Saturday, February 14, 2009

KEWANGAN: RAHSIA MENAMBAHKAN PENDAPATAN MELALUI PEMASARAN INFORMASI

Ketahui Rahsia Bagaimana Anda Boleh Menambahkan Pendapatan Dengan Mudah Melalui Pemasaran Informasi
(Azizi Ali Penulis kewangan, penceramah dan jurulatih jutawan #1 Malaysia)

Anda mahu menjadi seorang usahawan?
Anda mahu menjana wang tambahan?
Anda mahu membina aliran pendapatan sampingan yang baru?
Anda mahu menikmati kehidupan yang lebih lumayan?
Anda mahu melakukan semua ini dengan cepat, mudah dan dengan modal yang rendah?

Sekarang bayangkan hidup anda jika anda terlibat di dalam perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang hebat. Perniagaan yang boleh dimulakan dengan cepat, dengan kos permulaan yang rendah dan pada masa yang sama memiliki marjin yang tinggi. Perniagaan di dalam industri yang berkembang pesat setiap hari. Perniagaan di mana anda mempunyai kawalan yang penuh ke atas hidup dan nasib anda. Perniagaan yang boleh anda lakukan secara separuh masa tetapi berupaya membawa masuk pendapatan seperti pekerjaan sepenuh masa. Perniagaan di mana kebanyakan kerjanya diautomasikan, dan perniagaan yang kalis kemelesetan ekonomi.


Terlalu hebat untuk dipercayai? Tidak, sebenarnya perniagaan seperti itu wujud pada hari ini. Ia dipanggil Pemasaran Informasi (Information Marketing). Walaupun terdapat beberapa definisi kepada perniagaan tersebut, saya mendefinisikannya sebagai sebuah perniagaan di mana usahawan – digelar sebagai pemasar informasi – seperti anda, mengumpul informasi, mempakejkannya di dalam pelbagai format dan menjual produk dan perkhidmatan ini kepada orang ramai – dari dalam dan luar negara – yang dahagakannya. Produk seperti ini adalah mudah dicipta, memerlukan kos produksi yang rendah, namun begitu memiliki marjin keuntungan yang tinggi

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya ingin menasihatkan anda untuk membaca setiap perkataan di dalam halaman ini dengan teliti kerana saya akan mendedahkan bagaimana saya membuat pendapatan tujuh angka daripadanya dan bagaimana anda juga boleh menjana wang yang banyak daripada Pemasaran Informasi dan juga menikmati setiap saat ketika melakukannya.


Pertama sekali, perniagaan ini telah wujud sejak sekian lama, cuma ia tidak dikenali seperti ia dikenali sekarang. Malah mereka yang terlibat di dalamnya juga tidak menganggap diri mereka pemasar informasi. Mereka menganggap diri mereka sebagai penulis, penceramah, jurulatih, konsultan dan sebagainya.


Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, usahawan-usahawan ini mula menganggap diri mereka sebagai pemasar informasi apabila mereka mengeluarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan untuk memasarkan informasi yang sama yang telah mereka lakukan sejak sekian lama.


"Jadi apakah informasi-informasi ini?" anda mungkin bertanya. “Dan mengapakah ia begitu berharga?” Jawapan kepada soalan pertama ialah, apa-apa sahaja! Berikut adalah satu senarai (yang pendek) informasi tersebut:

* Bagaimana menjaga kesihatan
* Bagaimana menurunkan berat badan
* Bagaimana menjadi ibu bapa yang lebih baik
* Bagaimana membimbing anak menjadi lebih bijak
* Bagaimana memikat lelaki/wanita
* Bagaimana untuk berpakaian lebih segak
* Bagaimana membuat lebih banyak wang
* Bagaimana memulakan perniagaan
* Bagaimana mengembangkan perniagaan
* Bagaimana meningkatkan jualan
* Bagaimana mendapatkan lebih ramai pelanggan
* Bagaimana mengasah daya ingatan anda
* Bagaimana memulakan perkhidmatan janji temu Internet
* Bagaimana melabur dalam saham
* Bagaimana melabur dalam hartanah


Seperti yang dapat anda lihat, potensinya adalah begitu luas. Senarai tersebut hanyalah sebahagian kecil daripada informasi yang dipasarkan oleh pemasar informasi. Ia datang dalam pelbagai format: buku, manual, tip, risalah, pelajaran tersusun, video, program latihan, software, seminar, malah produk digital.

