Tuesday, December 22, 2009

XPDC - TANGIS DARAH

XPDC, nama yang tidak perlu diperkenalkan dalam arena rock kapak tanah air. Baru melancarkan album terbaharu Rasopariso dengan vokalis asal, Mael. Gua rasa album baru ini, walaupun telah diulang dengar banyak kali, tapi belum 'menangkap' lagi. Dari dulu, gua lebih minat kalau vokalisnya Ali. Bukan Mael tak bagus, tapi gua rasa Ali lebih BRUTAL.

Salah satu lagu XPDC yang termuat dalam album V6 ialah "Tangis Darah", lagu slow XPDC yang paling gua minat. Paling gua suka ialah liriknya. Cuba hayati lirik lagu ini yang ditulis oleh Allahyarham Loloq. Memang menangkap, bro!

TANGIS DARAH
Datang musim bercinta
Entah asal mana
Hadir satu daya
Mencipta seri maya
Untuk melamar hati sang pemuja
Menjelma rindu
bagai lalang-lalang
Kau pun ditusuk hilang pertimbangan
Mula menyimpan dendam
Mencari ilham
Lepaskan geram
Kau tiraikan kaca diri
Kau lenyapkan erti suci

Di pintu gua kau tenunkan sarang yang sempurna
Menggoda mangsa yang leka seketika
Aku yang bosan kesepian
Mengintai ngintai persinggahan
Mana tahu jadi kawan

Ku telan saja luahanmu
Tak periksa lintasan ku
Yang berkata kemungkinan kau berdusta
Kau ikut buta perasaan
Biar jiwa ku dah kesan
Senyumanmu ternampakku permainan
Ku yang dahaga
Dah tak kira akibatnya
Apa saja
Esok lusa
Luka parah
Tanggis darah

12 comments:

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Mungkinkah selepas ini akan beralih arah pula menjadi penulis lirik?

Unknown said...

Salam Munsyi. Lagu rock pun mempunyai lirik yang puitis. Tapi, bagi saya lirik lagu Indonesia jauh lebih puitis. Dealova - tangkap lentok...

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Hamba pasti akan dapatkan album baharu (kompilasi) XPDC ini, hamba tetap minat kedua-duanya Mael dan Ali, benar suara Ali lebih sedikit 'menyengat dan brutal' berbanding Mael.
Rasanya suara penyanyi kumpulan "The Permas" iaitu Azhar S (singkatannya AS) lebih 'menyengat' pabila mendendangkan lagu XPDC, May dan Kristal di Diva... Hehehe...

ajahare said...

XPDC memang hebat Tuan Munsyi,
saya pulak suka layan LAGU-LAGU SPIDER
tapi..saya SERAM dengan perkataan SPIDER ni, kenapa eek?

S-SEX
P-POLITIC
I-IDELOGI
D-DRUG
E-EDUCATION
R-ROCK

Boleh menjahanamkan orang kita tu ?

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

salam.
Saya pula lebih kagum dengan suara mael. Semasa XPDC semakin berjaya mereka menggugurkan Mael dan Amy. Album2 XPDC bersama Ali selepas brutal tidak setanding bersama Mael. Ali lebih terserlah dengan Terra Rossa. he he he

2.Saya pun dah layan Rasopariso. dalam Rasopariso hanya lagu Curahan Rasa dan menentang arus yang saya ulang dengar.(walau dengan jelas kelihatan beberapa pengaruh susunan muzik dari album lalu. yang saya lihat hanya berupa sambungan) rasanya XPDC sudah hilang keistimewaan dan bisa setelah sifu mereka tiada...Mereka mencari sesuatu kini, tetapi tidak ditemukan...

al-Misri said...

Salam Cikgu, bercerita tentang XPDC teringat saya kaset pertama yang di beli oleh Abang Long. Kami layan sampai rosak di tempat jemming. Rasanya, saya b'setuju dgn kenyataan ke 2 Syaidul Azam, XPDC kini masih tidak menemuinya...

Azhar Salleh said...

Salam SAHABAT MD. NIZAR,
Insya-Allah, jikalau ada ruang dan kesempatan, tidak salah untuk mencuba menulis lirik. Namun begitu, di manakah ruang dan kesempatan itu akan wujud? Mudah-mudahan, akan diperkenankan Ilahi.

