Bergaya di pelantar jeti, Taman Tema Bukit Merah, Perak.
Pertama kali 'memanjat' Gunung Jerai, Kedah dengan menggunakan kereta. Suatu pengalaman yang agak menarik. Jalannya memang curam dan agak membahayakan. Perjalanan dari kaki gunung ke puncak mengambil masa selama lebih kurang 30 minit.
Apa nih...? Bapa borek (dan boroi!), anak rintik. Tiga beranak memperagakan gaya 'rock otai'! Bro, foto ini dirakamkan di puncak Gunung Jerai. Di belakang pokok, kelihatan kabus yang melitupi pergunungan. Di puncak, terdapat sebuah persantaian, iaitu Regency Resort yang sungguh cantik dan menarik. Foto dirakamkan di belakang dewan persantaian.
Dalam perjalanan pulang, sempat menyinggah di Bukit Larut, Perak. Dinyatakan pada papan kenyataan, Bukit Larut ialah tempat percutian tertua di Malaysia. Di puncaknya, terdapat beberapa buah calet/banglo yang boleh disewa dengan kadar antara RM100 - RM400 semalam.
Lokasinya, di Air Panas Ulu Lenggong/Legong di Baling, Kedah. Hajat nak bermandi-manda dengan riang dan gembira tidak kesampaian kerana air panas di situ tak sejuk-sejuk sampai nak mandi pun tak boleh! Tunggu dari petang sampai malam, tak sejuk-sejuk jugak. Memang panas air kolam ini. Foto dirakamkan di kolam kanak-kanak (yang kurang darjah kepanasannya). Di sini terdapat empat kolam yang disediakan mengikut darjah kepanasan yang berbeza.
5 comments:
Cikgu,
Tema percutian 'dingin dan sejuk' nampaknya kali ini tetapi yang tetap memikat hati gaya 'rock otai' yang spontan itu. Bro dan anak-anak memang ada kelas tersendiri...
Cantiklah Tuan Munsyi,awak minat kat tempat macam tu, saya minat kat tempat yang lebih mencabar, tak caya layanlah blog saya..
kanda azhar, terima kasih berkongsi gambar-gambar sejuk dan tempat menarik ni. boleh jadi 'rujukan' dan input saya.
Salam Munsyi,
Wah, bukan main seronok lagi berdarmawisata serta memaparkan gaya rock "ala-ala otai". Buat masa ini saya dan keluarga mengambil keputusan berehat-rehat di rumah untuk setahun dua lagi. (Bukan apa, aku tengah dok pulun siapkan manuskrip aku. Waaaaa...! Sob! Sob!)
Salam RAR,
Gua pun sedaq bhw gua dan anak-anak ada kelas tersendiri! He..he...terima kasih, bro!
Salam AJAHARE,
Saya memang dah lama sedaq yg tuan layan aktiviti mencabar. Teruskan. Saya pun minat jugak dgn aktiviti mencabar, tapi kena tunggu anak-anak besaq sikit.
Salam DINDA WAHYU,
Nak kongsi foto, bila-bila masa pun tak ada masalah. Kalau boleh dibuat rujukan, nanti saya bina perpustakaan kat Ulu Tiram pulak! Eh..gurau je!
Salam SAHABAT,
Memang gua kaki otai sampai la ni, walaupun gua dah botak! Lu pun otai jugak, malah lebih dahsyat lagi! Siap main band! Tak apa, kalau lu dok kat ghumah sebab lu punya semangat dan prolifiknya, memang gua respect! Gua tak sabaq nak baca lu punya novel! Lu dok kat ghumah dok pulun cari duit, gua pula dok kat luaq ghumah, dok pulun perabis duit! Gua lagi Sob! Sob!
Post a Comment