Sebab mengapa ia begitu berharga adalah kerana (1) orang ramai telah menyedari nilai informasi; dan (2) mereka sanggup membayar untuk informasi tersebut. Ia adalah logik: jika anda boleh belajar sesuatu daripada orang yang arif mengenainya, mengapa perlu anda terkapai-kapai di dalam kegelapan untuk mendapatkan jawapan itu? Jika anda boleh mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda dalam masa dua hari, mengapa perlu anda menderita untuk bertahun-tahun? Ini bukanlah satu teori tetapi ia benar-benar berlaku di dunia realiti.


Sebagai contoh, baru-baru ini saya menghadiri satu seminar mengenai membuat duit melalui hartanah komersial. Informasi yang dikongsi oleh rakan saya di dalam ceramah selama tiga jam tersebut adalah amat bernilai. Para peserta di sana mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mempelajarinya sendiri, selain melalui kesusahan dan kesakitan di dalam proses tersebut. Lebih penting lagi, ia telah menjimatkan mereka puluhan ribu ringgit yang mereka mungkin akan bazirkan di dalam pelaburan yang salah. Jadi harga untuk menghadiri seminar tersebut adalah amat murah sebenarnya.


Seperti itu juga, semakin ramai orang yang mula menyedari nilai informasi. Dan keadaan tersebut memang masuk akal. Dengan membayar satu nilai yang kecil, anda dapat menyelesaikan masalah anda, menjimatkan banyak wang dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Jadi kenapa tidak melakukannya?


Berbalik kepada aspek perniagaan, kebanyakan daripada kita sudah pun memiliki kebanyakan informasi yang diinginkan oleh para pelanggan. Kebanyakan daripada kita sudah pun mempunyai pengetahuan yang dianggap begitu berharga oleh orang lain. Apa yang kita perlu tahu hanyalah bagaimana untuk mempakejkan informasi tersebut di dalam format yang memenuhi keperluan mereka. Di dalam kes rakan saya tadi, beliau merupakan seorang pelabur berpengalaman (20 tahun) dan merupakan seorang pengamal di dalam bidang hartanah. Malah, bidang hartanah merupakan kerja beliau setiap hari. Jadi apa yang beliau lakukan ialah mempakejkan informasi tersebut di dalam format yang dikehendaki oleh pelanggan beliau. Dan walla, beliau kini mempunyai sumber pendapatan baru menerusi pengetahuan yang memang sudah berada di dalam kepala beliau.


Selain itu, dengan berkongsi informasi tersebut, beliau telah membuat lebih ramai kawan baru. Di dalam kes saya sendiri, saya berbakat di dalam membuat duit dan menguruskan kewangan peribadi. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah mempakejkan informasi tersebut di dalam format yang diinginkan oleh pelanggan saya, dan itulah yang telah saya lakukan. Dan apa yang berlaku seterusnya telah pun menempa sejarah.


Tetapi jika anda bukan seorang pakar di dalam apa-apa bidang, jangan risau. Perniagaan ini begitu hebat kerana orang baru juga boleh berjaya. Apa yang dimahukan oleh pasaran ialah informasi. Jika anda tidak mempunyai informasi tersebut, dapatkan orang atau beberapa orang yang memiliki informasi tersebut, dapatkan informasinya, pakejkannya dengan baik dan walla, anda kini sudah pun menyertai perniagaan ini! Secara jujurnya, masyarakat tidak peduli siapa yang menjual informasi tersebut. Jika informasi tersebut dapat memberi faedah kepada mereka, dan anda yang dapat memberikan informasi tersebut kepada mereka, mereka tidak akan peduli bahawa anda hanya bekerja secara separuh masa, mereka tidak peduli jika anda seorang suri rumah dengan lima orang anak, mereka tidak peduli mengenai warna kulit anda, dan ya, mereka tidak peduli jika anda tidak pernah tamat persekolahan.


