"Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa ..
Tolong nasihati sia dia, jangan mencintaiku lebih daripada dia mencintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak kakinya itu syurga...
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya, bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cinta akan zuhudnya bukan hartanya..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, apabila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, apabila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta pada ketika cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, apabila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan kepadanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan kepada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan kepada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan kepada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan kepada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan kepada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan kepada si dia, hubungan ini terjaga selagi terjaga hubungan dengan Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... Hanya engkau, Ya Allah mengetahui siapa si dia ..
Moga pesananku sampai kepadanya, walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya, dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..."
Apabila kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya....
Andai kau inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna, kerana kau juga tidak sempurna, tiada siapa yang sempurna... tapi bersahabatlah kerana Allah..
Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya , "Orang yang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang yang berjuang melawan hawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan sehingga taat kepada Allah subhanahu wata'ala."
Firman Allah S.W.T Maksudnya , "Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka al-Qur'an yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka al-Qur'an yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya."
Surah Al-Mu'minuun Ayat 71
* Terima kasih kepada saudara Boy yang berada di Pulau Pinang, atas kiriman bingkisan mutiara ini.
Tuesday, February 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment