Tuesday, September 13, 2005

LINGUISTIK TULEN : SUATU PENGENALAN

PENDAHULUAN
Manusia berkomunikasi dengan pelbagai cara untuk menyampaikan sesuatu tujuan atau maksud. Salah satu cara berkomunikasi ialah dengan menggunakan alat yang paling maju, canggih, dan kerap digunakan oleh manusia, iaitu bahasa. Wallwork ( 1969 ) telah menyenaraikan beberapa fungsi bahasa, iaitu bahasa sebagai alat sapaan, digunakan bagi tujuan keupacaraan, sebagai alat bertindak, penyimpan rekod, untuk menyampaikan perintah dan keterangan, untuk mempengaruhi orang, curahan rasa hati, dan wadah memuatkan fikiran serta membolehkan seseorang itu berfikir. Namun begitu, fungsi bahasa yang paling utama ialah alat komunikasi antara manusia.

Pelbagai definisi bahasa telah dikemukakan oleh para sarjana dan ilmuwan bahasa. John P. Huges mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan untuk menyampaikan fikiran daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Samsuri ( 1978 ) pula menyatakan bahawa bahasa merupakan alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan, dan perbuatan. Edward Sapir ( 1948 ) mentakrifkan bahasa sebagai “a purely human and non-instintive method of communicating ideas, emotions, and desires by means of a system of voluntary produced symbols”. Albert B. Cook ( 1977 ) telah memberikan pengertian bahasa sebagai satu sistem simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang digunakan oleh anggota sesebuah komuniti bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi, dan memindahkan kebudayaan mereka. Nelson Francis mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh artikulator dan digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka. Kamus Dewan
( Edisi Ketiga : 1994 ) pada halaman 87 mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Berdasarkan definisi-definisi yang dinyatakan, antara elemen penting yang mendasari maksud bahasa ialah fungsi bahasa dan bentuk bahasa.

Sesuatu yang perlu difahami apabila berbicara tentang soal-soal bahasa ialah walaupun bersifat arbitrari, bahasa mempunyai peraturan dan rumusnya yang bersistematik. Oleh sebab itu, bahasa perlu dipelajari kerana kegagalan menguasai bahasa dengan baik dan teratur akan menyebabkan sesuatu penyampaian maklumat dan mesej akan terjejas dan seterusnya menyebabkan komunikasi akan terganggu. Sekiranya berlaku keadaan yang sedemikian, individu tersebut sebenarnya telah gagal menggunakan bahasanya dengan baik dan sempurna.

Disiplin yang mengkaji bahasa manusia secara saintifik dan sistematik dikenali sebagai linguistik. Ronaald W. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai “the study of human language”. David Crystal ( 1873 ) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. John Lyons ( 1968 ) juga mentakrifkan linguistik sebagai kajian yang saintifik terhadap bahasa. Kamus Dewan ( Edisi Ketiga : 1994 ) memberikan pengertian linguistik sebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa. Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yang empirik, analitis, objektif, dan saintifik tentang sesuatu bahasa.

Dalam disiplin Linguistik Tulen, bidang kajian yang harus diteliti dahulu ialah aspek fonetik. Seterusnya, bidang kajian linguistik yang perlu difahami ialah aspek fonologi, diikuti dengan morfologi, sintaksis, dan kemudiannya aspek semantik. Seseorang yang ingin mendalami bidang bahasa sewajarnya menguasai aspek-aspek ini kerana pengetahuan dan penelitian yang mendalam berkenaan aspek ini akan membantunya memahami proses-proses dan sistem bahasa dengan lebih baik. Selain itu, dengan menguasai aspek fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik, seseorang itu bukan sahaja berupaya menggunakan bahasa dengan lebih baik dan gramatis malahan mampu menghuraikan gejala-gejala bahasa, misalnya permasalahan tatabahasa dengan menggunakan rumus dan hukum yang tepat lagi absah. Misalnya, dalam konteks ini, setiap guru bahasa perlu menyedari bahawa mengajarkan tatabahasa kepada kalangan pelajar merupakan satu tugas yang mencabar dan memerlukan penguasaan tatabahasa yang mendalam untuk memberikan huraian yang memuaskan dan berpada kepada pelajar agar hukum tatabahasa dipatuhi sepenuhnya. Menyedari hakikat itulah, para guru bukan sahaja disarankan malah diwajibkan menggunakan dan menjadikan naskhah Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan pegangan selain Kamus Dewan Edisi Ketiga sebagai antara rujukan utama.
Sebagai pengenalan , di sini dijelaskan dengan ringkas bidang-bidang Linguistik Tulen. Contoh- contoh dan keterangan yang dikemukakan berdasarkan korpus bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman dan penaakulan.
FONETIK
Fonetik ialah bidang linguistik yang khusus mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran manusia, iaitu rongga mulut dan hidung. Fromkin dan Rodman ( 1988 ) mendefinisikan fonetik sebagai “the study of the speech sounds that are utilized by all human languages to represent meanings is called phonetics”. Bunyi-bunyi bermakna menolak bunyi seperti batuk, bersin, dan berdengkur kerana bunyi-bunyi ini tidak mendukung makna. Bertil Malmberg ( 1968 ) mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa dan memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya. J.D. O’Connor ( 1973 ) menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia.

