KOMEN/PERTANYAAN:
Apa lagi perkara yang boleh dilaksanakan untuk menjadi jutawan? (Jangan bagi jawapan yang sama...ASB!).Bolehkah kakitangan kerajaan menjadi jutawan? (sebelum bersara wajib dan tidak mencapai tahap JUSA).
ULASAN/JAWAPAN:
1. Saudara, sebenarnya saya sering juga ditanya oleh rakan-rakan cara untuk menjadi jutawan. Saya menyatakan bahawa cara yang agak mudah (tidaklah sukar mana) untuk menjadi jutawan ialah pergi ke Indonesia!
2. Sebenarnya, untuk menjawab persoalan ini, rasa-rasanya pakar kewangan nombor satu di negara ini pun telah menulis berbelas-belas buku tentang panduan untuk menjadi jutawan! Tetapi, berapa ramaikah yang telah bergelar jutawan selepas membaca buku beliau! Yang lebih menarik ialah beliau membaca sebanyak 600 buah buku tentang kewangan sebelum berani menulis sebuah buku tentang kewangan! Tidak lain tidak bukan, beliau yang dimaksudkan ialah Azizi Ali. (maaf, jika saya sering menulis dan menyebut namanya - dia telah berjaya merobah persepsi saya tentang wang!).
3. Tidak mudah untuk menjadi jutawan. Kita perlu ada aset bersih sama ada dalam bentuk wang tunai, hartanah atau saham sebanyak RM1 juta untuk menjadi jutawan. Jumlah RM1 juta bukanlah jumlah yang sedikit. Kerja sampai pencen pun belum tentu dapat kumpulkan jumlah itu. Apatah lagi, jika kita hanya ada satu sumber pendapatan, iaitu gaji yang diterima setiap bulan. Campur gaji laki bini pun rasa-rasanya tak akan tercapai jumlah sejuta itu.
4. Namun, tidaklah bermakna untuk mencapai tahap jutawan suatu misi yang mustahil. Telah banyak orang, malahan yang bekerja makan gaji pun telah menjadi jutawan. Mungkin kita akan tertanya-tanya, apakah strategi kewangan mereka?
5. Ya, salah satu sebab mereka telah menjadi jutawan ialah mereka berjaya menjual tanah pusaka di kampung untuk dibangunkan. Harga tanah melebihi sejuta ringgit dan pastilah mereka menjadi jutawan!
6. Yang kedua, mereka bernasib baik kerana berkahwin dengan jutawan. Betapa untungnya mereka! (Sayangnya, program More Jutaria telah lama tiada, kalau tidak mungkin kita pun boleh menjadi jutawan! (Encik Samerin menjadi jutawan selepas menang program ini).
7. Tetapi, kita tidak menjual tanah pusaka kerana kita anak yang baik! Kita pun tidak berkahwin dengan jutawan kerana suami atau isteri kita orang kebanyakan macam kita juga. Tetapi, kita pasti ingin menjadi jutawan. Siapa yang tidak mahu menjadi jutawan, sila angkat tangan!
8. Alangkah bahagianya jika kita bergelar jutawan. Sekali lagi diulangi bahawa bukan mudah untuk mencapai tahap itu.
9. Tok guru, anda membebel dari tadi, tapi soalan saya tak jawab-jawab lagi nih!
10. Sabar anak muridku, otak tok guru pun dah hampir pecah nak fikir strategi nih! Janganlah kalut sangat! Ingat senang ke? Baiklah, cuba duduk diam-diam dan dengar cakap tok guru nih! Siapa yang nak ke tandas, sila ambil pas keluar!
11. Kawan-kawan, saya akan cuba mengupas hal ini dalam blog saya dari masa ke masa. Saya melihat ramai rakan kita yang sudah teruja untuk memiliki kebebasan kewangan. Jangan kata mereka, saya sendiri pun dah naik meroyan jika bercakap soal ini! Sekarang, kalau tak ada orang nak dengar, dengan kambing pun saya akan bercakap tentang wang!
12. Untuk menjadi senang-lenang dan tidur malam lebih tenteram kerana banyak wang, terdapat beberapa strategi kewangan yang perlu kita laksanakan, tuan-tuan.
