Lelaki yang tidak kacak dalam usianya 20 tahun, tidak kuat dalam usianya 30 tahun, tidak kaya dalam usia 40 tahun, dan tidak arif dalam usia 50 tahun, maka sampai bila-bila pun tidak akan kacak, tidak kuat, tidak kaya, dan tidak akan arif.
PERIBAHASA 4000 ALAM MUTIARA KATA
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Ussshh..dalam maknanya tu. Kalau wanita bagaimana pula?
Salam AZURA,
Memang dalam maknanya. "Lelaki" yang membacanya, kalau masih tidak faham lagi, tak tahulah nak cakap apa lagi. Kalau wanita, mungkin begini:
Wanita yang tidak cantik dalam usia 20 tahun, tidak reti masak dalam usia 30 tahun, tidak ramai anak dalam usia 40 tahun, dan tidak bermadu dalam usia 50 tahun, sampai bila-bila pun tidak akan canti, tidak reti masak, tidak ramai anak, dan tidak akan bermadu.
Agak-agak boleh terima tak falsafah ini? Jawab...jangan tak jawab!
Cikgu,
Bagaimanakah pula... jika tak kacak tapi sedikit berada (kewangannya) namun kaya (maksudnya kaya ilmu) serta arif dalam 'berkomunikasi' (cikgu faham maksud lain kata ini... hehehe...)?
Michel Jackson pada mulanya tidak kacak, tidak kaya..tapi akhirnya jadi kacak, jadi arif dalam muzik dan nyanyian dan seterusnya kaya. Di akhir-akhir hayatnya dia kembali tidak kacak, tidak lagi berjaya dalam bidangnya dan hampir bengkrap.
Kah..kakakahahaa...(cikgu boleh jadi penglipur lara!). Separa setuju. Rasanya yang lebih tepat ialah: Wanita yang tak pandai berhias dlm usia 20 thn, tak kahwin dlm usia 30 thn, tak ada anak dlm usia 40 thn, tak bermadu dlm usia 50 thn, sampai bila-bila pun tak akan pandai berhias, tak akan berkahwin, tak akan beranak dan tak akan bermadu ... (peringatan utk semua anak dara yang masih solo).
Salam RAR,
Kalau tak kacak tetapi berada, arif, dan bijak berkomunikasi, rasa-rasanya, kalau tackle awek kat Angsana, mahupun kat DBPWS yang masih solo, akan sangkut jugak tu! Cubalah try!
Salam TUAN HAJI,
MJ menjadi hampir kacak ketika berusia 20 -30 tahun, menjadi sangat kacak ketika berusia 30-40 tahun, dan menjadi sangat kaya selepas dia meninggal! Rasa-rasanya, falsafah ini tidaklah begitu mengecewakan. Betul tak, tuan haji?
Salam AZURA,
Nampak gayanya, Azura seperti bersetuju benar untuk "dimadukan" ketika berusia 50 tahun! Kalau lebih awal daripada itu, mungkin lebih baik! Betul tak?
Assalamualaikum,
Salam Perkenalan. Dalam betoi kata-kata tu.
Rajin benar cikgu dalam bidang penulisan, semoga dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Mohamed Faisal
faisal59
Wah, terlalu lama melastik ke bintang!
Salam Cikgu M. Faisal,
Waalaikumusalam, Salam Silaturahim kembali. Tidaklah rajin sangat dalam bidang penulisan dan tidaklah begitu prolifik. Semoga kita akan terus menitipkan pesan dan khabar melalui blog. Terima kasih atas kunjungan.
Salam TUAN HAJI,
Nampaknya, batu lastik tersangkut kat traffic jam, sebelum sampai ke bintang! Terima kasih atas ingatan!
Post a Comment