Wednesday, February 04, 2009

CERAMAH DI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR, GELANG PATAH


Pada hari ini, saya telah diundang oleh pihak guru ke SK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah untuk menyampaikan ceramah kepada warga guru di sekolah itu tentang penulisan surat rasmi. Saya begitu gembira dapat bertemu dengan warga guru di sekolah itu yang begitu bersungguh-sungguh dan khusyuk semasa ceramah.

Terima kasih kepada Guru Besar, Puan Hajah Faridah binti Sukiran yang sangat mengambil berat soal penggunaan bahasa yang betul dan berkesan hingga beliau sanggup bersama-sama dalam kursus hingga selesai. Saya melihat beliau begitu mementingkan aspek bahasa dalam pengurusan dan pentadbirannya. Jika semua Guru Besar memiliki mentaliti dan rohani seperti beliau, saya percaya kualiti bahasa Melayu di sekolah-sekolah akan menjadi lebih baik.

Tidak lupa juga kepada Cikgu Siti Norain yang menguruskan kursus ini. Semoga Cikgu Siti akan terus berjuang untuk memartabatkan bahasa, selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu! Kepada guru-guru, saya doakan agar warga guru SKKSAB akan terus berjaya dalam semua perkara dan bidang.

Kepada Cikgu Saifun (nama hang susah eja laa...) kita bertemu juga di persada otai! Kalau turun JB, telefon aku! Nanti aku nak pi ghumah hang...hang tunggu noooo...

Sampai bertemu lagi!

No comments: