Monday, June 15, 2009

TATABAHASA: KATA ADVERBA

KATA ADVERBA
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Kata adverba baru dimasukkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan tergolong sebagai salah satu kata tugas. Oleh sebab itu, ada kemungkinan kebanyakan pengguna bahasa tidak begitu memahami konsep kata adverba ini dengan baik. Oleh itu, saya muatkan dalam blog ini agar kita beroleh pengetahuan dan manfaatnya.

Bentuk Kata Adverba
a) jati (semalam, kelmarin, sering kali, saling, sekali gus, sentiasa, nanti)
b) asalnya kata adjektif (laju, besar, lesu, panjang, tinggi, hampir, selalu)
c) asalnya kata kerja (berkilat, mengiring, meninggi, menyala, berseri)
d) bentuk gandaan
(gandaan penuh – betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat)
(gandaan separa – bermalam-malam, semahu-mahunya, sepandai-pandai)
(gandaan berentak – sedu-sedan, hingar-bingar, susup-sasap)

Ayat contoh:
1) Pelancong itu akan tiba esok dari England.
2) Dia hampir terjatuh ketika menyidai pakaian.
3) Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring.
4) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya.
5) Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.
6) Pahlawan itu akan dikenang selama-lamanya.
7) Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis tersebut.
8) Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.


- perkataan berhuruf condong (italik) merupakan kata adverba.

14 comments:

en_me said...

salam abg azhar itteww.. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg itteww

Citra Wangsa said...

ooo...baru faham...

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Perkataan / ayat dibawah dikategorikan sebagai kata adverba atau tidak? Jika dapat dijelaskan untuk difahami semua pembaca blog ini.

i) Dia BENAR-BENAR gembira dengan kepulangan anaknya.

ii) Dia BENAR-BENAR menafikan kata-kata itu.

Terima kasih Cikgu.

Azhar Salleh said...

Salam EN_ME,
Moga-moga silaturahim yang dipanjangkan ini diberkati Allah, kerana Rasulullah saw dan Alla swt menyukai dan mengasihi orang yang berbuat demikian. Insya-Allah, blog saudara akan saya kunjungi selalu, mudah-mudahan akan beroleh manfaat yang besar.

Salam AZURA,
Alhamdulillah, Azura faham. Mungkin akan saya huraikan hal ini dan hal tatabahasa yang lain dengan lebih lanjut pada masa akan datang, bergantung pada penerimaan khalayak WITRA yang amat saya hormati.

Salam RAR,
i) Dia BENAR-BENAR gembira dengan kepulangan anaknya.
ii) Dia BENAR-BENAR menafikan kata-kata itu.
Untuk makluman RAR dan rakan-rakan yang lain, kata "benar-benar" dalam kedua-dua ayat itu merupakan kata adverba, iaitu menerangkan kata adjektif "gembira" dan menerangkan kata kerja "menafikan". Kata adverba sebenarnya sudah wujud dalam tatabahasa kita sejak dahulu, tetapi di bawah kata keterangan. Setelah didesak, dihujahkan secara ilmiah, akhirnya panel Tatabahasa Dewan bersetuju untuk menggantikan kata keterangan dengan kata adverba, selaras dengan pendirian Kamus Dewan dan pandangan ahli bahasa yang lain. Kedua-dua ayat di atas ada kaitan dan persamaan dengan ayat contoh yang diberikan dalam entri, iaitu:
4) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya.
Mudah-mudahan RAR akan dapat menerima penjelasan ringkas ini. Terima kasih kerana terus setia bersama-sama WITRA.

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

salam Witra,
terima kasih kunjungan ke blog saya, 1. ttg pangkor saya juga merasakan perlu lebih banyak penambaikan. 2. Saya cuba untuk mendapatkan sedikit diskaun kad kredit sekiranya di buat bayaran penuh seperti yang telah cikgu cadangkan tempoh hari. tetapi tidak berjaya.

Azhar Salleh said...

Salam AZAM,
Ya, memang benar, Pangkor perlukan perubahan. Tentang kad kredit, nampaknya Azam tidak bernasib baik. Saya pernah melakukannya, dan sebab itulah saya memberikan cadangan tersebut. Saya pernah memiliki kad kredit Maybank. Ketika ingin menamatkan kad tersebut, saya menghubungi pihak bank dan bertanyakan baki kad. Bakinya lebih kurang RM1300.00, dan saya mohon diberi diskaun atau potongan kerana saya ingin melangsaikan semuanya. Memang pada awalnya, pihak bank menolak. Tetapi saya terus mendesak dan berlakulah proses tawar-menawar. Akhirnya, bank bersetuju untuk mengurangkan jumlah sebanyak RM300.00 dan saya masih tidak bersetuju dengan jumlah itu. Pegawai itu berbincang dengan pegawai atasan, dan akhirnya jumlah yang perlu saya bayar hanya RM800.00. Dalam hal ini, bermakna saya diberi diskaun sebanyak RM500.00. Mungkin Azam perlu bertemu dan berterusan memohon diskaun atau pengurangan. Cuba lagi, dan sekiranya masih gagal, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya mempelajarinya daripada sebuah buku Azizi Ali, dan saranan inilah yang beliau sarankan. Katanya, ini suatu usaha dan ikhtiar, dan pada pandangan saya, usaha dan ikhtiar ini berhasil untuk saya. Mungkin Azam tidak bernasib baik...setakat ini. Usaha lagi, mungkin akan berjaya.

Anonymous said...

nk tnya...adverba dlm bahasa melayu apa?

and noun in bm apa?

ermm..kata gembira merupakan kata adjektif ke?

Anonymous said...

terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat..sebagai seorang pelajar,blog cikgu Azhar ni mmg banyak membantu..teruskan usaha cikgu! =)

Anonymous said...

Salam cikgu.Mohon bertanya, mengapakah kata adverba tidak termasuk dalam golongan kata umum? Ini berdasarkan penerangan dalam Tatabahasa Dewan.Mohon penjelasan ye cikgu....

Anonymous said...

salam cg,alhamdulillah..perkongsian cg mengenai kata adverba membantu saya untuk menyiapkan assigment.Saya Muhamammad azam..pelajar uitm semester 1..jurusa pengajian bahasa melayu komunikasi profesional.Namun saya masih kurang jelas dengan kata adverba.terkeliru dengan rujukan2 yang dibaca.

ainiey mirae said...

TAK FAHAM ...!!!

Unknown said...

Byk yang saya pelajari dari blog cikgu..👍👍👍

myee said...

Mana ada isitilah kata gembira.. kata adjektif tu kata sifat dn noun tu kata nama

santha said...

Bagaimana terangkan pd pelajar perbezaan kata adjektif dan adverba