Ilmu ini terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu fonetik artikulatori, fonetik akustik, dan fonetik auditori. Fonetik artikulatori mengkaji fungsi alat-alat ujaran (artikulator ) dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ujaran secara umumnya terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian yang boleh digerakkan seperti lidah dan rahang, manakala bahagian yang tidak boleh digerakkan disebut titik artikulasi seperti labial, dental, alveolar, dan palatal. Fonetik akustik mengkaji peranan gelombang udara dan proses bunyi dibawa ke pendengaran pendengar. Fonetik auditori pula menghuraikan proses gelombang bunyi tadi di telinga dan dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.

Semua bahasa di dunia mempunyai dua kelas bunyi asas yang digunakan semasa membuat bunyi-bunyi ujaran, iaitu bunyi konsonan dan bunyi vokal. Bunyi-bunyi konsonan terhasil apabila arus udara yang melalui rongga mulut mengalami sekatan, manakala bunyi-bunyi vokal terhasil apabila arus udara yang melalui rongga mulut keluar tanpa mengalami apa-apa sekatan. Kawasan artikulasi pula merujuk kepada kawasan sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan dan sering dirujuk kepada bahagian atas rongga mulut yang disebut titik artikulasi. Antara titik artikulasi yang menghasilkan bunyi ujaran ialah labial, interdental, alveolar, palatal, dan velar. Cara artikulasi pula merujuk kepada cara sesuatu bunyi bahasa dihasilkan sama ada secara hentian, letupan, frikatif, afrikat, nasal, bersuara, ataupun tidak bersuara.

Kedudukan lidah semasa membunyikan bunyi-bunyi vokal juga amat penting agar sesuatu bunyi bahasa itu diujar dengan lebih tepat dan menepati kaedah penyebutan yang betul. Kedudukan lidah merujuk kepada darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan rongga di atas mulut ataupun disebut lelangit. Darjah ketinggian lidah ini dapat dibahagikan kepada empat tahap, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas. Selain itu, keadaan bibir juga perlu dipastikan dalam keadaan yang betul untuk membunyikan bunyi vokal agar bunyi yang terhasil dapat mewakili huruf yang disebut itu. Ada tiga keadaan atau bentuk bibir yang dibahagikan oleh ahli-ahli fonetik, iaitu hampar, bundar, dan neutral.

Di samping bunyi konsonan dan vokal, kebanyakan bahasa juga mempunyai bunyi diftong. Bunyi-bunyi diftong ialah dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu daripada satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. Raja Mukhtaruddin R. Mohd Dain dalam buku Ilmu Fonetik dengan Latihan ( 1986 ) menyifatkan bunyi diftong sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan. Dalam bahasa Melayu, ada tiga bunyi diftong, iaitu ai, misalnya dalam perkataan pandai dan hairan, au dalam perkataan kacau dan atau, dan oi dalam perkataan seperti baloi dan kaloi.

Berdasarkan penjelasan ringkas ini, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu fonetik sangat membantu para guru khasnya apabila mengajarkan sebutan bagi murid-murid tahap satu pada awal persekolahan mereka. Para guru juga diharap dapat memberikan penekanan tentang kaedah penyebutan yang betul kepada pelajar yang akan menduduki ujian lisan bahasa. Kaedah penyebutan yang betul ini antara lain mampu memberikan penjelasan yang deskriptif sekiranya berhadapan dengan sesuatu masalah bahasa, misalnya yang berkaitan dengan proses pengimbuhan bahasa.

