Monday, December 22, 2008

REAKSI: TERIMA KASIH SAUDARA ZAID AKHTAR!

KOMEN/PERTANYAAN
Tuan Azhar,rupanya senyap-senyap tuan juga berblog ya. Tahniah.Tuan, ubahlah template sekali-sekala. Sekadar cadangan. Saiz tulisan pada blog tuan ini adalah lebih baik jika lebih jelas.Jangan lupa, masukkan juga gambar-gambar tuan yang tampan itu tatkala berceramah di sana-sini. Atau ketika mengembara mencari ilham di Tg Piai.salam hormat.

ULASAN/JAWAPAN
Apa lagi yang harus saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada saudara Zaid atas cadangannya itu. Tentang template dan saiz tulisan, insya-Allah, selepas ini akan cuba diubah. Tentang gambar saya yang tampan itu (ewah!), insya-Allah, akan cuba dimasukkan. Satu cadangan yang telah saya fikirkan, cuma belum sempat lagi. Dan tentang kembara mencari ilham, akan saya muatkan dari masa ke masa. Yang penting, saudara Zaid terus melayari blog ini!
Terima kasih banyak-banyak! Semoga pandangan yang sedingin SALJU ini akan memberikan SAKINAH kepada saya seterusnya!

2 comments:

Anonymous said...

Yeeee cikgu...wajah cikgu yang tampan tu (tampannn keee???) banyak dalam simpanan server kami, termasuk aktiviti yang cikgu sertai bersama-sama kami. Boleh sort one by one, if you need it!

Ini tawaran yang tidak memerlukan komitmen kewangan...sebab saya tahu, cikgu mesti memerlukannya (tak banyak, sikit pasti!). Blog cikgu akan lebih menarik kalau dihiasi dengan gambar.

Azhar Salleh said...

Salam,
Terima kasih Azura kerana menawarkan foto saya yg ada dlm simpanan. Saya akan sort one by one nanti wajah jejaka yang tampan tu (ada iras-iras akshay kumar tak!!!) selepas Azura naik kerja dan saya akan akan ke DBPWS. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan.