Monday, December 22, 2008

GRAFITI: BERSAMA-SAMA TONGGAK KEKUATAN SASTERA WILAYAH SELATAN

Bersama-sama dengan Encik Rusdi Abd. Rahman, pegawai perancang bahasa DBPWS yang banyak membina dan menyemarakkan kegiatan sastera di wilayah selatan. Foto ini dirakamkan semasa kegiatan Puisi Tradisi di Kulai, 16 April 2008 semasa saya dan Encik Rusdi berada di sana untuk mendengar pengisian daripada pakar puisi tradisi negeri Johor, Tuan Haji Rosli Bakir.

Selamat bercuti di Pulau Pinang, Encik Rusdi. Jangan lupa untuk mengunjungi Pesta Pulau Pinang yang sedang diadakan di Sungai Nibung. Jangan tersesat jalan, sudah! Kalau tersesat, telefon saya. Insya-Allah, mungkin dapat membantu. Di Pulau Pinang, carilah Line Clear, depan sikit dari Chowrasta untuk menikmati nasi kandar di situ! (tak susah untuk makan nasi kandar kerana berlambak-lambak restoran mamak di P.Pinang).
Satu lagi, pandu hati-hati! Semoga selamat ke destinasi dan selamat kembali ke JB.

3 comments:

Azura said...

Aaaiikk...? Gambar RAR pun ada? Maklumlah, best friend... Baru saya perasaan, dah banyak gambar dalam blog ini. Nice! Satu perubahan yang positif.

Anonymous said...

Cikgu,

1. Saya selamat kembali ke JB setelah 6 hari (22 - 27 Disember 2008) berkembara rasmi dan tidak rasmi di Pulau Pinang, KL dan Melaka.

2. Terakhir ke P. Pinang pada bulan November 2007 (ketika BN masih memerintah P. Pinang), kembali semula ke P. Pinang pada penghujung Disember 2008 (setelah Pakatan Rakyat memerintah selama 9 bulan), kesimpulan asas dan mudah... P. Pinang tetap hebat dan bertambah menarik walaupun digemburkan pelbagai hal-hal negatif oleh permainan media puak yang dah 50 tahun memerintah negara...!

3. P. Pinang khususnya aman damai dan harmoni, perjalanan hidup seharian tetap seperti biasa... nasi kandar, pasembor, dan laksa Penang tetap lazat dan enak! Kari lauk pauk nasi kandar masih terhidu di tapak tangan hingga kini... hehehe...

4. Cerita-cerita dan pengalaman lain akan dikisahkan kemudian dalam pertemuan secara bersemuka.

Sekian.

rar/

Azhar Salleh said...

Azura,
Semua staf DBPWS best friend saya, termasuklah RAR dan Azura sendiri. Kita menuju ke haluan yang sama, dan menaiki biduk yang sama! Terima kasih kerana menyedari bahawa saya telah masukkan gambar dalam blog sekarang. Saya akan cuba memastikan blog ini bermanfaat dan sesekali ada perubahan. Teruskan layan blog yang serba kekurangan ini...

RAR,
Hujan emas di tanah orang, hujan batu di tanah sendiri, itulah peribahasa yang dahulunya saya memang tak faham maksudnya. Tetapi kini, barulah saya sedar bahawa PP tetap di hati walaupun saya telah berbelas-belas tahun berkelana di rantau orang. Ya, PP akan terus dikunjungi walaupun Ketua Menterinya daripada DAP. Mengunjungi PP seolah-olah kita berada di suatu lokasi yang permai! Wah, lebih-lebih dah nih!
Teringat pulak nasi kandaq kat Public Bank!