Malam ni, gua relaks je kat rumah sebab dari pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang, gua ada tuisyen. Biasanya, hari Ahad malam Isnin, gua tak buat apa-apa. Duduk relaks sambil baca paper, dan layan anak-anak gua. Bukan apa, penat sungguh hari Ahad. Mungkin orang lain seronok hari Ahad, boleh relaks-relaks, tapi gua, biasalah...bro, cari duit!
Minggu ini, gua dok selongkar barang-barang gua untuk dikemaskan sikit. Sambil dok selongkar barang-barang tu, ternampak ada sebuah kotak yang gua simpan di dalam almari baju. Kotak tu terisi kaset-kaset lama gua waktu zaman rock otai dulu. Semua kaset lama gua lagu daripada band metal. Gua dari dulu (sampai sekarang!) minat habis dgn band metal. Gua memang layan thrash metal macam Metallica, Megadeth, Sepultura, Sadus, Bolt Thrower, dan band black metal seperti Carcass dan Entombed. Gua layan jugak band heavy metal Dio, Iron Maiden dan Morbid Angel.
Tapi, dalam banyak-banyak genre metal, yang paling gua layan ialah muzik death metal. Banyak band luar negara yang gua layan. Tetapi, gua paling layan band dari Kelantan iaitu Suffercations. Band Suffercations, bagi gua, band death metal terbaik pernah dilahirkan di Malaysia. Band ini, asalnya bergerak secara bawah tanah sebelum berhijrah ke arus perdana. Dalam sejarah metal Malaysia, band Suffercations merupakan band pertama aliran death metal merakamkan album (bukan demo). Album pertama death metal mereka ialah "Day of Darkness". Bagi gua, inilah album death metal terbaik! Betul, bro!
Album ini gua beli waktu mula-mula dilancarkan tahun 1992. Masa tu, tak ada CD lagi. Pakai kaset je. Sayangnya, kaset tu dah tak boleh didengar lagi sebab dah rosak. Gua memang tension habis! Kalau ada siapa-siapa yang ada CD Suffercations, bagitaulah gua. Gua sanggup beli dgn harga tiga kali ganda! Gua dah ushar banyak kali di kedai kaset, tak pernah jumpa-jumpa album ini. Tauke kedai pun dah boring nampak muka gua, asyik tanya CD Suffercations sahaja!
Bro, band Suffercations ni, terkenal di luar negara sampai di Hungary dan Norway. Muzik band ni memang keras. Liriknya bersifat ketuhanan dan spiritual, tapi tidak menyimpang. Banyak liriknya mengingatkan kita tentang kematian dan kehidupan selepas mati. Sebab itu, gua tak begitu gemar kalau ada pandangan yang mengatakan lirik lagu metal semuanya menyimpang dan memesongkan. Bukan semua, ya!
Album "Day of Darkness", misalnya, menceritakan kehidupan selepas kematian. Walaupun diberi ulasan oleh akhbar dan majalah sebagai album yang 'ganas dan tidak sesuai', album ini mendapat sambutan hangat daripada peminat. Kemudian, lahirlah album kedua yang lebih keras, "Crypic Existense", diikuti oleh "In Sufferance". Album Melayu mereka, "Karisma Realiti Abadi" dikatakan punca kemerosotan pengaruh Suffercations. Untuk menebusnya, lahirlah pada tahun 2007, "As We Breath" yang menampilkan line up asal, Jeff Ilias, Rob dan Ly Razak.
Pada gua, album pertama dan kedua sahaja yang power. Yang lain, kurang menangkap kerana unsur death metal sudah terkikis sedikit.
Pada masa kehangatan death metal yang dicetuskan oleh Suffercations ini, muncullah band death metal yang lain seperti Silent Death, Brain Dead, Tormentor, dan elemen-elemen black metal pun turut ditonjolkan seperti yang ditampilkan oleh band Nebiras dan siri Dark Live Collection. Gua pun tak tau ke mana perginya band-band ini semua sekarang...Mungkin aliran death metal tidak begitu menonjol di sini hingga banyak band yang setanding dengan band luar negara terkubur. Yang tinggal kaset-kaset mereka sahaja di dalam kotak itu.