FONOLOGI
Fonologi ialah ilmu yang mengkaji sistem bunyi bahasa yang terdapat di dalam akal manusia dan bersifat abstrak. Dua kata yang membentuk istilah fonologi ialah fonem dan logos. Fonem ialah unit bunyi yang digunakan untuk mewakili bunyi bahasa yang abstrak dan logos bermaksud ilmu. Menurut Asmah Omar, fonem dianggap sebagai unit linguistik terkecil yang tidak mengandungi makna. Fonem dapat membezakan makna dan hal ini berbeza dengan alofon yang tidak membezakan makna.

Untuk membezakan sama ada sesuatu unsur tersebut berstatus fonem atau alofon, kita dapat menggunakan tiga cara, iaitu melalui kaedah pasangan minimal, pasangan minimal terdekat, dan variasi bebas. Selain itu, dalam pengkajian fonologi, unsur yang membentuk fonem, iaitu fitur distingtif juga dikaji. Fitur distingtif telah diperkenalkan oleh Nikolai Trubetzkoy dan Roman Jacobson pada awal abad ke-20. Antara fitur yang dikenal pasti tersembunyi dalam fonem-fonem tersebut ialah konsonan, silabik, sonoran, koronal, anterior, labial, nasal, dan bersuara. Kesemua fitur tersebut diberikan nilai sama ada nilai wujud atau hadir ( + ) ataupun nilai tiada atau kosong ( - ).

Pengetahuan tentang fitur distingtif amat penting dan dianggap perlu dalam kajian fonologi dewasa ini. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu, perkataan /tanpa/ sering disebut sebagai [ tampa]. Sebutan bakunya ialah [tanpa] dan bukannya [tampa] tetapi orang Melayu sejak dahulu lagi tidak menyebutnya sedemikian. Fitur distingtif dapat menghuraikan permasalahan ini dan menghuraikan sebab masyarakat Melayu menggunakan nasal bilabial /m/ dan bukannya bunyi nasal palatal /n/. Hal ini kerana titik artikulasi bagi bunyi /n/ terlalu jauh untuk digerakkan ke arah bunyi bilabial tak bersuara /p/. Oleh sebab bunyi awal dalam suku kata kedua perkataan /tanpa/ bermula dengan huruf bilabial /p/, maka kemungkinan besar penutuf natif bahasa Melayu menggunakan bunyi nasal yang berada pada titik artikulasi yang sama, iaitu bilabial. Dengan itu, penutur Melayu tanpa disedari akan memilih bunyi nasal bilabial /m/ dan menyebutnya sebagai [tampa].
Fitur distingtif juga memudahkan kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang digunakan untuk menghasilkan bunyi-bunyi ujaran. Oleh sebab sifatnya yang universal, seseorang itu dapat memahami cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa lain di dunia ini.

MORFOLOGI
Morfologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Apabila menyentuh tentang disiplin morfologi, unsur yang membentuk kata perlu difahami, iaitu morfem. Morfem terbahagi kepada dua jenis, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Perkataan /berlari/ terdiri daripada dua morfem, iaitu awalan /ber-/ yang menjadi morfem terikat dan kata dasar /lari/ yang merupakan morfem bebas, iaitu dapat berdiri sendiri dan tidak perlu bergabung dengan morfem yang lain untuk membentuk kata yang sempurna.

Ada beberapa proses morfologi yang biasa terdapat dalam mana-mana bahasa di dunia, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, pengakroniman, dan penukaran. Pengimbuhan merupakan proses morfologi yang membolehkan maklumat leksikal ditambah kepada bentuk kata dasar. Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa imbuhan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan perlu diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Terdapat beberapa jenis imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu awalan, akhiran, sisipan, dan apitan.

Awalan ialah bentuk morfem yang diimbuhkan pada awal kata dasar yang wujud dalam kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Awalan bagi kata nama ialah pe-,pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, pe-, ke-, juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dan dwi-. Awalan bagi kata kerja pula ialah me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-,dan diper-. Awalan bagi kata adjektif ialah ter-, te-, dan se-. Akhiran pula merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar dan dalam bahasa Melayu, hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Akhiran bagi kata nama terbitan ialah –an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, dan –ah. Akhiran dalam kata kerja pula ialah –kan dan –i.

