Namun begitu, Encik Mohamad telah kembali bertugas di KL, Bahagian Ensiklopedia, DBP setelah bertugas di JB selama hampir dua tahun, kalau tak silap . Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada beliau yang telah memberikan banyak kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan ceramah dan bengkel selama beliau berada di DBPWS. Saya memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan terlanjur tindakan yang mungkin menggores hati. Kalau ada masa dan kesempatan, selalulah jenguk-jenguk rakan-rakan di JB. Jika saya ke KL, pasti saya akan hubungi. Sampai jumpa lagi...
p/s: Hotel yang salah....! saya nampak Encik Rusdi tergelak besar...dengar sampai ke Caltex!
5 comments:
Cikgu,
1. En. Mat kini berbahagia 2-3 kali gandanya dapat balik bertugas di KL. hehe..
2. Kita sama-sama doakan semoga En. Mat terus berbahagia tetapi harap beliau tidak lupa banyak 'kenangan terindah' bersama kita sama ada dalam urusan rasmi dan urusan 'tidak rasmi'.
Sekian.
rar/
Ya, saya harap begitu juga adanya. Jika dia lupakan kita, memang dia seorang kawan yang tidak mengenang budi! Cih, emosi pulak! Kita doakan kebahagiaan Che Mat yang kini sedang memadu kasih dengan warga DBPKL. Hotel yang salah!
(1) Jasa dan budi anda berdua akan sentiasa di hati.
(2) Banyak ilmu ditimba semasa bertugas di DBPWS. Terima kasih. Tetapi keadaan memaksa saya bertukar ke DBPKL. Apapun, DBPWS berada di hati untuk SELAMA-LAMANYA (NOTA*: JANGAN SALAH AYAT ...NANTI KARANGAN LARI TAJUK). Oleh itu, tiada salam perpisahan.
(3) Apapun, HOTEL JUGA YANG SALAH. Jumpa lagi di lain komentar
Ya, Che Mat, hotel juga yang salah!
Ya, Che Mat, hotel juga yang salah!
Post a Comment