13. Kita memerlukan dua strategi utama; iaitu strategi pertahanan dan strategi serangan.
14. Bagi strategi pertahanan, ringkasnya (saya akan jelaskan nanti - malam ini tak sempat dah!) kita hendaklah mengamalkan konsep berjimat dalam kehidupan. Nikmatilah apa yang mampu kerana jika hari ini kita memiliki kereta Proton Persona, tidak mustahil esoknya kita berangan-angan untuk membeli kereta Toyota Wish. Jika Toyota Wish sudah dibeli, saya pasti nafsu kita akan meminta kita beli BMW pula. Akhir sekali, kita tutup muka apabila naik kereta yang pernah menipu sang buaya, apa lagi kalau bukan Sang Kancil! Itu tentang kereta, yang lain pun sama juga. Kita tidak pernah berasa puas dengan apa yang kita miliki. Yang mendukacitakan ialah kemahuan yang terpaksa dituruti ini menelan belanja, dan jalan ke arah kebebasan kewangan semakin mengecil kerana wang sudah habis dibelanjakan untuk membeli kemahuan itu. Sebab itulah, kereta isteri saya sampai hari ini masih tidak ada spoiler belakang walaupun sudah lapan belas kali isteri saya meminta saya memasangnya agar kelihatan lebih anggun! Maaf isteriku, abang telah membaca banyak buku kewangan! Mungkin kali kesembilan belas, abang fikirkan lagi!
15. Bagi strategi serangan, yang menjadi pemacu kekayaan, kita hendaklah mempunyai cara yang berkesan untuk memastikan wang kita bercambah. Jika bulan ini kita simpan RM100.00, harap-harap wang itu akan menjadi RM500.00 atau lebih dalam tempoh setahun lagi. Kita harus bijak memilih tempat untuk melabur atau meletakkan wang kita itu. Jika kita simpan di bawah tilam, wang itu bukan sahaja tidak dilaburkan, malahan mungkin akan dileburkan oleh pencuri!
16. Selain itu, jika ada keupayaan, usahakan agar kita memiliki beberapa sumber kewangan dan punca pendapatan. Lagi banyak lagi cepatlah kita mendaki gunung kekayaan. Secara logik, mustahil kita menjadi jutawan jika menyimpan RM150.00 dalam Tabung Haji setiap bulan! Itupun melalui potongan gaji!
17. Antara lainnya ialah, jika kita mahu kaya, kita hendaklah mengamalkan dua prinsip asas ini; pertama - ingatlah untuk berjimat cermat, dan kedua - jika tidak mampu untuk berjimat cermat, tambahkan pendapatan. Lebih baik kita laksanakan kedua-duanya sekali agar lebih cepat kita berjaya.
18. Insya-Allah, saya akan berkongsi dengan saudara secara lebih terperinci tentang kedua-dua strategi itu selepas ini. Rajin-rajinlah layan blog saya! Dan jangan lupa, tinggalkan komen.
19. Saya akhiri catatan GRAFITI malam ini dengan suatu cerita yang saya kutip daripada buku Jutawan dari Planet Jupiter (Azizi Ali);
Socrates, ahli falsafah Yunani yang terkenal, suka pergi ke pasar di Athens. Beliau suka merayau-rayau dari gerai ke gerai dan singgah sejenak untuk melihat-lihat barangan jualan yang dipamerkan. Walaupun kerap ke sana, beliau tidak pernah membeli apa-apa. Seorang rakan bertanya sebabnya. Jawapan klasik yang diberikan, "Saya sentiasa kagum melihat begitu banyak barang yang tidak saya perlukan."
20. Fikirkan, dan ambillah iktibar daripada anekdot di atas, kerana jika kejadian itu berlaku pada tahun 400 T.M, bayangkan betapa banyaknya barang yang tidak kita perlukan pada zaman ini! Jumpa lagi...
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Cikgu, saya akan pegang dua prinsip asas kekayaan (berjimat cermat dan menambah pendapatan). Seminar 10 minit ini sangat mengujakan (baca 10 minit, dapat ilmu utk 10 tahun!). Terima kasih atas ilmu yang percuma ini.
Disebabkan jawapan cikgu ini, saya rasa, rumah baru saya di Setia Tropika tidak memerlukan hiasan dalaman yang berkonsep English/Bali/Jepun/Nusantara seperti mana cadangan asal. Mujurlah saya membaca reaksi cikgu ini sebelum keluar melengkapkan konsep tersebut. Dan, teringin juga menjadi seperti Socrates! Bagus kepala otaknya.
Azura yang dihormati,
Jikalau kita membaca banyak buku tentang kewangan, kita akan mendapati bahawa terdapat pelbagai langkah untuk menjadi jutawan. Namun begitu, yang penting dalam hal ini ialah pelaksanaan. Oleh sebab keinginan manusia agak sukar untuk disekat, melainkan disiplin dan kemahuan yang tinggi, saya selalu percaya bahawa ada ketikanya kita perlu juga berbelanja mengikut kemahuan. Orang yang baik (menurut agama) ialah tidak boros dan tidak kedekut. Berjimat, dalam konteks yang saya maksudkan, bukanlah menjadi kedekut. Mengapakah kita perlu menahan keinginan setelah bersusah payah mencari wang. Kita perlu, malah wajib untuk menikmati wang hasil titik peluh kita. Yang penting, amalan berjimat hendaklah dipraktikkan dalam keadaan yang wajar, khususnya yang melibatkan perbelanjaan yang besar. Berjimat turut bermaksud kita menggunakan wang kita secara bijak. Blog ini akan mengupas strategi pertahanan tersebut dari masa ke masa.
