Cikgu, 1. Kenapa 'hanya berada di atas kepala orang lain'? kenapa tidak di atas kepala sendiri? Tolong ulaskan lanjut tentang hal ini. 2. Ada ungkapan baharu iaitu "Kita melihat bumbung stadium jatuh, jatuhnya amat menarik minat kita tetapi 'menarik lagi' untuk dipersoalkan."
Salam RAR, Kata-kata hikmat ini lazimnya benar bagi kebanyakan orang. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada sifat cemburu dan iri hati apabila melihat orang lain lebih berjaya daripada kita. Namun begitu, sifat cemburu itu mestilah disusuli dengan tindakan daripada kita untuk bertindak dengan lebih cemerlang dan hebat agar kita turut sama berada di lembah kejayaan. Itulah yang sepatutnya, malahan dalam agama sekalipun, sifat cemburu seperti itu dibenarkan, selagi kita tidak menjatuhkan orang lain. Ungkapan ini menegaskan bahawa menjadi kelaziman bagi manusia biasa (kerana kita tidak bersifat maksum!) untuk melihat kebahagiaan sering menjadi milik orang lain. Kita tidak pernah berasa untuk mensyukuri apa-apa yang kita ada dan miliki. Kita melihat kebahagiaan (seperti pelangi) itu sentiasa berada di pihak orang lain, iaitu berada di atas kepala orang lain. Sayangnya, kita tidak melihat sebenarnya, pelangi kebahagiaan itu ada di atas kepala kita, sama seperti apa yang dilihat dan dirasakan oleh orang lain. Contohnya, jika saya melihat kebahagiaan itu ada di atas kepala RAR, dan saya percaya RAR turut melihat kebahagiaan itu ada di atas kepala saya. Seharusnya, saya (dan mungkin juga RAR) melihat sebenarnya pelangi itu ada di atas kepala kita. Oleh itu, kita akan lebih mensyukuri nikmat Allah dan menghargainya. Titian perjalanan kehidupan kita akan lebih bermakna jika "pelangi yang dirasakan berada di atas kepala orang lain sebenarnya berada di atas kepala kita". Dan mudah-mudahan, kita akan lebih belajar untuk memahami erti berterima kasih kepada Allah dan berterima kasih kepada sesama manusia.
Sambungan... "Kita melihat bumbung yang runtuh berkaitan dengan orang lain, tetapi sebenarnya serpihan itu turut menimpa kita!" Ya, menimpa bangsa Melayu, secara tersiratnya!
Guru di SK Taman Johor Jaya 3, Johor Bahru. Munsyi Dewan, DBP. Tutor sambilan kursus Linguistik dan Tamadun Islam/Asia di Pusat Pendidikan Luar UPM. Pensyarah Luar Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Berkelulusan Sijil Perguruan Asas (Pengajian Melayu)dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah). Ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ). Penceramah dan pembimbing kursus penataran bahasa, sastera dan motivasi. Penyampai dalam rancangan "Betulkan yang Biasa" dan "Mutiara Cendekia" JohorFM. Kolumnis ruangan tatabahasa majalah Dewan Pelajar. Memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim V, VI dan VII dalam genre puisi. Puisi, cerpen dan makalah bahasa tersiar dalam majalah dan akhbar seperti Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Jendela Selatan. Antologi puisi bersama diterbitkan oleh DBP, YWJ, dan PPJ.
3 comments:
Cikgu,
1. Kenapa 'hanya berada di atas kepala orang lain'? kenapa tidak di atas kepala sendiri? Tolong ulaskan lanjut tentang hal ini.
2. Ada ungkapan baharu iaitu "Kita melihat bumbung stadium jatuh, jatuhnya amat menarik minat kita tetapi 'menarik lagi' untuk dipersoalkan."
Salam RAR,
Kata-kata hikmat ini lazimnya benar bagi kebanyakan orang. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada sifat cemburu dan iri hati apabila melihat orang lain lebih berjaya daripada kita. Namun begitu, sifat cemburu itu mestilah disusuli dengan tindakan daripada kita untuk bertindak dengan lebih cemerlang dan hebat agar kita turut sama berada di lembah kejayaan. Itulah yang sepatutnya, malahan dalam agama sekalipun, sifat cemburu seperti itu dibenarkan, selagi kita tidak menjatuhkan orang lain. Ungkapan ini menegaskan bahawa menjadi kelaziman bagi manusia biasa (kerana kita tidak bersifat maksum!) untuk melihat kebahagiaan sering menjadi milik orang lain. Kita tidak pernah berasa untuk mensyukuri apa-apa yang kita ada dan miliki. Kita melihat kebahagiaan (seperti pelangi) itu sentiasa berada di pihak orang lain, iaitu berada di atas kepala orang lain. Sayangnya, kita tidak melihat sebenarnya, pelangi kebahagiaan itu ada di atas kepala kita, sama seperti apa yang dilihat dan dirasakan oleh orang lain. Contohnya, jika saya melihat kebahagiaan itu ada di atas kepala RAR, dan saya percaya RAR turut melihat kebahagiaan itu ada di atas kepala saya. Seharusnya, saya (dan mungkin juga RAR) melihat sebenarnya pelangi itu ada di atas kepala kita. Oleh itu, kita akan lebih mensyukuri nikmat Allah dan menghargainya. Titian perjalanan kehidupan kita akan lebih bermakna jika "pelangi yang dirasakan berada di atas kepala orang lain sebenarnya berada di atas kepala kita". Dan mudah-mudahan, kita akan lebih belajar untuk memahami erti berterima kasih kepada Allah dan berterima kasih kepada sesama manusia.
Sambungan...
"Kita melihat bumbung yang runtuh berkaitan dengan orang lain, tetapi sebenarnya serpihan itu turut menimpa kita!" Ya, menimpa bangsa Melayu, secara tersiratnya!
Post a Comment