Monday, June 29, 2009

PERISTIWA: PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009



Pertandingan Sahibba peringkat negeri Johor telah berjaya dilangsungkan di Hotel Selesa pada 27 Jun 2009. Tahniah kepada pihak DBP Wilayah Selatan dan JPN Johor atas penganjuran ini.
Saya telah diamanahkan untuk bertugas sebagai Juri dalam pertandingan ini. Terima kasih kepasa semua pihak kerana telah menjayakan pertandingan ini. Diharapkan pertandingan Sahibba ini akan terus diadakan pada masa akan datang, sebagai suatu usaha ke arah pemartabatan bahasa Melayu.
(catatan: Foto-foto di atas diambil daripada portal Puan Zanariah Abdol, Juri Sahibba Negeri Johor)

4 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH UNTUK CIKGU DAN PENGURUS PROJEK ATAS KELANCARAN MAJLIS BERKENAAN. MERIAH SUNGGUH!!!

GURU PENGIRING

Azhar Salleh said...

Salam ANONYMOUS,
Meriah? Apa-apapun, terima kasih.

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Tahniah atas ucapan 'meriah' cikgu pengiring tersebut. Kenapa pada perkataan 'meriah' cikgu itu ada tanda soal ( ? ).
2. Teks ucapan 'meriah' juga rasanya... hehehe...
3. Cantik foto yang ketiga tu... hehehe...
4. Apa-apapun saya suka ungkapan penuh makna cikgu - "sebagai suatu usaha ke arah pemartabatan bahasa Melayu."

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
1. Tanda soal menunjukkan rasa terkejut dengan ungkapan meriah.
2. Teks ucapan, rasa-rasanya meriah juga kot!
3. Memang cantik sebab berdiri di situ seorang "lelaki unggul lagi tampan".
4. Ya, Sahibba merupakan suatu usaha ke arah pemartabatan BM. Jadi, biarpun dihambat oleh kekangan, Sahibba perlu diteruskan pada masa hadapan!