Thursday, February 26, 2009

CERAMAH: KURSUS TATABAHASA DAN MDK DI KLUANG

1. Hari ini saya telah diundang ke Kluang untuk bersama-sama dengan guru Bahasa Melayu daerah Kluang. Program anjuran DBPWS dan JKD BM daerah Kluang ini diadakan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kandungan kursus pada hari ini ialah Tatabahasa dan Majalah Dalam Kelas (MDK).
2. Sebelum saya meneruskan bicara, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Hajar (DBPWS) yang memberikan kepercayaan kepada saya dan staf DBPWS (Shahrul, Ezwan, dan Sheila) yang membantu saya sepanjang kursus.

3. Kepada Tuan Haji Musa, Tuan Haji Azmi, dan AJK program, terima kasih kerana memberikan sokongan dan menunjukkan komitmen yang sungguh tinggi untuk menjayakan program.

4. Kepada rakan-rakan lama, Cikgu Ululazmi dan Cikgu Nizar, terima kasih kerana menjadi peserta saya.

5. Kepada Encik Bahri (pengedar majalah DBP), terima kasih kerana membekalkan nota MDK kepada peserta. Kepada peserta, saya percaya dan yakin bahawa kalian merupakan peserta yang cukup bersemangat dan berdisiplin tinggi! Tahniah!

6. Sepanjang kursus, saya mengemukakan dan membincangkan pelbagai perkara tentang tatabahasa yang mutakhir.

7. Antara yang dibincangkan termasuklah:

a. ejaan yang betul

b. imbuhan yang tepat

c. ayat yang lengkap

d. kesalahan ayat dan pembetulannya

e. penggunaan majalah Dewan Pelajar di dalam kelas

9. Daripada kursus pada hari ini, saya berharap agar peserta dapat menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh untuk membantu anak-anak murid di sekolah.

10. Saya berharap agar guru-guru BM yang masih tidak ada buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat supaya segera mendapatkannya kerana tanpa rujukan daripada kedua-dua sumber itu, kita akan gagal menjadi guru BM yang baik.

11. Saya menegaskan bahawa guru-guru yang tidak berhasrat untuk membeli dan menelaah naskhah tersebut bersegeralah untuk menukar opsyen kerana itulah kitab atau pegangan kita sewaktu mengajarkan BM. Tanpanya, kita bagaikan sebuah perahu yang kehilangan arah.

12. Mungkin agak keras pandangan tersebut, tetapi itulah realitinya. Tanpa TD dan KD, tidak mungkin kita akan menjadi guru BM yang cemerlang! Ya, tidak mungkin! Berdasarkan pengalaman saya, saya tidak pernah bertemu dengan guru yang cemerlang dalam BM yang tidak menggunakan sumber rujukan tersebut.

13. Saya percaya bahawa guru-guru memahami maksud saya. Dengan nama Allah, saya tidak berhasrat untuk memperkecil sumbangan dan pengetahuan guru-guru, namun saya perlu menyatakan hal yang sebenarnya bahawa sebagai guru, kita perlu menguasai bidang kita dengan baik dan sentiasa belajar. Sebab itulah, saya yakin bahawa guru yang baik perlu lebih banyak belajar daripada mengajar!

14. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf jikalau saya melakukan kesilapan sepanjang kursus.

15. Namun begitu, saya pasti guru-guru telah memperoleh banyak dan pelbagai maklumat baharu!

16. Saya percaya bahawa guru-guru membawa pulang pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna dan mampu mendorong guru-guru untuk terus belajar dan berusaha untuk menguasai BM dengan sebaik-baiknya.

17. Sekiranya ada kemusyiklan atau keraguan tentang BM, khususnya tentang tatabahasa, hubungilah saya, Insya-Allah, saya sedia membantu guru-guru kerana ilmu yang saya sampaikan itu merupakan sedekah kepada anak-anak murid kita. Itulah amal jariah yang akan menolong kita suatu ketika nanti.

18. Akhir sekali, saya berasa sangat berbangga dan gembira dapat bertemu dengan guru-guru BM seluruh daerah Kluang pada hari ini.

19. Sampai kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang. Saya berdoa dan berharap agar kita dapat bersemuka lagi dalam siri ceramah yang lain. Tuan-tuan merupakan guru BM yang sungguh hebat dan mantap!

20. Terima kasih kerana menjadi peserta saya pada hari ini. Tuan-tuan sumber inspirasi saya. Marilah kita bersama-sama untuk mengangkat martabat BM. Marilah kita berusaha untuk mempertahankan BM. Kepada siapakah yang dapat kita harapkan lagi?
nota: Jika guru-guru/pihak sekolah ingin melanggan majalah terbitan DBP, hubungi Encik Bahri (Pengurus Pentas Ilmu Sdn. Bhd.)
Telefon - 012-7119030

4 comments:

Tulip Biru said...

Salam cikgu Azhar..
Terima kasih kerana memberi ilmu yang sangat berharga semasa kursus di Kluang.Walaupun saya bukan guru opsyen Bahasa Melayu tetapi telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Bahasa Melayu.Semoga apa yang diperoleh dapat meningkatkan lagi P&P saya.

Azhar Salleh said...

Salam TULIP BIRU,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Saya juga berterima kasih kepada cikgu dan rakan-rakan di Kluang kerana begitu komited dan bersungguh-sungguh semasa kursus tersebut. Ya, saya berharap agar ilmu yang diperoleh disebarluaskan agar kita sama-sama mendapat manfaatnya. Walaupun cikgu bukan guru opsyen, namun saya percaya bahasa ini merupakan suatu cabaran yang perlu dipikul demi anak bangsa kita. Teruslah berusaha untuk menjadi guru yang terbaik!

Lumut Pagi said...

Salam cikgu..

Mohon mencelah.

Saya punya tugasan baru. Tentang budaya Melayu. Karya agung yang saya pilih ialah Misa Melayu. Mohon saya bertanyakan pendapat cikgu tentangnya.

Pada hemat cikgu, di manakah pusat (centre) budaya Melayu kita?

**Girang rasanya andai cikgu sudi 'menghadiahkan' saya sebaris dua buah fikiran cikgu tentangnya.

Anonymous said...

Hey, This is a message to the website owner. Please check out my friends website, he is offering a very good service that you may be intrested in. Does your website gain hardly any visitors or not rank for keywords you want it to rank for with Google? Well he can help! He can provide you with tens of thousands of backlinks to your site! Take a quick look as im sure you will be intrested. http://hellomotow.net/backlinks/