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Terima kasih atas sokongan. Insya-Allah, saya akan cuba mengupas aliran metal ini dari sisi yang lain pula nanti.

Salam TUAN SAMSUDIN,
Mudah-mudahan tuan akan terus tegar bersama WITRA. Terima kasih atas sokongan. Tentang kata ganti 'gua', saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakannya lagi. Kalau 'terguna', mohon maaf saya pinta. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Terima kasih atas teguran. Atas prinsip demokrasi dan hak asasi, wajarlah saya ditegur; atas prinsip kemanusiaan.

Salam SAHABAT,
Wah, nampaknya tuan 'melihat sesuatu dalam sesuatu'! Saya dah tak sabar-sabar nak dengar cerita tuan! Ya benar, saya percaya bahawa bukan semua peminat fanatik band metal ini jahat dan sampah. Saya dilahirkan dan membesar di Pulau Pinang (antara tempat merebaknya aliran metal) dan saya melihat ada yang positif di balik yang negatif. Tetapi, meminati muzik metal tidak bersifat negatif selagi tidak 'beritual' secara membabi buta. Saya rasa tuan pun arif...Ok, nanti kita jumpa!

jeff said...

salam bro...

ni gua jeff ilias vocalist Suffercation...thanks sbb create page ni...dan thanks utk comment2 positif ttg Suffercation...

biasak la yg negatif ni...diaorg tak lalui apa yg kita lalui...kekadang heran gak, knp mesti terus negatif..?? kan lebih baik cari yg positif sbb dlm setiap perkara mesti ada yg positif...apa salahnya sentiasa think positive dan sebarkan aura positif tu...ye tak..??

btw, ni facebook Suffercation: http://www.facebook.com/profile.php?id=100001067045019

join la kami kat sana...

ok bro...thanks again for the support....stay brutal...!!

Azhar Salleh said...

BRO JEFF SUFFERCATION,
Gua memang tak sangka bro masuk gua punya blog. Gua cakap terus terang; gua memang support habis Suffercation dan gua selalu cakap ttg band lu kpd member2 gua. Yg bercakap negatif ttg band death metal, pada gua, mereka hanya mengikut apa yang orang kata dan mereka tidak tahu apa2. Gua dah join FB lu. Gua harap Suffercation akan terus bernyawa dgn inspirasi Day of Darkness dan Crypic Exintense. Kalau Pendekar atau Karisma Realiti Abadi, kurenngg...sikit. Sekali lagi, gua akan terus support lu all...stay brutal!