Monday, November 24, 2008

FIKIRKAN SEJENAK


TENTANG ISU PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA DI PULAU PINANG, RASA-RASANYA, FASAL 152 PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERLU DIKUATKUASAKAN DENGAN SANGAT-SANGAT TEGAS KERANA KUASANYA DENGAN MUDAH DIATASI OLEH AKTA KECIL YANG HANYA DILULUSKAN DI DUN! MANA PEMIMPIN MELAYU? MANA UMNO? MANA PAS? MANA ORANG MELAYU YANG KONONNYA ADA KETUANAN DI TANAH AIR INI? MANA! MANA! MANA! BAHASA MELAYU BENAR-BENAR DIINJAK, DIPIJAK, DAN DIPERLEKEH! SAMPAI BILA KITA HENDAK MELIHAT SATU DEMI SATU ISU BAHASA DIPERMAIN-MAINKAN! JANGANLAH NANTI, KITA MENYESAL...TIDAK KASIHANKAH KITA KEPADA ANAK CUCU KITA NANTI! WAHAI PEMIMPIN MELAYU, TOLONG BACA FASAL 152 BETUL-BETUL...........!

3 comments:

Azhar Salleh said...

kasihan bahasa melayu!

Anonymous said...

Seperti yang dikatakan oleh Prof. Diraja Ungku Aziz, DBP sendiri sudah tidak bergigi - sudah hilang taring, kerana tidak mempunyai kuasa mutlak atas segala isu BM. DBP hanya boleh memberi kenyataan di media. Selebihnya pak menteri punya bahagian.

abu naim said...

Apabila kita memperkatakan dan cuba memartabatkan bahasa Melayu, perjuangan kita yang pertama seharusnya memelayukan dan memulaspusingkan minda dan mata hati pemimpin politik, terutama pemimpin negara kerana merekalah yang akan mementukan nasib bahasa dan bangsa Melayu pada masa hadapan. Kita rakyat marhaen ini hanya mampu memekik dan melolong dan akhirnya meratapi nasib sendiri. Tahniah, sdr. Azhar.... saya akan sentiasa bersama-sama sdr....