Selain itu, imbuhan apitan merujuk kepada imbuhan yang mengapit kata dasar dan wujud dalam kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Apitan bagi kata nama ialah pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, penge-…-an, pe-…-an, per-…-an, pe-…-an, dan ke-…-an. Kata kerja yang dapat menerima imbuhan apitan ialah me-…-kan, men-…-kan, mem-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan, ber-…-kan, ber-…-an, di-…-kan, me-…-i, men-…-i, mem-…-i, meng-…-i, di-…-i, diper-…-i, memper-…-kan, merper-…-i, dan ke-…-an. Imbuhan yang kurang produktif jika dibandingkan dengan imbuhan lain ialah imbuhan sisipan. Imbuhan sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan ke dalam sesuatu kata dasar dan hanya wujud dalam kata nama dan kata adjektif. Sisipan bagi kata nama ialah –el-, dan –er-. Sisipan bagi kata adjektif ialah –el-, -er-, -em-, dan - in-.

Proses pengimbuhan akan mengubah bukan sahaja makna sesuatu perkataan, tetapi juga akan mengubah makna sesuatu ayat. Dalam hal ini, kalangan pengguna bahasa harus berwaspada apabila menggunakan imbuhan kerana kesilapan menggunakan imbuhan yang betul akan menyebabkan makna ayat yang dituturkan atau ditulis akan berubah dan akhirnya akan menyebabkan kesalahan bahasa berlaku. Antara kesalahan yang kerap ditemukan dalam penggunaan imbuhan ialah imbuhan meN-…-kan dan meN-…-i. Misalnya, banyak pengguna bahasa tidak memahami rumus penanda kausatif, penanda lokatif, dan penanda benefaktif.

Proses pemajmukan pula ialah proses menggabungkan kata dengan tujuan untuk menerbitkan satu perkataan baharu dengan makna yang baharu. Kata majmuk, menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Namun begitu, ada sebilangan kecil kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan kerana sudah dianggap mantap seperti kakitangan dan warganegara.

Penggandaan ialah proses mengulang sebahagian atau keseluruhan kata. Dalam bahasa Melayu, ada tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Penggandaan separa ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan dan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan berentak pula ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu yang diubah atau diulang. Ada tiga jenis penggandaan berentak, iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan berbentuk bebas.

Pengakroniman ialah proses menerbitkan kata baharu dengan memenggal bahagian-bahagian perkataan dan menggabungkan penggalan-penggalan tersebut menjadi satu perkataan dan dilafazkan sebagai kata yang wajar. Antara contoh akronim ialah ABIM, EON, PLUS, Intan, pawagam, dan kugiran. Akronim perlu dibezakan dengan singkatan kerana akronim mempunyai suku kata manakala singkatan seperti NGO, USM, dan KTM tidak mempunyai suku kata dan abjadnya disebut satu persatu.

Proses penukaran bermaksud membentuk kata dengan tanpa mengubah kata masukan ( entri leksikal ) yang menjadi dasarnya. Proses penukaran ini secara tidak langsung akan membezakan makna yang terkandung dalam perkataan-perkataan tersebut. Misalnya, kata sepak, perang, dan daki yang wujud dalam bahasa Melayu dapat berubah maksudnya apabila melalui beberapa proses morfologi seperti pengimbuhan dan aspek semantiknya.

Kepentingan ilmu morfologi dalam memastikan penggunaan bahasa yang jitu dan gramatis tidak dapat dinafikan. Suatu perkara yang menarik apabila membincangkan permasalahan bahasa ialah hampir kebanyakannya berkisar tentang aspek morfologi dan sintaksis. Disarankan para pelajar dan guru lebih menguasai aspek ini kerana dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa di sekolah, penguasaan dalam bidang morfologi akan menentukan pengajaran tatabahasa berlangsung dalam suasana yang menarik dan mencabar pemikiran untuk memperoleh kepastian berkenaan hukum-hakam bahasa.

SINTAKSIS
Sintaksis dapat didefinisikan sebagai kajian tentang struktur ayat. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu mentakrifkan sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Takrif lain bagi sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Linguistik Tulen yang melibatkan kajian sintaksis mendapati bahawa kita boleh memenggalkan bahagian-bahagian ayat kepada bentuk-bentuk yang lebih kecil dan mengenal pasti bahagian-bahagian dalam ayat tersebut. Selain itu, kita juga boleh mengenal pasti proses-proses sintaksis yang terlibat dalam penerbitan sesuatu ayat. Oleh itu, mengenal pasti binaan atau konstruksi dan unsur atau konstituen merupakan tugas yang pasti apabila mengkaji bidang sintaksis.

