Tuesday, February 03, 2009

OTAI: HATI SYAITAN (SYJ)

Rakan-rakan blog,
Jikalau saudara kaki rock era Battle of The Bands dahulu, tentu saudara masih ingat dengan kumpulan yang mencetuskan fenomena pada masa itu. Kumpulan SYJ, yang diasaskan di Ipoh, Perak ini memang menjadi bualan kerana lagu dan imej mereka. Dibarisi oleh Amir (vokal), Zam (gitaris), Man Rani (gitar bass), dan pemain drumnya, Nahar. Lagu mereka "Orang Timur" dan "Hati Syaitan" memang otai sampai hari ini. Saya sendiri tak jemu-jemu mendengar lagu-lagu mereka. Sesuai dengan situasi semasa di luar negara (Gaza) dan di negara ini (isunya, cuba saudara fikirkan...pastilah ditujukan kepada golongan yang munafik!), saya muatkan lirik lagu "Hati Syaitan" untuk tatapan kita. Yalah, legakan ketenangan setelah banyak berbicara tentang PPSMI dan politik Melayu!


Durjana kau
yang punya angkara
mengalih setiap pandangan manusia
yang benar kaupalsukan
tugasmu seumpama syaitan.

Kau membenci sesama sendiri
kelakuan menurut nafsu hati
celaka, laknatlah kau
pergi kau sial dari hidup ini.

Laknat
penyelewengan umat
laknat, laknatlah kau, kau, kau.

Sedarlah kau
akan kepanasan
api yang membara
neraka durjana
kasihani tubuhmu
tak sanggup melihat
ia menjadi debu.

6 comments:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Ya... dalam kegawatan isu PPSMI dan politik Melayu terkini, kita redakan sikit dengan kenangan rock Otai... bukan sekadar kenangan tetapi melodi dan liriknya yang memang segar... lirik-lirik lagu rock Otai amat malar segar dan bermakna sepanjang zaman dan pelbagai situasi (sama ada libatkan kezaliman, kemunafikan, kesengsaraan, keindahan dan kemusnahan alam... dan pelbagai lagi aspek kehidupan diri sendiri dan masyarakat).

2. Dalam konteks lagu SYJ ini iaitu 'HATI SYAITAN', hayati lirik (khasnya) berkait dengan beberapa isu yang sedang (2-3 hari ini) dan berterusan berlaku (sejak 1-2 tahun lepas), dan dengar irama lagunya.

3. Ya... rock Otai, bermula tahun1985 hingga awal 1990-an, zaman sekolah menengah rendah dan atas, banyak kenangan yang mendewasakan hidup masa kini. Saya ada juga beberapa koleksi lagu-lagu dalam bentuk kompilasi, cuma kini dalam bentuk CD... dulu-dulu zaman kaset ada juga membeli tetapi entah ke mana hilangnya...

Sekian.

rar/

Melihat Kesunyataan said...

Salam Azhar,
Dalam mengoyok kebendaan ini memang manusia sering lupa hingga 'yang benar dipalsukan'.

Citra Wangsa said...

Alamak...wa rak rocklah beb! Kalau 'tuuuaaiii padiii antara nampak...esok jangan layu-layuan...' siap dengan menari pun boleh. Nyanyikan kat baby...2 minit je dah terlelap...

CIKGUSITY said...

SELAMAT MALAM ENCIK AZHAR. TERIMA KASIH DI ATAS PENERANGAN YANG DIBERIKAN DI SKKSAB.

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Walaupun mungkin ada yang menganggap peminat rock otai tidak mencerminkan keperibadian yang baik, saya dengan tegasnya ingin menyatakan bahawa berdasarkan pengalaman saya sendiri, kaki rock otai lebih berjiwa keinsanan. Yang selalu saya temui ialah kaki cintan-cintun ni lebih bersikap individualistik!
p/s:Kalau ada CD otai yang best2, apa kata kalau diburnkan utk diberikan kepada saya satu salinan? Amacam?

Salam TUAN HAJI SHAPIAI,
"Yang benar dipalsukan" telah berlaku dengan leluasa di Tanah Melayu kerana pemimpin2 Melayu terlalu ingin melihat tanah ini tergadai dengan lebih cepat! Tahniah kepada mereka kerana di tangan mereka ada kuasa, tetapi soal bahasa pun tak dapat ditangani! Mereka memanipulasi segala yang ada utk "membeli" rakyat. Tahniah kepada mereka, semoga mereka dan kroni mereka cepat kaya!

Salam AZURA,
Ketika saya mendodoikan anak saya yang sulung di buaian (8 tahun yang lalu), lagu yang saya nyanyikan ialah lagu Search, Wings, MAY, XPDC, dan otai2 yang lain! Yang menariknya, anak saya sangat terhibur dan akhirnya dapat terlelap juga! Pelik kan, dan hari ini anak saya yang sulung dan nombor dua, amat menggemari lagu Mai Pen Rai (MAY)! Saya percaya mereka akan memiliki falsafah hidup yang tinggi apabila dewasa nanti kerana lagu-lagu rock otai banyak yang berfalsafah dan menyemai sifat keterampilan yang berbudi dan berani! Dalam waktu yang sama, jangan lupakan pula "tuai padi antara masak...!" kerana di samping sifat keras, mereka perlu diasuh untuk memiliki jiwa sentimental dan romantik!
p/s: Mungkinkah seperti ayahnya juga!

Salam CIKGUSITY,
Terima kasih kerana cikgu merupakan orang pertama dari SKKSAB yang menjengah blog saya! Saya pun ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana layanan dan sambutan yang sangat baik yang saya terima. Saya melihat guru-guru SKKSAB begitu komited dan aktif semasa program. Mungkin pada masa akan datang, dengan izin Allah, kita dapat berjumpa untuk berkongsi idea dan pengalaman lagi. Jika sepanjang saya mengendalikan kursus di SKKSAB itu terdapat kekurangan dan tidak dapat memenuhi kehendak semua peserta kursus, saya mohon maaf. Namun begitu, saya percaya saya telah melakukan yang terbaik utk warga SKKSAB. Semoga hubungan saya dengan SKKSAB akan terus lestari, dan kita sama-sama memperoleh manfaatnya. Jumpa lagi, terus layan!

Expert Funding said...


Hello Pelanggan,
Pembiayaan Pakar Adalah penyelesaian pembiayaan yang pasti yang menawarkan semua jenis Perniagaan Besar/kecil dan pinjaman peribadi daripada $5,000 hingga 250,000 atau lebih dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2% tanpa penalti pembayaran balik awal atau lewat, kelulusan 24 jam.

Tawaran istimewa
Sila hubungi kami hari ini
melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com