Sunday, November 30, 2008

GRAFITI: SESEKALI APABILA BERADA DI KAMPUNG...

1. Sekarang aku berada di kampung isteri di Nai Teh, Kuala Nerang selepas tiga hari berada di kampung sendiri, Pajak Song dengan keluarga.
2. Melihat ayah yang masih terlantar akibat angin ahmar (strok), melihat emak yang tetap gigih menjaga ayah dan cucu-cucunya, berbual dengan Boy (member rapat di kampung), dan berkaraoke dengan adik-beradik yang lain di Sunway Seberang Jaya, merupakan peristiwa yang meninggalkan kesan.
3. Mereka amat berharap supaya aku segera kembali mengajar di Pulau Pinang, namun apakan daya, rezeki aku masih di JB. Aku sedar bahawa berada di rantau orang memberikan banyak cabaran, namun aku tidak pasti sama ada aku mampu meneruskan kehidupan yang lebih menarik apabila aku pulang ke kampung halaman.
4. Bertugas di JB dan memberikan komitmen kepada sekolah, DBPWS, Pusat Tuisyen Omega, dan Pusat Pendidikan Luar (UPM) menjadikan aku semakin matang meneruskan kehidupan. Aku mendoakan kesejahteraan emak dan ayah (semoga kembali sihat seperti dahulu) dan kebahagiaan adik-beradik yang lain.
5. Selama beberapa hari ini, aku telah berkesempatan mengunjungi mak saudara di Tikam Batu, menikmati nasi panas di Lahar Kepar, menikmati cucur udang di Shahul Hameed Kepala Batas, dan pastinya menjamah nasi kandar di depan Public Bank, Kepala Batas. Lazimnya, apabila balik ke kampung, antara yang menjadi fokus ialah makan, makan, makan...
6. Esok, akan melawat mak saudara di Jitra yang sakit batuk kering...
7. Lusa, akan ke Perlis, menghabiskan masa dan membawa keluarga berjalan-jalan...
8. Sesekali, apabila berada di kampung...

2 comments:

abu naim said...

Saya juga masih di kampung isteri. Ada pesta air di sini. Azhar, begitulah warna-warni kehidupan. Saya sangat bersimpati dan teruja untuk meringankan sengsara sesiapa yang sakit. Saya pun baru sahaja sembuh daripada sakit yang berbahaya dan boleh membawa maut jika lewat dirawat. Alhamdulillah, kini saya sudah sembuh. Untuk meringankan derita ayah dan mak cik sdr., saya menghulurkan tangan untuk membantunya. Saya rasa ini suatu tanggungjawab saya sebagai pengamal perubatan alternatif yang dikurniai sedikit ilmu oleh-Nya. Yakinlah, semua penyakit ada ubatnya. Atas nama persahabatan dan kemanusiaan, saya suka menolong sdr. dan sesiapa jua yang memerlukannya. Sila hubungi saya melalui e-mel.

Anonymous said...

Cikgu,

1. Tulisan / coretan berbentuk 'penomboran' itu sesuai dan mudah dibaca dan dilihat.

2. Moga cikgu terus memperoleh cuti-cuti yang baik dan berimpak setelah 11 bulan penat bekerja hakiki mahupun bukan hakiki, 11 bulan dalam tahun 2009 nanti akan terus menanti...

2. Sesekali..., bawalah pulang buah pala @ jeruk-jeruk popular P. Pinang (tidak kira dibikin oleh peniaga berfahaman UMNO @ PKR @ DAP @ PAS) ke JB kerana makanan ini merupakan 'jenama' P. Pinang. Hehehe...

Sekian.

rar/