Lebih-lebih lagi, tidak banyak yang diperlukan untuk menjadi seorang pakar di dalam sesetengah bidang pada hari ini. Banyak industri masih lagi berada di tahap “bayi” – industri mobil (SMS), pemasaran Internet, latihan – sekadar menyebut tiga bidang. Dengan sedikit kajian, pemasaran dan publisiti, anda boleh menjadi pakar pertama di dalam bidang ini di seluruh Lembah Klang. Itu sudah lebih daripada cukup untuk menjadikan anda kaya-raya di dalam perniagaan ini.

Faedah perniagaan Pemasaran Informasi

Mudah dan cepat untuk dimulakan
Tidak seperti perniagaan lain, anda boleh memulakan perniagaan Pemasaran Informasi dalam masa beberapa minggu, malah dalam masa beberapa hari sahaja. Ia mudah dimulakan kerana anda sudah memiliki apa yang diperlukan untuk beroperasi – pengetahuan. Apa yang anda perlu tahu hanyalah bagaimana mempakejkan informasi tersebut di dalam format yang mesra pengguna. Ia juga boleh dimulakan dengan pantas kerana ia tidak memerlukan permit, lesen atau kebenaran daripada sesiapa, tidak perlu menyewa ruang pejabat atau gudang atau meminta pinjaman daripada bank. Mulakan dalam keadaan sepertimana anda sekarang – ia tidak mungkin lebih mudah daripada itu.

Kos operasi yang rendah
Sekali lagi, tidak seperti perniagaan lain, adalah murah untuk menjalankan perniagaan Pemasaran Informasi. Kebiasaannya, apa yang diperlukan hanyalah telefon dan kad panggilan. Sudah tentu, mempunyai laman web akan lebih membantu. Selain itu, kebanyakan produk boleh dibuat berdasarkan pesanan, contohnya anda boleh mengeluarkan produk hanya apabila anda mendapat pesanan. Ini akan mengurangkan kos inventori dan menggudang dengan banyak. Ringkasnya, kos operasinya adalah jauh lebih rendah berbanding perniagaan konvensional.

Marjin yang tinggi
Walaupun kos produksinya rendah, marjin keuntungannya adalah tinggi. Sebuah Laporan Khas mungkin memerlukan kurang daripada RM1 untuk dihasilkan ataupun mungkin lebih murah jika ia dihantar secara elektronik, tetapi harganya boleh menjadi sehingga RM10 – 10 kali ganda kos produksinya. Dan terdapat juga produk yang boleh anda jual pada 15 atau 20 kali ganda kos produksinya. Pelanggan tidak akan kisah kerana mereka membeli informasinya; bukannya membeli bungkusannya.

Pasaran yang luas dan semakin berkembang
Sudah tentu mempunyai produk dan perkhidmatan yang hebat tidak akan berguna jika ia tidak mempunyai permintaan. Keindahan perniagaan ini ialah pasarannya luas dan lebih penting lagi, semakin berkembang setiap hari. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, semakin ramai orang yang menyedari faedah informasi dan mereka sanggup membayar wang yang banyak untuk informasi tersebut. Ia memang masuk akal: kenapa perlu tunggu (dan menderita) selama 20 tahun jika anda dapat mempelajari rahsia kejayaan dalam masa sehari?

Anda mempunyai kawalan penuh
Perniagaan ini adalah sepenuhnya di dalam kawalan anda. Anda membuat keputusan untuk segalanya – daripada jenis produk dan perkhidmatan, harganya, jumlah kerja yang diperlukan, dan juga pelanggan yang ingin disasarkan. Anda boleh berkembang secepat yang anda mahu dan sebesar yang anda mahu. Alternatifnya, anda boleh menjadikannya sebuah pekerjaan separuh masa yang dijalankan pada hujung minggu. Anda juga boleh menetapkan tahap interaksi bersama pelanggan: anda boleh berjumpa dengan mereka secara peribadi atau tetapkannya di dalam satu format di mana anda tidak perlu berinteraksi secara peribadi bersama mereka langsung. Pilihannya di tangan anda.

