Friday, November 28, 2008
BAHASA: ADA GURU PPSMI YANG MENDAPAT GRED 9 BAHASA INGGERIS SPM!
JIKALAU GURU YANG MENGAJAR DAN MENYOKONG PPSMI (kerana dapat elaun 10% dan laptop) PUN MENDAPAT GRED 9 DALAM BAHASA INGGERIS SEMASA SPM, BOLEHKAH KITA BAYANGKAN BAGAIMANA PENGUASAANNYA DAN KEMAMPUANNYA UNTUK MENGAJARKAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS! SETUJUKAH SAUDARA JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA HAMPIR KESELURUHAN GURU, KHUSUSNYA GURU MELAYU TIDAK MAMPU MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK? LINGKUP ANAK BANGSA! LINGKUP BAHASA MELAYU! LINGKUP SISTEM PENDIDIKAN JIKA DASAR INI MASIH TERUS DIAMALKAN! TAK PERCAYA, CUBA TENGOK KEPUTUSAN UJIAN BAHASA INGGERIS TERHADAP GURU PPSMI. ALASAN BAHAWA GURU-GURU INI DIHANTAR BERKURSUS TIDAK RELEVAN KERANA KURSUS YANG DIJALANKAN SELAMA BEBERAPA HARI TIDAK MAMPU UNTUK MEMBANTU GURU-GURU INI MENGUASAI BAHASA INGGERIS. MEMANG ADA GURU YANG BAIK DALAM HAL INI, NAMUN YANG TIDAK BAIKNYA TERLALU BANYAK! SAYA NAIK MELUAT JIKA ADA GURU (KHUSUSNYA GURU MELAYU) YANG MENYOKONG DASAR INI KERANA SAYA TAHU MEREKA TAK BOLEH BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS PUN! TUNGGANG-LANGGANG! LAPTOP YANG DIBERI PERCUMA ITU DIGUNAKAN HANYA UNTUK MENGISI GAMBAR PERCUTIAN KE LANGKAWI, GAMBAR ADIK KAHWIN, GAMBAR ANAK SEDANG BERGAMBAR DI TEPI PANTAI! LEPAS GUNA LAPTOP GILA-GILA, BUAT LAPORAN LAPTOP ROSAK, KEMUDIAN DATANG BEKALAN BARU, DAPAT YANG LAIN PULAK! HOI, AKU BAYAR CUKAI PENDAPATAN! BUKAN CEMBURU, KERANA AKU SUDAH ADA TIGA LAPTOP! TAK HARAP LAPTOP DUIT RAKYAT! KEPADA GURU-GURU YANG BERKENAAN, BETUL TAK APA YANG AKU CAKAP NI? KALAU TAK BETUL, HUBUNGI AKU...AKU BERANI BERDEBAT UNTUK MEMPERTAHANKAN PENDAPAT INI DEMI MARUAH BANGSA DAN BAHASAKU!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cikgu,
1. Pertamanya, saya amat sokong serta bersama cikgu dalam hal ini. Laptop yang diberikan 'khas' ini banyak digunakan untuk keperluan peribadi, bukannya untuk 'menambahkan kreativiti' pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru subjek lain teraniaya oleh sebab PPSMI ini, banyak rasa tidak puas hati tentang PPSMI apatah lagi 'keistimewaan khas' yang diberikan kepada guru berkenaan.
3. Cikgu, sekadar pandangan: boleh tak cikgu menulis artikel @ luahan @ pendapat dalam blog ini berbentuk 'pecahan nombor' seperti contoh tulisan Che Det dan tulisan saya di atas ini? hehehe....
Sekian.
rar/
Post a Comment