Sunday, February 01, 2009

PUISI: MELECURLAH BAHASA

MELECURLAH BAHASA
Lembayung di langit makin kelabu
dan hitam mengarak di lembar juang
terdengar desis semilir petang yang ranum
bicara bahasa bonda menyongsong gelisah
bicara pendeta di daun yang terkoyak
menjadi lunyai digerit petir lidah bangsa
menunggu gugur sembari hujan melintas.

Lidah bahasa makin lecur terendam
tanah bangsa makin percaya bahawa
bahasa bonda akan kara melara
di tempayan peradaban
sulit untuk mentafsirkan
realiti yang tersembunyi
agenda yang berteka-teki
kita pancangkan setia bahasa
kita pincangkan martabatnya
bahasa makin lelah dan parah
makin sesak nafas dan bernanah
kita masih ingin berteka-teki
tentang kehormatan dan jati diri
hingga tertitislah air mata sumpah
mempertahankan maruah.

9 comments:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Sebuah puisi yang jelas lagi bersuluh maksudnya.

2. SELAMAT KEMBALI BERTUGAS SETELAH SATU MUNGGU BERCUTI.

Sekian.

rar/

Anonymous said...

Cikgu,

1. Sebuah puisi yang jelas lagi bersuluh maksudnya.

2. SELAMAT KEMBALI BERTUGAS SETELAH SATU MUNGGU BERCUTI.

Sekian.

rar/

*********************************

Cikgu..., maaf tersilap taip 'MUNGGU' dalam ntri di atas tadi, yang sebenarnya 'MINGGU'..., maaf ya kerana taip tanpa sinaran lampu rumah sebenarnya... cuma sinaran cahaya skrin komputer dan TV sambil menunggu perlawanan Chelsea lawan Liverpool! (2 anak lelaki dah tidur... tadi janji dengan ayahnya ingin menonton perlawanan penting ini... hehehe...)

Sekian.

rar/

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Terima kasih. Sebenarnya puisi ini dikarang dua minggu yang lalu. Sesuai dengan senario dan cecupak semasa, saya muatnaikkan ke WITRA agar pengunjung seperti RAR dapat membacanya. Yang paling penting, saya sendiri tidak sanggup kehilangan sentuhan menulis! Maklumlah, sudah lama tidak berkarya...
p/s: Sedang mengumpulkan kekuatan untuk kembali menulis dan mewarnai persada sastera...

Azura said...

Cikgu, izinkan saya menyiarkannya dalam Jendela Selatan bagi keluaran April 2009.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Puisi ini baru sahaja saya hantar ke Berita Minggu. Beginilah, Azura. Saya akan karang sebuah lagi puisi tentang bahasa khusus untuk JS. Sehari dua lagi saya e-emelkan kepada Azura, ok. Apa-apapun, terima kasih atas kesediaan menyiarkan puisi saya.

zura halid said...

Huhuhuuu!!! Cikgu selalu macam ni!

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Huhuhuuu!!!Saya sedang menangis nih!
Usahlah gusar dan terhiba kerana puisi yang power-power sahaja (lagi power daripada ini) akan dihantar ke JS! Tungguuuu....

zura halid said...

Jangan janji tinggal janji...sudah leerr...

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Saya telah berjanji untuk menepati janji, dan sekiranya saya memungkiri janji, saya akan berjanji untuk menepati janji lagi! (???)- Falsafah Kaum Prasejarah yang tinggal di Papua New Guinea...