Monday, June 15, 2009

BICARA: MELASTIK KE BINTANG 3

Sebelum ini, saya menggunakan judul entri bagi mengungkapkan falsafah kehidupan yang saya kutip daripada pandangan tokoh-tokoh dengan nama "Titian Perjalanan". Namun begitu, mulai sekarang, saya menamai entri ini dengan "Melastik ke Bintang", mudah-mudahan dan dengan izin Allah, kita mampu melakukannya!

LEBIH BAIK ANDA BERMUSUH DENGAN SEORANG YANG BIJAK DARIPADA BERSAHABAT DENGAN SERATUS ORANG YANG BODOH

Peribahasa Arab




3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Tajuk baharu berjudul MELASTIK KE BINTANG semacam pernah dengar... tajuk lagu tu?
2. Saya sokong 100% Peribahasa Arab ini tetapi bagaimana jika orang yang tak reti bahasa kita cuba berikan tunjuk ajar tetapi 'masih tak reti bahasa dan bodoh sombong?' (sekadar tanya manja-manja sahaja...) Hehehe...

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Memang benar, judul ini merupakan lagu otai Search! Dan secara terancang (bukan kebetulan) gua beranggapan bahawa lagu, lirik, dan sentimen dalam Melastik ke Bintang memang hebat! Gua layan habis dengan lagu ini! Gua rasa inilah antara lagu Search yang terbaik. Lirik lagu dan semangatnya boleh merangsang adrenalin gua untuk terus mendepani kehidupan! Gua perturunkan liriknya yang gua ingat...

Berapa jauh harus kembara
hingga bisa temu jawapan
berapa lama mesti kecewa
sebelum kita berjaya

Berapa puncak harus didaki
sebelum sampai hajat di hati
berapa kali mesti tersungkur
sebelum sanggup berlari

Cakera waktu
deras bagai bersayap
menggugat tekad semangat
kita yang ingin
mencari suatu kepastian

Walau tipis harapan menang
tapi kita mesti berjuang
kerana tiada yang mustahil
biarpun melastik ke bintang!

Azhar Salleh said...

Gua ulangi rangkap yang terakhir kerana gua percaya, inilah bait-bait kata yang terbaik untuk sama-sama kita hayati!

Walau tipis harapan menang
tapi kita mesti berjuang
kerana tiada yang mustahil
biarpun melastik ke bintang!