Kepada pengunjung blog gua, mohon maaflah kalau entri kali ini tidak berbicara soal bahasa, tatabahasa, puisi, darmawisata atau kewangan.
Gua akan terus menjelajah ke kedai-kedai muzik untuk mencari CD band Suffercations ini. Gua tak akan penat. Kalau bro ada cadangan, bagitaulah gua macam mana nak dapatkan CD ini. Ya, gua ulangi, gua sanggup bayar dgn harga yang tinggi untuk mendapatkan kesemua CD Suffercations ini. Gua juga turut mencari CD Silent Death dan Dark Live Collections.
Pada gua, biarpun minat tidak sama, tetapi perjuangannya satu!
Kalau ada siapa-siapa yang tidak sealiran dengan gua setelah masuk ke blog gua, gua mohon maaf banyak-banyak.
Entri selepas ini, mungkin bertajuk "Suffercations vs Rabbani".
Buku rasmi Suffercations yang diterima untuk pembelian kaset pertama "Day of Darkness".
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Cikgu Azhar,
Bro memang diakui serta hamba kenali peminat utama 'death metal' yang tegar dan setia, itu antara sebab mengapa hamba suka kepada Bro (selain banyak lagi faktor lain).
Hamba ada kenalan lama yang memang minat sungguh-sungguh 'death metal' semacam Bro ini, nanti hamba cuba hubungi kembali kenalan itu untuk bertanya tentang album versi CD Suffercations itu jika beliau mengetahuinya.
Tapi Bro..., rasanya Bro kena ke Singapura untuk cari album CD kumpulan bawah tanah sebegini, rasanya ada tempat khas jualan album-album atau barangan 'death metal' ini... apa macam Bro?
salam kanda azhar. kanda sudah cuba google? dinda yakin tentu ramai lagi yang berkongsi minat yang sama. mungkin ada yang buat blog. moga jumpa cd kumpulan ni.
Salam, Bro (Munsyi,
Gua memang cukup berkenan dengan entri lu kali ini. Gua memang tabik hormat dengan otai macam lu. Apabila lu buka entri ini, seakan-akan memugar memori lama gua. Suffercations, Sil Khannaz, Nebiras, Infectiuos Maggots, FTG dan band-band "underground" tempatan lain adalah antara yang paling berpengaruh. Tetapi sampai sekarang, gua masih menggilai band aliran industrial macam Kreator. Apabila gua masuk maktab, gua masih layan muzik-muzik black metal dan death metal sebelum gua bertukar kepada muzik yang lebih "lembut" sedikit. Gua memang layan gila lagu-lagu band Nirvana sampai sekarang!Cuma pada masa itu band-band alternatif tempatan kurang menyerlah, yang gua ingat cuma Carburator Dung dan lagu popularnya "Boo Hoo Clapping". Apa pun, band-band rock tempatan akhir tahun 80-an dan awal tahun 90-an juga yang tetap hebat. Hidup Otai!
Salam Munsyi Rock. Walau macamana manis pun lirik lagu rock kapak, saya tak minat sebab tak faham pada sebutan mereka. Lebih-lebih lagi penampilan dan lirik lagu yang baik tidak selaras. Saya cuba membayangkan bagaimana Bunk Face menyanyikan lagu nasyid Raihan. Hancus. Walau bagaimanapun, saya peminat No. 1 lagu Situasi Bunk Face yang cukup memberi motivasi. Saya berharap mereka menang dalam Muzik2 Akhir 10 Januari nanti...
Sifu,
Mengapa bila menyentuh tentang rock kena gunakan laras lu gua. Payahlah macam ni..tak dapatlah masuk peminat rock.