Pendapatan pasif
Hampir keseluruhan pendapatan ini adalah berbentuk pasif. Anda menghasilkan produk tersebut sekali tetapi dapat menjualnya berulang-ulang kali. Apa yang lebih baik lagi, anda boleh memperolehi keuntungan daripada informasi yang sama berulang-ulang kali apabila anda mempakejkannya di dalam format yang berbeza. Contohnya, informasi yang sama boleh dipakejkan di dalam bentuk Laporan Khas, eBook, manual, buku kerja, buku, audio dan juga video. Kesemuanya membawa keuntungan kepada poket anda.

Kalis kemelesetan ekonomi
Apabila anda sudah mula beroperasi dan membina pengkalan data, perniagaan tersebut boleh dikatakan sebagai kalis kemelesetan ekonomi. Orang ramai tidak akan berhenti memerlukan informasi yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih produktif, kaya dan bahagia. Malah, anda mungkin berupaya menjana lebih banyak wang di masa-masa yang sukar apabila orang ramai mencari cara untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka dan keluarga mereka.

Boleh dijalankan secara separuh masa dan dari rumah
Inilah satu faedah yang amat menarik mengenai perniagaan ini. Jika anda mahu, anda boleh menjalankannya secara separuh masa dan ya, malah dari rumah anda sendiri. Memandangkan anda dapat menjual produk secara terus kepada pelanggan menerusi Internet, ini bermaksud ia boleh beroperasi dari mana sahaja.

Kebanyakan kerjanya boleh diautomasikan dan diupah kepada orang lain
Satu lagi faedah yang hebat. Kebanyakan kerjanya boleh diupah kepada orang lain atau diautomasikan dengan menggunakan auto-responder. Ini akan memberikan anda kebebasan untuk melakukan kerja-kerja lain, termasuk mencipta lebih banyak produk yang boleh meningkatkan jualan anda. Ini juga bermaksud anda tidak perlu menggajikan ramai kakitangan. Anda boleh beroperasi bersendirian atau dengan seorang pembantu sahaja. Oh ya, tugas paling mencabar di dalam Pemasaran Informasi (dan juga mana-mana perniagaan lain) ialah mendapatkan pekerja yang baik yang setia bersama anda.

Ia adalah perniagaan yang menyeronokkan
Tidak seperti perniagaan dan karier lain, menjalankan perniagaan Pemasaran Informasi adalah amat menyeronokkan. Pertama sekali, anda menjana wang, yang merupakan satu perkara yang amat baik. Selain itu, anda menggunakan bakat, kemahiran dan pengetahuan anda sendiri, yang menjadikan ianya satu pengalaman yang menyeronokkan. Sebagai contoh, saya gemar menulis mengenai wang, kewangan peribadi dan membina perniagaan. Dan itulah yang saya lakukan di dalam perniagaan Pemasaran Informasi saya. Ia bukan satu pekerjaan untuk saya – ianya menyeronokkan. Jadi saya boleh melakukannya 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Akhir sekali, ia merupakan suatu perkara yang amat membahagiakan apabila anda melihat kehidupan pelanggan anda menjadi lebih baik disebabkan oleh sumbangan anda. Anda tahu bahawa anda telah membuat kebaikan di dalam proses tersebut.

Kisah saya
Saya perlu akui bahawa saya terjumpa perniagaan ini secara tidak sengaja. Seperti kebanyakan daripada anda ketahui, saya telah menulis sebuah buku mengenai kewangan peribadi bertajuk Jutawan Dari Planet Jupiter. Buku ini merupakan raja segala buku berkenaan kewangan peribadi di Malaysia dan telah memulakan sebuah industri baru – buku dan seminar berkaitan kewangan. Secara peribadinya, saya amat gembira dengan sambutan yang diberikan kerana ia bermakna bakat penulisan saya dan pengetahuan saya dalam kewangan peribadi adalah dihargai oleh pasaran. Jadi saya menulis lebih banyak buku berkaitan kewangan termasuk Lahirnya Seorang Jutawan, Bagaimana Hendak Menjadi Seorang Jutawan Hartanah dan Pesara Jutawan. Kesemua buku tersebut begitu laris dijual dan telah menjana sejumlah wang ke dalam akaun bank saya.


