Kepada pengunjung WITRA, siapakah "lanun-lanun" itu? Emm...saya percaya saudara tidak tergagap-gagap untuk menjawabnya!
MATA SEPET
Angkaramu hati iblis syaitan perutmu
kepalamu seperti kepala hantu
keranamu hakku jadi hartamu
usahaku semua kausapu
sebab itulah matamu satu
Kau lanun hidup di daratan
sedarlah kau tak diperlukan
hadirmu sungguh membencikan
Aku ingin bebas seperti angin
hidup bagaikan di syurga
walau di dunia yang penuh pancaroba
Mata sepet
satu celik satu buta
perampas durjana
Mata sepet
satu celik satu buta
perompak durjana
Insaflah kau insan berhati mulia
hak kami kembalikan semula
semoga kau tak lagi dicerca
semoga kau tak lagi dicerca!
6 comments:
Cikgu,
1. Dalam beberapa entri cikgu terakhir ini, RAR tak sempat nak hantar komen (bukan maknanya RAR tak memantau dan membaca setiap entri cikgu... dalam sehari 4-5 kali memantau / membaca) kerana dah semakin ramai yang memantau dan memberi komen, tahniah cikgu!
2. Memetik kata cikgu: siapakah "lanun-lanun" itu? Emm...saya percaya saudara tidak tergagap-gagap untuk menjawabnya! SAYA BACA TAJUK SAHAJA DAH DAPAT JAWAPANNYA... hehehe...
3. Seperti entri terdahulu tentang lirik lagu otai ini (lirik 'Hati Syaitan'), seperti yang saya komen dalam entri itu... lirik lagu otai ini penuh maksud tersurat dan tersirat serta sesuai dalam semua zaman... apatah lagi dalam isu panas yang terkini ini... (lirik 'Mata Sepet' ini memang berkait).
3. Izinkan saya mengambil sebahagian bait lirik ini nak buat slogan atau cogan kata atau paparan kata semangat, hehehe...
"Mata sepet
satu celik satu buta
perampas durjana"
"Mata sepet
satu celik satu buta
perompak durjana"
Sekian.
rar/
Salam RAR,
Terima kasih kerana masih menjadi pemantau setia WITRA. Saya tak dapat bayangkan jika RAR tidak ada di persada WITRA, pasti tidak meriah! Ya, saudara RAR, saya memang sudah dapat mengagak apa yang terbenam dalam fikiran RAR, kerana saya pun berfikiran demikian. (mungkin dalam beberapa hal, kita berbeza pandangan, dan perbezaan itu wajar mematangkan fikiran kita). Tetapi, dalam konteks "Mata Sepet" dan "Hati Syaitan", kita mungkin memiliki persepsi yang sama. Mereka ini sudah menjadi perampas dan perompak. Sudahlah begitu, mereka memang durjana kerana mereka lanun yang hidup di daratan!
Salam, cikgu!
Lama tak bersua, mungkin saya gagap nak berbicara! Hahaha.
Terima kasih ingatan, tak lupa. Hanya hilang bahasa untuk bersuara.
Maklum sahaja, bahasa kita pun semakin hilang bisa nampaknya!
Salam HASRINA,
Ya, memang lama tidak bersua dan bercerita. "Bahasa kita" makin menumpul dan kini berada dalam proses untuk terkubur! Ya, Hasrina, sekelompok bangsa Melayu yang di atas sana sedang bergembira menyusun bait-bait talkin ketika mayat bahasa sedang dikafankan dan jenazahnya akan dikebumikan, bila-bila masa. Apa-apapun Hasrina, teruslah layan WITRA. Berkongsi pandangan dan muntahan perasaan.
Cikgu,
1. Sekadar tambahan maklumat untuk sekadar ketenangan hati dan minda... Di bawah ini disertakan sebahagian kenyataan Dato Husam Musa tentang lanun... ya berkait dengan entri 'Mata Sepet' ini (semacam tahu sahaja Husam tentang entri WITRA ini... hehehe...)
Tindakan Umno rampas Perak umpama lanun - Husam
Mohd Nor Yahya
Mon | Feb 09, 09 | 5:48:31 pm MYT
KOTA BHARU, 9 Feb (Hrkh) - Tindakan Umno merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak seumpama kumpulan lanun dengan mengulangi peristiwa yang pernah berlaku pada 1961 di Terengganu dan 1968 di Kelantan. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tindakan Umno 'merompak' hak mutlak seseorang dengan cara paksaan sudah menjadi tradisi yang diulangi lagi bagi menafikan kerajaan yang dipilih rakyat.
Sekian.
rar/
Cikgu,
RAR ni, banyak idea. Saya fikir, ada baiknya RAR membina blog sendiri, supaya lebih banyak idea boleh dikupas dengan lebih terperinci. Dan kita juga boleh sama-sama 'terjah' blog RAR.
Post a Comment