Salam RAR,
Saya terjebak dalam aliran ini sejak sekolah menengah hingga kini. Kalau tak silap, saya mula mengenali arena rock keras melalui band Dio, albumnya Holy Diver. Saya rasa RAR pun sealiran, mungkin muzik death metal agak keras untuk RAR yang saya kenali, namun berbanding dgn thrash atau black metal, muzik death metal lebih harmonis. Yang susah nak faham hanyalah lirik dan sebutannya. Kalau RAR boleh bantu (melalui kenalan RAR), amatlah saya hargai. Ke Singapura, insya-Allah, saya sedang mencari masa yang sesuai. Kalau pergi petang, balik malam, sempat tak?
Salam DINDA WAHYU,
Saya sudah melayan banyak blog dan forum tentang rock dan metal melalui Internet. Namun begitu, yang ada hanyalah lagu-lagunya yang hanya boleh didengar dengan komputer, bukan jualan CD band ini. Kebanyakan forumer dan pelayan death metal band ini pun tercari-cari, di mana dapat dibeli CD ini. Album ini sudah lama, dah berusia 17 tahun!
Salam SAHABAT MD. NIZAR,
Terima kasih kerana menjadi sahabat metal saya. Saya amat mengetahui bahawa SAHABAT juga pelayan metal yang tegar. Nanti kalau kita jumpa waktu gubal UPPM, bolehlah SAHABAT bawa CD band yang hebat dan mengancam. Kita tukar-tukar atau pinjam untuk disalin ke CD. Band alternatif, seperti Nebiras, Infectious Maggots, pun saya layan dahulu, tapi aliran mereka ialah Grindcore Industrial. Muziknya bising macam dalam kilang, tapi tidak begitu harmonis. Nirvana, maaf, kerana saya tidak minat band ini kerana bukan daripada aliran death atau thrash. Walaupun CD mereka ada dalam kereta saya, tetapi saya jarang-jarang layan Nirvana. Apa-apapun, saya dan SAHABAT sealiran, nanti kita jumpa, kita borak banyak-banyak! Hidup Mat Metal!
Salam TUAN SAMSUDIN,
Nampaknya DBP kena beri anugerah lain kepada saya, iaitu Munsyi Rock! He..he..Tuan, memang benar muzik death atau thrash metal, sukar untuk difahami. Tetapi daripada saya dengar lagu cinta yang meleleh-leleh dan menyebabkan mood saya menjadi lemas dan kejur, lebih baik saya layan lagu metal kerana urat saraf saya akan bergetar apabila mendengar lagu aliran ini. Memang benar, hancusss kalau Bunkface nyanyikan lagu Raihan, tetapi AMUK dan AMY SEARCH boleh berkolaborasi dengan geng-geng nasyid, rasanya tidaklah janggal malahan menjadi lebih sedap didengar! Macam lagu Mentari Merah di Ufuk Timur dan Dari Tuhan (Wings). Itu pandangan saya. Lagu P. Ramlee, Jangan Tinggal Daku yang dinyanyikan AMUK, memang power tahap Gaban, tuan! Cita rasa yang berbeza akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk lebih mengenal erti kelainan yang diciptakan Allah SWT. Betul tak, tuan?
Salam TUAN HAJI,
Pertama sekali, saya mohon maaf berbanyak-banyak kepada tuan haji atas ketidakselesaan penggunaan laras lu gua. Saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan penggunaan laras tersebut serta-merta, kerana amat menghormati pandangan tuan haji! Terima kasih atas teguran ini. Saya menghargai pandangan tuan dengan seikhlas hati. Baiklah tuan haji, gua chow dulu...Opppsss...Saya beredar dahulu. He..he..he...gurau aje tuan haji! Apa-apapun, pop yeh-yeh tetap mantap! Saya suka sangat Inai Di Jari, S. Jibeng dan Kisah dan Tauladan, A,Halim. (Tanyalah RAR! Tu lagu wajib ketika saya karaoke!)Moga-moga AMUK akan mencencang lagu ini dalam nada metal pula! Baiklah, sekali lagi, terima kasih tuan haji atas nasihat tuan.
Post a Comment