Selepas buku pertama saya diterbitkan, saya menerima banyak jemputan untuk mengadakan ceramah. Sesetengah pembaca ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kewangan peribadi jadi mereka meminta saya memberikan ceramah mengenai kewangan peribadi. Jadi saya pun melakukannya. Beberapa bulan kemudian baru saya menyedari bahawa saya telah menemui sesuatu yang hebat – saya telah menemui satu pasaran yang begitu dahagakan pengetahuan kewangan kerana terdapat ratusan ribu orang yang ingin mendengar saya berucap kerana saya dapat membantu mereka untuk mengawal kewangan mereka dan ya, menjana lebih banyak wang.


Begitulah bagaimana saya terjebak di dalam bidang penceramahan.
Selain memenuhi permintaan untuk mengadakan ceramah berkaitan kewangan untuk pelbagai syarikat, institusi dan organisasi, saya telah mengadakan ceramah satu hari berkaitan pelaburan hartanah. Ia telah berlangsung selama tujuh tahun. Memandangkan saya sudah berjaya mengumpulkan orang ramai di dalam satu bilik, saya menjual seminar susulan 3-hari – Millionaires School. Beberapa tahun lalu, atas permintaan ramai, saya telah mengadakan woksyop How To Write A Bestseller in 88 Days. Saya boleh mendedahkan bahawa jumlah kutipan daripada tiga seminar awam ini sahaja adalah lebih daripada RM2 juta. Dan ini hanyalah daripada seminar sahaja, belum lagi mengambil kira jualan buku.


Selain wangnya yang hebat, saya perlu menekankan bahawa saya telah melalui masa yang menyeronokkan ketika mengadakan ceramah dan seminar tersebut. Lebih penting lagi, para peserta telah mendapat banyak manfaat kerana mendapat pengetahuan yang tidak ternilai untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan ya, membuat lebih banyak wang.


Hanya baru-baru ini sahaja saya menyedari bahawa saya bukanlah seorang penulis atau penceramah: Saya sebenarnya seorang Pemasar Informasi kerana saya mencipta produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan klien-klien saya. Apa yang lebih menarik ialah pada dasarnya saya menjual informasi yang sama – cuma di dalam format yang berbeza. Sesetengah orang membeli buku saya, dan kemudian mereka datang ke seminar saya untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam. Sudah tentu, segelintir daripadanya turut mendaftar untuk program Inner Circle saya kerana mereka mahukan tunjuk ajaran dan perhatian peribadi daripada saya.


Sejak menyedari perkara ini, saya telah menganalisa perniagaan saya semula serta perniagaan beberapa rakan usaha sama saya. Sungguh mengejutkan apabila saya melihat bahawa selama ini saya tidak menggunakan potensi sepenuhnya perniagaan saya! Hakikatnya, saya boleh melakukan lebih lagi. Sejak itu saya telah mencipta produk dan perkhidmatan baru dengan hasil yang memberangsangkan. Apa yang saya maksudkan dengan memberangsangkan? Baru-baru ini saya telah menjual satu produk bernilai RM120,000 dalam masa kurang daripada 30 hari. Bayangkanlah – satu produk baru dan saya menjualnya pada harga RM120,000 dalam masa 30 hari! Lebih menarik lagi, ini baru permulaannya. Saya pasti akan mencipta lebih banyak produk dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan klien saya di dalam masa terdekat ini.


Dalam masa yang sama, saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda. Saya ingin mendedahkan rahsia kejayaan di dalam perniagaan Pemasaran Informasi supaya anda juga boleh menyertainya, membuat lebih banyak wang dan menjalani kehidupan yang lebih bahagia. Ingat, ini merupakan peluang yang hebat untuk anda memulakan sebuah perniagaan yang menakjubkan, dan lebih menarik lagi, kemungkinannya adalah tidak terhad. Sudah tentu saya tahu: walaupun saya telah menjana jutaan ringgit daripadanya, saya masih lagi belum mengeksploitasi potensi yang sepenuhnya. Jadi bolehkah anda bayangkan jumlah wang yang akan masuk apabila saya telah menggunakan keseluruhan potensi perniagaan saya? Bolehkah anda bayangkan jumlah wang yang akan ANDA jana jika anda di dalam perniagaan ini?