Salam TUAN SAMSUDIN,
Saya bukan sahaja layan lagu rock kapak Melayu, malahan lagu Inggeris seperti Metallica, Megadeth, dan Suffercations (ini band death metal terbaik Malaysia!). Lirik band rock ini memang menangkap dan lazimnya, kalau lagu rock Melayu, lirik yang terbaik datangnya daripada Allahyarham Loloq dan Bandi Amuk juga hebat dalam penulisan lirik (ketika bersama Febians). Lirik lagu Indonesia, mohon maaf, kerana saya tidak minat walaupun mungkin tuan peminat setianya. Saya memang tidak minat tahap Gaban band Indonesia ni...

Salam RAR,
Angan-angan fantasi waktu era rock kapak dulu, gua ada band metal yang diberi nama DOA. (bukan The Permas, macam kumpulan ghazal parti je!)He..he..he.. nampaknya lu dah teringat kat DIVA. No problem, bila ada masa free, kita head bangin kat DIVA. Gua nak layan lagu Inai di Jari, S, Jibeng!

Salam TUAN AJAHARE,
Wah, seram dengar akronim SPIDER! Sebab itulah, gua tak minat langsung dgn band itu! Maaf tuan, SPIDER tak termasuk dlm saya punya list band rock atau metal. Saya lebih banyak layan death metal! Apa-apapun, minat masing-masing, dan saya amat menghormatinya.
(p.s. siapa-siapa ada CD Suffercations -Day of Darkness? Gua sanggup beli biar beratus ringgit!)

Salam SAUDARA AZAM,
Gua setuju dgn pendapat lu bhw XPDC telah hilang taring akhir-akhir ini. Mungkin salah satu sebab ialah Ali digugurkan! Lu mungkin tak setuju tapi Mael lebih ke arah lagu jiwang dan tangkap leleh macam C.I.N.T.A atau Impian Seroja. Sedangkan XPDC ialah jelmaan Metallica Malaysia! Ya, RAsopariso seperti menyambung lagu tangkap leleh XPDC. Ini gua setuju. Sebab itulah gua tak berapa nak tangkap album ini. Ya, sedekahkah al-Fatihah untuk JS Kevin.

Salam JAFNY DAKSINA,
Album pertama XPDC, Datjah Satu, banyak lagu yg sedap dan saya paling suka, Abadikah Tragedi. Nama asal XPDC ialah Tragedi. XPDC perlu kembali kpd Brutal dan V6! Jikalau tidak, mereka akan menjadi seperti Metallica ketika release album Load yang dikritik hebat di seluruh dunia. Memang Mael lebih banyak peminat berbanding Ali, namun XPDC ialah band metal, bukannya seperti SPIDER (maaf AJAHARE) atau Wali (Cari jodoh, bro!)Mereka telah hilang sengat dengan Rasopariso!

aku_sesuatu said...

*tumpang lalu.

bro..
tanggis darah adalah tracklist SAMURAI bukan V6.
walaupun RASOPARISO tidak sehebat yang diharapkan tetapi kembalinya MAEL,IZO,ZUAR,AMY sudah cukup sebagai satu permulaan yang hebat.

Unknown said...

dari segi suara,suara mael bg sy lbih 'metal'..ali sikit jer kurang,xbyk..showmanship ali masa perform live adalah terbaik..sekadar pndapat.. :)

lg 1,lagu tanggis darah bkn album V6,tp album SAMURAI..

kita peng-yu..

Unknown said...

Assalamualaikum..jika blogger ninmasih wujud..cuma nk bg tau..lagu ni dalam album samurai..bukan V6..lagu slow dalam album V6 ialah berakit ke langit

Unknown said...

Maaf..bukan mereka menggugurkan mael dan amy..

Mael umum keluar dripada xpdc sebelum album brutal dilancarkan..

amy pula undur diri kerana beliau terlibat kemalangan dan mengalami kecederaan patah kaki..beliau sendiri menarik diri dripada xpdc ekoran tidak dapat memberi komitmen pd xpdc yg saat tu sgt aktif persembahan live terutama konsert raksasa 1998..

Konsert tu juga mereka sebulat suara menerima lola sbgai drummer sementara dan ali sbgai vokalis selepas pengunduran mael daripada xpdc

Unknown said...

Sumber majalah urtv suatu masa dulu ketika mengikut rapat band xpdc suatu ketika dulu..

Dlaam majalah itu juga ada kenyataan izo yg mengatakan xpdc bukan milik aku seorang cuma aku x pernah undur siri daripada xpdc