Kajian sintaksis juga memerlukan pemahaman yang jelas tentang kata, frasa, klausa, dan akhir sekali bentuk ayat yang akan terhasil. Kata yang dikaji dalam kajian morfologi tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya dalam susunan ayat, tetapi perlulah mengikuti rumus yang tertentu. Perkataan ialah bentuk bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa perkataan boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi. Frasa merupakan urutan perkataan yang boleh berfungsi sebagai unsur-unsur dalam struktur ayat dan terjadi akibat penggabungan perkataan yang membentuk unsur-unsur baharu yang bermakna. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, frasa didefinisikan sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mempunyai subjek dan predikat dan boleh menjadi konstiuen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Klausa merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Ada dua jenis klausa, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Apabila dituturkan dengan intonasi yang sempurna, klausa akan menjadi ayat. Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Rajah berikut dapat memberikan gambaran berkenaan kedudukan atau hieraki kata, frasa, klausa, dan ayat.
AYAT Kakak Nurwahyu menyapu sampah.
KLAUSA kakak Nurwahyu menyapu sampah
FRASA kakak Nurwahyu menyapu sampah
PERKATAAN kakak Nurwahyu menyapu sampah

Antara perkara yang berkaitan dengan kajian sintaksis ialah proses penerbitan ayat. Ada dua jenis ayat dalam bahasa Melayu, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi asas kepada pembentukan ayat-ayat terbitan. Ayat dasar merupakan ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu :
Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama
Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Ayat terbitan merujuk kepada ayat-ayat yang telah mengalami perubahan bentuk, iaitu perubahan bentuk abstrak kepada konkrit dan perubahan struktur ayat itu sendiri. Proses penerbitan ini juga dikenali sebagai proses transformasi. Transformasi dalam ayat berlaku apabila wujud pemindahan, peluasan, dan pengguguran. Transformasi pemindahan merujuk kepada proses memindahkan suatu unsur kata atau frasa ke suatu posisi baharu dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, proses pendepanan merupakan proses yang bertujuan memfokuskan bahagian yang dipindahkan itu. Transformasi peluasan merujuk kepada proses menyisipkan atau menambahkan sesuatu unsur sama ada kata atau frasa kepada ayat yang sedia ada. Misalnya, ayat majmuk wujud apabila telah mengalami penyisipan ayat lain. Transformasi pengguguran merujuk kepada proses menggugurkan atau menghilangkan sesuatu unsur sama ada kata atau frasa dalam sesuatu ayat. Biasanya pengguguran dilakukan kerana penutur tidak mahu memperincikan sesuatu ayat atau untuk mengelak daripada mengulang unsur yang sama.
SEMANTIK
Semantik merujuk kepada kajian tentang makna. Menurut Yule ( 1985 ), semantik ialah “generally, work insemantics deals with the description of word, meaning and sentence-meaning…”. Ilmu semantik telah dikaji dan dibincangkan sejak zaman Yunani dan Romawi lagi. Semua orang menyedari bahawa bahasa harus melambangkan sesuatu. Dan dalam kajian semantik, empat unsur perlu diteliti dahulu dan diberikan perhatian, iaitu kata, rujukan, makna, dan lambang.

Sebelum sesuatu benda, konsep, atau perbuatan diberikan nama, perkara-perkara itu perlulah wujud terlebih dahulu untuk dirujuki. Sesuatu yang dirujuki untuk dinamakan itu disebut sebagai rujukan. Setelah nama diberikan secara rawak dan bentuknya mestilah diterima oleh masyarakat penutur, kata itu kemudiannya diberikan makna dan tafsiran. Setelah itu, perkataan-perkataan tadi diberikan lambang yang merujuk kepada bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan. Perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa mempunyai hubungan antara satu sama lain dan dikelompokkan mengikut golongan tertentu, iaitu sinonim, antonim, homonim, polisem, dan hiponim.

Terdapat beberapa faktor yang menentukan makna. Antaranya ialah faktor kebudayaan, misalnya kata panggilan daripada orang muda kepada orang tua. Selain itu, faktor konteks juga menentukan perubahan makna. Ciri-ciri seperti ekspresi muka, pergerakan tubuh badan, atau difahami sebagai bahasa tubuh badan boleh menjadi penentu dalam menyampaikan makna ujaran. Ciri-ciri ini dikenali sebagai ciri-ciri paralinguistik, iaitu ciri yang menjangkau perkara-perkara di luar bahasa. Faktor bukan linguistik yang lain seperti ciri-ciri prosodi, iaitu ciri-ciri tekanan, intonasi, dan nada juga mempengaruhi makna ujaran.

