Wednesday, December 17, 2008

GRAFITI: Pulangan ASB Tahun Ini 8.75%

1. PNB telah mengumumkan bahawa pulangan (dividen dan bonus) untuk ASB sebanyak 8.75%.
2. Pulangan ini telah dapat dijangkakan walaupun ekonomi negara masih dilanda badai yang menyesakkan. Hal ini terjadi demikian kerana ASB merupakan senjata ekonomi yang utama orang Melayu dan sudah pasti kerajaan akan memastikan kadarnya masih pada tahap yang memuaskan. (Jumlah 8.75% masih memuaskan!).
3. Namun, yang ingin saya singgung ialah masih terlalu banyak orang Melayu tidak sedar bahawa melabur dalam ASB menguntungkan. Menurut Azizi Ali (pakar kewangan), jikalau anda tidak tahu hendak buat apa dengan duit yang ada, melaburlah dalam ASB!
4. Pernahkah kita fikirkan bahawa ASB, jika dibuka untuk orang bukan Melayu, sudah pasti unit yang ditawarkan sudah lama habis!
5. Buktinya, cuba lihat dana atau unit yang ditawarkan kepada bukan Melayu, seperti Amanah Saham Wawasan, tidak sampai dua jam habis dibeli! Malahan, ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk membeli unit yang dijual oleh PNB.
6. Orang kita tidak terfikir bahawa saham amanah yang ditawarkan oleh ASB itu merupakan saham amanah yang menghasilkan pulangan yang paling besar, berbanding saham amanah yang lain yang ditawarkan oleh PNB.
7. Cuba kita fikirkan sejenak, kita hanya perlu memasukkan wang ke dalam ASB, dan kemudian wang kita akan diuruskan oleh pakar kewangan, pakar ekonomi, atau profesional yang dilantik oleh kerajaan untuk memastikan kita mendapat pulangan! Begitu mudah, dan tidak ada yang semudah itu, untuk memastikan wang kita berkembang.
8. Dalam konteks ini, benarlah wang itu bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk wang!
9. Suatu fakta yang menarik tentang pelaburan dalam ASB ialah, pernah suatu ketika dahulu pulangannya sebanyak 15%! Tidak mustahil suatu masa nanti kadar pulangannya akan mencapai tahap tersebut semula.
10. Cuba anda lihat fakta ini, jika anda berusia 20 tahun, dan menyimpan RM200.00 sebulan dalam ASB, selama 35 tahun, jumlah keseluruhan wang yang terkumpul ialah RM1.3 juta! Fakta atau data ini berasaskan bahawa pulangan ASB sebanyak 12% peratus setahun.
11. Jika anda berusia 30 tahun, dan menyimpan RM200.00 sebulan, juga dalam ASB, dan pulangannya tetap 12% setahun, pulangan terkumpul ialah RM387,000. Apakah yang dapat anda simpulkan? Beberapa orang rakan menyatakan kepada saya bahawa kita perlu membuat pelaburan dalam ASB, sebagai kesimpulannya.
12. Saya ingin menyatakan hal ini dengan tegas, bahawa bukan kesimpulan itu yang saya hendak dengar.
13. Kesimpulannya, kawan-kawan - ANDA RUGI HAMPIR SEJUTA RINGGIT KERANA TERLEWAT 10 TAHUN MENYIMPAN DALAM ASB! Itulah kesimpulannya, saudara...
14. Oleh itu, menyimpanlah mulai sekarang...Jikalau belum ada buku simpanan ASB, segeralah ke pejabat pos atau bank untuk membuka akaun. Bila? Anda bertanya bila! Sekarang!
15. Selain ASB, ada juga saham amanah yang menarik seperti Public Bank Mutual Fund, namun jangan pula lupa untuk melabur dalam ASB kerana anda tidak akan rugi! Tidak akan rugi!
16. Eh, kawan! Anda meminta orang lain menyimpan dalam ASB, anda bagaimana? Sering juga soalan (ini bukan soalan sebenarnya!) ini diajukan kepada saya, dan sudah pasti anda boleh mengagak jawapan saya, bukan...!
17. Terima kasih PNB! Bicara GRAFITI yang lain, akan saya sentuh lagi tentang hal kewangan, misalnya pelaburan hartanah, insya-Allah.

3 comments:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Tahniah! Banyak maklumat berguna dalam entri ini (Pulangan ASB...) buat pembaca khasnya pembaca yang mula sedar tentang pentingnya pelaburan walaupun bermula keci-kecilan.

2. Entri yang dimasukkan daripada sumber Harakahdaily sungguh menarik untuk bacaan, pemikiran dan kesedaran bangsa, bermutu untuk semua masyarakat... Tahniah!

Sekian.

rar/

Azura said...

Saya lebih berminat melabur dalam insurans. Saya kira pelaburan dalam insurans lebih menjamin masa depan jika dilihat dari sudut keuntungan-keuntungan lain (bukan dividen dan bonus). Jaminan yang disediakan bukan setakat jaminan kewangan tetapi juga jaminan keselamatan (security). Lagi-lagi kalau kita beli insurans nyawa, pendidikan, kesihatan dan insurans am (untuk aset seperti rumah, kereta, dll).

Hafiz Zakki said...

saya syorkan simpanan wang dan aset anda di dalam CASH TRUST. Banyak faedah yang anda akan perolehi. salah satunya...mengelakkan wang anda di bekukan selepas kematian, muflis, kemalangan dan lain lain yang melibat kan nyawa dan aset anda. Ramai yang tidak tahu tentang perkara - perakara ini. Semestinya CASH TRUST akan membantu persediaan anda!!! Untuk maklumat lanjut Sila layari laman web www.cashtrust.my