Tentang rumah baru Azura (oh...sekarang duduk kat Setia Tropika ya! Mahal tak rumah di kawasan itu?), jika Azura rasa konsep dalaman itu perlu diadakan, sama ada Inggeris, Bali atau sebagainya, mengapa tidak dilakukan? Adakah Azura rasa itu suatu pembaziran? Pendapat saya, tidaklah sampai begitu sekali. Yang penting, jika ada kemampuan, dan dalam waktu yang sama, masih berupaya untuk menyimpan atau melabur wang, kenapa tidak dilakukan. Saya percaya bahawa hiasan rumah yang menarik, memenuhi cita rasa, dan menjadi impian tidak harus dikorbankan kerana kita perlu berjimat. Rumah merupakan tempat yang paling penting untuk menyemai kebahagiaan dengan keluarga. Rumah menjadi pelindung yang menggembirakan. Di situ juga kita membina dan memupuk kasih sayang keluarga, wajarlah rumah kita dihiasi dengan sentuhan impian yang pastinya akan menyebabkan hati kita gembira. Jika kita gembira, suami dan anak-anak gembira, saya pasti perkara yang lain akan menyusul dengan nada yang gembira, termasuklah pengurusan kewangan keluarga. Rumah merupakan tempat paling utama dalam hidup ini! Namun begitu, sekali lagi, yang penting kita harus bijak menggunakan wang kita untuk menghiaskan syurga tempat kita berteduh. Jika kita gembira, saya pasti tugas yang kita lakukan akan semakin lancar. Ambillah kesempatan itu untuk mengumpulkan kekayaan! Ya, wang tidak akan mengetuk pintu rumah kita andai fikiran kita tidak gembira. Lakukan perkara yang mungkin boleh mendatangkan sumber sampingan di rumah yang damai dan menggembirakan (jika boleh). Saya suka mengingatkan sekali lagi bahawa dalam hal ini, kita harus bijak menggunakan wang untuk apa-apa tujuan sekalipun. Kemahuan kita usah disekat kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita menjadi runsing, hampa, kecewa, dan miskin! Jumpa lagi...
sy pun x tahu nk ckp...tapi fixed deposit islamic sy dah rm15 juta walau umur baru 43....rahsianya sy kerja dgn syt mertua sbg pengarah urusan sejak kahwin...gaji bagi rm5,000 je sebulan...pegawai lain mesti la lbh rendah dari saya....tp tiap2 tahun dlm agm jumlah yuran pengarah agk lumayan...mertua sbg chaiman rm1.5 juta srtahun...pengarah utusan rm1 juta..lainn2 pengarah rm 50k setahun...tp ni rahsia la...staf lain x tahu byrn ni...yg mereka tahu gaji boss kevik jugak..hehe
BOOST YOUR INCOME NOW BY JOINING----- Malaysia'S finest, reliable
dating agency with good track records. We have a wonderful influential network of clients ranging from government officials, politicians, senators, executive, honorable s, oil barons, money bag business personality, hotel owners and gold men and women, and we have very influential connected sugar mummies/daddies/gay and lesbian all over Malaysia. Be among the people to get our exclusive connections. We are the best reliable, efficient in our job, get the opportunity to meet them contact agent Mrs mira on her whats-app number +60146133100 now to get connected within 4 hours. We have sugar mummies all over Malaysia who are willing to lavish money on you, with gifts, cars, house and even contracts connections, and even assist you get a job,enter the entertainment industy and fashion industry, and also assist in getting loans, and financial assistance.what they need is sexual satisfaction and they pay for the services(whatsapp No: +60146133100) payment from RM4,000 TO RM10,000 PER-NIGHT NOTE:APPLICANT MUST BE ABOVE 18+ the only money i pay is the hookup form fee which is 850rm only immediately after payment for the hookup form fee which is 850rm i just got hookup immediately with my mummy ,Ipoh, Jb, Penang,Petaling Jaya,Kota bharu,Seremban,Kuching,Kota Kinabalu also Singapore and Brunei. To qualify, you must be romantic,
Whatsapp+60146133100 for your instant hookup
Post a Comment