Faktor-faktor yang mengubah makna kata juga telah, sedang, dan akan terus berlaku akibat perkembangan bahasa yang tiada garisan ini. Antara faktornya ialah perkembangan bahasa itu sendiri akibat faktor peluasan, penyempitan, dan peranjakan. Selain itu, faktor tanggapan atau konotasi penutur juga boleh mengubah makna kata. Jika sesuatu kata itu mungkin dianggap membawa sial atau ada pantangnya, kata itu akan ditukar dengan istilah yang lebih sopan dan diterima umum. Gejala eufemisme ini sering berlaku dalam bahasa Melayu.

PENUTUP
Sekiranya memahami kepentingan disiplin Linguistik Tulen ini, seseorang itu pasti akan lebih berkeyakinan dan berkemampuan dalam menghuraikan gejala-gejala bahasa. Dalam hal ini, pencinta bahasa dan khususnya guru-guru bahasa disarankan agar sentiasa menyelak halaman buku-buku linguistik agar beroleh manfaat yang besar.

Jika diteliti, hukum-hakam dan rumus yang terkandung dalam Linguistik Tulen ini, walaupun agak sukar tetapi amat menarik untuk dikaji dan ditaakul. Hal ini kerana, dengan menggunakan rumus-rumus bahasa tersebut, tugas menghuraikan penggunaan bahasa yang betul akan lebih terarah dan mempunyai rujukan yang sahih lagi pasti. Untuk menggunakan bahasa yang mantap dan berwibawa, ilmu linguistik amat membantu kita dalam merealisasikan aspirasi bahasa agar sentiasa subur dengan kajian dan penyelidikan.

11 comments:

Qib said...

terima kasih kerana menyiarkan maklumat tentang linguistik tulen ini. ianya banyak membantu saya untuk membuat assignment...

Anonymous said...

saya juga begitu..terima kasih ye

Anonymous said...

parsiblog indiacphi gains thefunction taken initiated after berman similarity jkrh creations
lolikneri havaqatsu

Anonymous said...

where dο I puгchaѕe this

Have a loοk at my page; Http://www.geekandsundry.com/

Anonymous said...

I've been exploring for a little bit for any high-quality articles or blog posts in this kind of space . Exploring in Yahoo I finally stumbled upon this web site. Studying this info So i am glad to exhibit that I have an incredibly good uncanny feeling I found out exactly what I needed. I most without a doubt will make certain to don?t disregard this web site and give it a look on a relentless basis.

my web site; http://www.sfgate.com

Anonymous said...

Ηey ӏ knоw thiѕ is off tоpic but I
ωas wonderіng if you κneω of any widgets I could add to mу blog that autоmatically tweet my neωest tωittег upԁatеs.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Also visit my page :: Click On this page

Anonymous said...

An intrіguing discussion is dеfіnitely wοrth comment.
I do think that you ought to write more on thіs subjесt mаtter, it
might not be a taboo subjеct but typicallу folks dοn't discuss such subjects. To the next! All the best!!

Feel free to visit my blog :: visit the following website page

Anonymous said...

Үοur сurrent post has establiѕhed useful to mуѕelf.
It’ѕ really educational and you rеally
агe obviοuslу quitе educated in thіs region.
Υou have got exposeԁ my perѕonal еyе to be able tο variouѕ thoughts about
this specific toρic with іntrіquing, notаblе
and stгοng content mаterial.

My site - viagra online

Anonymous said...

When ӏ originallу left a comment I appеar tо have cliсked the -Notіfy me when new comments are adԁed- checkbox
and now wheneѵеr a comment is aԁded I
rеciеve 4 emaіls ωіth the exact samе
commеnt. There has to be a meаnѕ you
can remoνe mе from that ѕervice? Kuԁos!


Check out my web blog http://www.sfgate.com/business/prweb/article/V2-Cigs-Review-Authentic-Smoking-Experience-or-4075176.php

Anonymous said...

It's going to be end of mine day, but before finish I am reading this great piece of writing to increase my knowledge.

my weblog; http://www.sfgate.com/business/prweb/article/V2-Cigs-Review-Authentic-Smoking-Experience-or-4075176.php

Anonymous said...

Unbiased evaluations of V2 Cigs will grade the electronic cigarette on
things such as how the cigarettes looks and how they are packaged.
Whether it be the capability to smoke anyplace, the wellness benefits or just simply because they like employing them, electronic cigarettes
like V2 Cigs are becoming the new way to smoke. They have a very good amount of smokes in each and every puff.

This 22 acre, $230 million private beach club and residential community is a should go destination hot spot in Cabo
San Lucas, Mexico. Extremely Suggested!

my blog post :: v2 cigs coupon code for october