Jadi jika anda sudah lama mencari peluang membuat lebih banyak wang, inilah perniagaan untuk anda. Jika anda ingin mencari jalan mendapatkan wang sampingan untuk menyara keluarga anda, inilah peluang anda. Jika anda telah mencari di merata tempat, menghadapi kesusahan dan kehilangan wang di dalam proses tersebut, inilah peluang perniagaan yang anda cari-cari selama ini. Fikirkanlah: kos permulaan yang rendah, marjin keuntungan yang tinggi, pasaran yang luas dan tanpa had. Apakah yang lebih baik daripada ini?


Seperti yang dapat anda lihat, perniagaan Pemasaran Informasi ini adalah sebuah lombong emas yang praktikal. Faedahnya begitu banyak, ia adalah satu tragedi jika anda tidak turut serta di dalam perniagaan ini. Saya sendiri secara peribadi, bersyukur setiap hari kerana berada di dalam perniagaan ini. Kekesalan saya hanyalah satu, iaitu saya tidak bermula lebih awal! Jadi satu-satunya soalan yang patut ditanya bukanlah sama ada anda patut menyertai perniagaan ini, tetapi bila anda boleh bermula?


Dalam masa yang sama, saya juga tahu mengenai soalan-soalan yang terbuku di fikiran anda:
Bagaimana saya boleh bermula?
Bagaimana untuk mendapatkan pelanggan?
Bagaimana untuk mengetahui produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan saya?
Bagaimana untuk saya mencipta produk tersebut?
Bagaimana untuk memasarkan produk dan perkhidmatan saya?
Bagaimana untuk menerima pembayaran?
Berapa banyak modalkah yang diperlukan?
Apakah kepakaran yang saya perlukan?
Bagaimana untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang berkos tinggi kerana saya tidak mampu untuk kehilangan wang lagi?


“Untuk setiap daripada kita yang berjaya, ia adalah kerana terdapat seseorang di luar sana yang menunjukkan jalannya.”Oprah WinfreyPengacara TV ternama.

9 comments:

Anonymous said...

Tuan Azhar yang dihormati,

a. Sekadar untuk makluman tuan (ya... jika tuan ingin mengetahuinya...), saya berlabel INSAN YANG SEDAR DIRI UPAYA WANG YANG ADA DALAM DIRI ini mendapat didikan dalam bidang Pengajian Media selama 4 tahun di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Saya amat bersetuju dengan kutipan entri tuan ini bahawa 'informasi' itu penting dalam konteks perniagaan (seperti isi dalam entri ini).

b. Disebut 'informasi', maka kaitan penting merupakan 'media', ya... tidak kira media konvensional dan media terkini yang ada. Seseorang atau sesebuah organisasi yang berjaya menarik perhatian ramai kerana 'menguasai media'; 'menguasai media' bermakna 'berkuasa'.

c. Tuan Azhar, hanya sebagai contoh peranan media (baca: media arus perdana), apabila sesuatu isu atau agenda tertentu itu hendak dihebahkan atau diketengahkan, maka media amat penting... ya... apabila "Si Jangan Main-Main Dengan Saya" bersuara... dipandang semacam dah hampir kiamat oleh media melaporkannya, tetapi "Si Jangan Main-Main Dengan Saya" berkata atas dasar undang-undang yang sedia ada, maka media meracau sehingga ke tahap menghasut rasa-rasanyan dan entah apa-apa lagi! Bagi saya biarkan "Si Jangan Main-Main Dengan Saya" bersuara melalak soal undang-undang kerana itu kepakarannya... pro dan kontra biarkan pakar undang-undang sahaja yang arif balas balik bicaranya itu, kenapa sibuk-sibuk sehingga 80 - 90 laporan polis... cukuplah 1 - 2 laporan sahaja! Bayangkan, jika tiba-tiba "Si Jangan Main-Main Dengan Saya" beralih arah dengan berhijrah ke organisasi yang ditentangnya... makanya media (baca: media arus perdana) akan mengangkat beliau sebagai hero dan amat mesra memberi ruang buatnya untuk 'mengutuk dan menghentam' organisasi lamanya!

