Friday, May 15, 2009

CERAMAH: SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI

Pada 15 Mei 2009 (Khamis), saya telah diundang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan JKD Bahasa Melayu daerah Kota Tinggi untuk menyampaikan ceramah tatabahasa khusus kepada pelajar-pelajar PMR.

Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari semua sekolah di daerah Kota Tinggi (lapan orang setiap sekolah) dan guru-guru pengiring.

Saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan khasnya kepada Puan Siti Hajar Elah (DBPWS) yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan bengkel dan ceramah. Tidak lupa juga kepada pegawai dan staf DBPWS yang turut membantu saya.

Tidak lupa kepada rakan dan sifu yang amat dihormati, Cikgu Kassim Mahmud yang memilih saya sebagai penceramah.

Kepada peserta-peserta kursus, manfaatkan ilmu yang dipelajari dan sebarkan kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang untuk mengikuti kursus ini. Mudah-mudahan kalian akan cemerlang dalam PMR kelak.

Kepada urus setia dan guru-guru pengiring, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan layanan yang diberikan. Sampai berjumpa lagi...

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Akhirnya hajat besar Cikgu Kassim Mahmud yang banyak kali berunding dan menghubungi saya tentang hal ini terlaksana... saya mengerti hasrat besar Cikgu Kassim untuk dapatkan khidmat cikgu...
Tahniah cikgu serta terima kasih atas bantuan membawa bahan program 23 Mei 2009 untuk Cikgu Kassim tempoh hari.
p/s: pembetulan tarikh - 14 Mei 2009 (Khamis).

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Pertama sekali, saya beranggapan Cikgu Kassim merupakan individu yang pertama sekali memberikan rangsangan kepada saya untuk menulis cerpen. Lantaran itu, saya sanggup menunda ceramah di SK Sri Skudai pada tarikh yang sama (14 Mei, bukan 15 Mei - terima kasih atas pembetulan/ralat)demi memastikan saya dapat memenuhi hajat beliau. Terima kasih kpd saudara RAR kerana menjadi perantara yang cukup berkesan dalam kursus ini.