Wednesday, May 27, 2009

BICARA: TITIAN PERJALANAN 1

EMPAT PERKARA YANG TIDAK MUNGKIN KEMBALI:
1) KATA YANG DIUCAPKAN
2) ANAK PANAH YANG TERLUNCUR
3) MASA YANG BERLALU
4) PELUANG YANG DIABAIKAN
Peribahasa Arab

Sama-samalah kita renungi...

5 comments:

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

salam,
cikgu tajuk entri macam tajuk lagu kump. XPDC je. he he
sama-samalah kita berpesan-pesan demi kebaikan.

Azhar Salleh said...

Salam AZAM,
He..he..dah geng otai! Nak buat camana, memang saya suka guna tajuk lagu band otai agar tidak luput ditelan program realiti tv!
Insya-Allah, sama-samalah kita berpesan-pesan ke arah kebaikan. Moga ada pahala sedekah di situ.

Melihat Kesunyataan said...

Azhar,
Seorang ahli falsafah Greek bernama Zeno pernah berkata, 'Sebatang anak panah yang sedang melayang itu sebenarnya diam.'

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Sedikit percanggahan tentang peribahasa Arab yang berbunyi... 'KATA YANG DIUCAPKAN', maksud saya dalam konteks teknologi moden; kata-kata itu boleh dirakam... sedangakan Kak Min pun boleh rakam perbualan selama 3 jam...! Hehehe...

Azhar Salleh said...

Salam TUAN HAJI,
Anak panah yang sedang melayang itu diam kerana memfokuskan sasarannya. Demikianlah seharusnya sifat sebenar bagi seorang pejuang! Dalam konteks-konteks tertentu, diam kadangkala lebih berbahaya berbanding dengan suara yang berdegar-degar. Namun, dalam isu-isu tertentu, misalnya PPSMI, wajarkah kita diam? Terima kasih Tuan Haji kerana berkongsi falsafah yang amat saya minati dan saya hargai. Banyak-banyakkanlah mencatat falsafah dalam blog saya agar sama-sama kita beroleh iktibarnya.

Salam RAR,
Menyusuri plot cerita Kak Min membuatkan saya semakin muak dan hampir nak termuntah! Nampak sangat, itulah sikap seorang yang gila akan publisiti dan berniat jahat. Ketika ditemu bual oleh wartawan, terperasankah RAR bahawa tersirat "penipuan jahat yang tersembunyi" dalam riak wajahnya? Suaranya bergetar (isyarat berbohong?) bola matanya melilau (isyarat tidak jujur?) dan bait katanya tidak natural (isyarat merancang agenda?). Mudah-mudahan Allah merahmati Kak Min!