d. Bagi saya juga... biarkan Tuan Azhar berbicara dan berkata tentang hal bahasa dan kewangan kerana ini kepakaran Tuan Azhar (oppss..! lupa satu lagi kepakaran Tuan Azhar yang saya kagumi - hal dan ilmu rock kapak @ otai... hehehe...), apa-apapun saya tetap bangga dan meminati tulisan dan pandangan Tuan Azhar. Saya berprinsip bahawa setiap insan @ masyarakat bebas dalam "RUANG DAN HAK BERSUARA, BUKAN ANCAMAN AWAM" selagi insan itu tidak menghasut atau mengajak atau bertindak secara fizikal untuk melakukan sesuatu yang jelas dan ketara melanggar undang-undang manusia dan hukum Allah SWT.

Sekian, terima kasih Tuan Azhar.

Daripada:
INSAN YANG SEDAR DIRI UPAYA WANG YANG ADA DALAM DIRI

Azhar Salleh said...

Salam INSAN YANG SEDAR DIRI UPAYA WANG YANG ADA DALAM DIRI,

Apa-apapun, terima kasih kerana tetap setia mengunjungi WITRA! TERUS LAYAN! Dan saya percaya entri ini mampu merangsang kembali ingatan dan memunculkan kembali pengetahuan saudara tentang bidang informasi kerana saudara berpendidikan dalam bidang ini. Saya amat bersetuju dengan kutipan entri ini yang menyatakan bahawa melalui pengetahuan yang sedia ada (tentunya kepakaran) dapat mencetak wang untuk kita. Seperkara lagi, saya melihat saudara agak (amat?) skeptikal tentang isu nasional yang hangat diperkatakan. Saya tidak mahu mengulas hal ini melalui WITRA kerana sudah banyak ulasan yang dapat kita peroleh daripada sumber alternatif; kerana peranan media arus perdana, seperti yang saudara perkatakan, amat saya setujui. Saya percaya bahawa kita sudah muak dengan drama pimpinan juak-juak ini, yang sedang mengira masa untuk menaiki takhta (ataupun disingkirkan hina?) lantaran mereka memegang kuasa media. Kita tidak ada pilihan yang lain kecuali menerima atau menolak mereka. Saya percaya kita sukar untuk menerima unsur kejahatan lagi kesesatan! Namun, apa daya kita? Seperti isu PPSMI, walaupun telahan saya tersasar tentang tindakan saman (dahulu saya menyangkanya sebagai retorik), namun percayalah, tiada yang dapat merobah keadaan, kerana sangat sukar untuk memberikan nasi kepada mereka yang sudah kenyang! Saudara dan kita perlu menyedari bahawa untuk merobah keadaan, yang perlu dirobah ialah penaungnya, bukan dasarnya! Inilah hakikat yang perlu kita telan. Setelah penaungnya disungkurkan, mengubah dasar tidak menjadi kesulitan yang besar kerana seharusnya semua orang belajar daripada peristiwa yang menjadi sejarah. Mereka tidak pernah belajar daripada sejarah, dan untuk memastikan mereka belajar daripada sejarah, kita (bangsa yang merdeka jiwa dan bahasanya) perlu mencipta sejarah! Namun, bersediakah bangsa kita? Ya, saudara bersedia, tetapi di luar sana, banyak anjing yang sedang meratah tulang bangsanya, ataupun menunggu peluang untuk menjamah sisa hampas yang keluar dari usus mereka! Ironi sekali...tragik dan meloyakan!

rebecca williams said...

Kami adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
bantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
masalah, jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
bil, memulakan perniagaan yang baik atau anda mendapati sukar
mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

 "Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur? ...

Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e - mail:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

Patricia James said...

Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman pinjaman tulen? anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. pinjaman kami kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan penerima dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
sila hubungi kami melalui e-mel melalui patriciajames205@gmail.com. Jadi, jika anda ingin mendapatkan pinjaman daripada syarikat saya, anda boleh hubungi kami hari ini.
Terima kasih

Puan Patricia James

Osman raheem said...

