Tuesday, December 15, 2009

CATATAN DARMAWISATA: CAMERON HIGHLAND

Akhir cuti persekolahan bulan November yang lalu, terus bergerak ke Cameron Highland (Tanah Tinggi Cameron) dari JB. Pergi ke sana dengan keluarga kakak ipar yang tinggal di Kuala Kangsar. Terpapar di bawah antara foto yang dirakamkan. Teh Lipton satuuuu.....
Isteri dan keluarga kakak ipar menikmati teh di Hentian Teh Lembah Cameron. Di sini, sekeping karipap RM2.00...Teh 0 perisa strawberi seteko (dalam gambar) harganya RM18.00. Perghhh...

Turut tumpang sekaki berfoto bersama-sama isteri dan anak-anak, serta keluarga ipar.

"Ultraman" sedang menembak sasaran di hadapan pokok tomato!

Di dalam bilik penginapan, Parkland, Brinchang. Harga semalam apartmen tiga bilik ini RM460.00. Mahal jugak tuuu...tapi puas hati jugak la.

Mendakap isteri dalam kedinginan ketika "Ultraman" sedang nyenyak dilitari mimpi. Romantik jugak aku nih...he...he..he...

Strawberi segar dinikmati bersama-sama biras.

Biras yang saling memahami...

Sepanjang di perkebunan, asyik kena dukung 'Ultraman" saja! Penat jugak aku! Tapi, tak apa, kalau raksasa datang, akan aku arahkan "Ultraman" kesayangan hamba ini mem'fire' raksasa itu!

7 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Bahagia dan suka dalam hati tatap foto yang bertemakan 'dakapan dalam kedinginan' itu yang melambangkan seribu satu makna - paling tidak tanda kasih sayang, tapi kenapa Cikgu masam @ serius nampaknya itu...?
Hehehe.... mengusik manja aja...

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

ada hendaknya ilham yang tercetus di tanah tinggi.

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Apabila melihat entri ini, teringat kenangan ke Cameron Highlands pada tahun 2008 yang lalu. Ketika isteri sedang sarat mengandungkan anak pertama. Mungkin hamba akan menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti... Hehehe... Teringat masa manis strawberi dan pisang kaki, cuma tidak sempat menikmati "pisang sejoli".

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar. seronoknya bercuti...

Unknown said...

Salam Cikgu Azhar. Boleh tak dapatkan semula no h/p. Dulu sudah beri sekali dalam satu entri tuan. Saya ingat sudah disimpan, alih-alih tak ada dalam simpanan. Ada hal yang ingin dibicarakan dengan tuan.

Zaid Akhtar said...

azhar,
teh lipton tarik satu!

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Entahlah, kenapa saya masam dan serius masa tu, sedangkan dalam dakapan sang isteri. Mungkin penat sebab asyik kena dukung Ultraman kesayangan hamba tu.

Salam AZAM,
Ada sepicing ilham menerjah semasa di tanah tinggi, cuma, seperti biasa, tak menyempat-nyempat nak tulis.

Salam SAHABAT,
Hamba pun tak terjumpa pisang sejoli! Yang banyak pisang kaki dan kaki naik lenguh! Kalau dulu isteri mengandung anak pertama, apa kata pergi sekali lagi usahakan mengandungkannya anak ketiga pulak! Amacam? Sori le, gurau je!

Salam DINDA WAHYU,
Memang seronok bercuti, yang tak seronoknya poket makin menipis! Salah satu sebab saya suka bercuti ialah ini merupakan pendekatan saya mengajar anak-anak ttg kehidupan dan persekitaran.

Salam TUAN SAMSUDIN,
No. telefon bimbit saya ialah 012-7645831. Ya, saya pun teruja untuk berbual-bual dengan tuan yang budiman!

Salam USTAZ ZAID,
Kat Cameron, memang best pekena teh tarik! Tapi, yang lebih best pekena kopi janda. Kopi janda satuuuu....he..he...

Salam