Hello semua,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya mula jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menghubungi Encik Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jenis Kelamin: .........
3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Telefon: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Yang tapak adakah anda di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
Derek Email osmanloanserves@gmail.com

Anonymous said...

hello nama saya Andrea Florence Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari perusahaan pinjaman Alden Moore saya sedang mencari pinjaman kredit untuk dapat mendirikan sebuah perusahaan tekstil, saya memiliki mesin beberapa alat dan pengetahuan tetapi saya memerlukan mesin lain dan tempat kerana saya tidak mempunyai ruang fizikal untuk menjalankan syarikat yang saya perlukan kira-kira $ 1000000. jadi saya nampak kesaksian Lady tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari syarikat pinjaman Alden Moore di internet. jadi saya hantar mereka melalui E-mel yang diberikannya di aldenmooresloan333@gmail.com. pinjaman saya telah diluluskan dan dipindahkan ke akaun bank saya dalam tempoh dua hari dari permohonan saya. saya dengan senang hati memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya kini pemilik perniagaan sepenuh masa dan saya gembira kerana saya mendapat pinjaman saya dari sebuah syarikat pinjaman yang boleh dipercayai dan amanah dan saya mahu sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi Alden Moore Loan syarikat di alamat e-mel mereka di: aldenmooresloan333@gmail.com

alden moore said...

hello nama saya Andrea Florence Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari perusahaan pinjaman Alden Moore saya sedang mencari pinjaman kredit untuk dapat mendirikan sebuah perusahaan tekstil, saya memiliki mesin beberapa alat dan pengetahuan tetapi saya memerlukan mesin lain dan tempat kerana saya tidak mempunyai ruang fizikal untuk menjalankan syarikat yang saya perlukan kira-kira $ 1000000. jadi saya nampak kesaksian Lady tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari syarikat pinjaman Alden Moore di internet. jadi saya hantar mereka melalui E-mel yang diberikannya di aldenmooresloan333@gmail.com. pinjaman saya telah diluluskan dan dipindahkan ke akaun bank saya dalam tempoh dua hari dari permohonan saya. saya dengan senang hati memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya kini pemilik perniagaan sepenuh masa dan saya gembira kerana saya mendapat pinjaman saya dari sebuah syarikat pinjaman yang boleh dipercayai dan amanah dan saya mahu sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi Alden Moore Loan syarikat di alamat e-mel mereka di: aldenmooresloan333@gmail.com

Williams Smith said...

AKHIR TEMPATAN TAHUN TAHUN
Kami memberi pinjaman kepada individu atau syarikat yang ingin menubuhkan perniagaan yang menguntungkan, yang merupakan masa yang panjang dan ingin membayar hutang mereka. Kami menyediakan semua jenis pinjaman yang anda boleh fikirkan, swasta, syarikat dan pinjaman kerajaan dengan kadar faedah sebanyak 2%.
Hubungi kami dengan alamat e-mel Hot kami: (williamssmithfirm@gmail.com). Anda gembira adalah kebimbangan kami

Gloria S said...

Adakah anda sedang mencari pinjaman? Kami menawarkan pinjaman yang dirancang untuk memenuhi keperluan kewangan dan peribadi anda Pinjaman perniagaan dengan skim kelulusan pinjaman cepat. Kami meminjam wang dari mereka yang memerlukan bantuan kewangan, kami memberi kredit kepada orang yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan ini. Anda tidak perlu bimbang, kerana anda berada di tempat yang betul, saya menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, jadi jika anda memerlukan pinjaman, saya ingin anda menghubungi saya hanya di alamat e-mel ini: gloriasloancompany @ gmail .com / Number Whatspp: + 1 (267) 527-9742
PERMOHONAN MAKLUMAT KREDIT YANG DIPERLUKAN:
1) Nama penuh: ............
2) Jantina: .................
3) Umur: ........................
4) Negara: .................
5) Nombor Telefon: ........
6) Kerja: ..............
7) Pendapatan: ......
8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
9) Tempoh pinjaman: ...............
10) Alasan pinjaman: ...........
11) Adakah anda memohon dan telah ditolak? Kalau begitu........